Tuesday, December 10, 2013

Ratio Hutang anda tahap ape?

Salam, Selamat Pagi Semua,

Pagi nie aku nak ajar cara kira Ratio Hutang. Caranya mudah sahaja... korang totalkan semua installment hutang anda, then bahagi dengan Pendapatan Bulanan.

Katakan hutang anda setiap bulan adalah:

Kereta            : Rm600
Kad Kredit     : Rm300
Personal Loan : Rm260
Rumah            : Rm400

Pendapatan Bulanan: RM3500

So (Rm600 + Rm300 + Rm260 + Rm400)/ Rm3500)=0.45 (Normal)

Then compare la dengan gambar rajah di bawah hehehehe

Baca lagi...

Sunday, December 8, 2013

Kaedah "Snowballing" untuk Hutang Kredit Card.

Salam, Selamat Petang Semua,

Suatu ketika dahulu, aku pernah ada sampai 13 kad kredit dan masa tu hanya kekuatan dalam diri saja yang mampu menolak dugaan untuk berbelanja. hehehehe

Untuk sesiapa yang pernah ada kad kredit ni mesti tau macam mane kuasa jahat tu mengoda kita untuk berbelanja dengan hanya Swipe. hehehehe

Salah satu kaedah yang aku praktik apabila belajar sikit2 dari internet dan kawan adalah "Kaedah Snowballing", Seperti kita tau, snowballing asalnya daripada gumpalan salji kecik dan lama kelamaan, ianya akan membesar, betul? So kaedah tu la yg aku praktikan untuk menyelesaikan hutang jahat yang aku ada.

Ok, Aku cube jelaskan dalam ayat, mudah-mudahan korang semua faham. Contoh aku mempunyai 3 kad kredit, dan semuanya mempunyai outstanding yang agak byk.

Jenis Hutang
Ansuran
Baki Hutang
Kad Kredit A
RM200
RM1000
Kad Kredit B
RM250
RM3000
Kad Kredit C
RM300
RM4000

Ansuran yang aku letak tu adalah dr segi kemampuan aku, bukan 5%. Tips yang pertama adalah selesaikan outstanding yang paling terendah, kat sini adalah Kad Kredit A, ok, katakan aku bayar RM200 sebulan untuk Kad Kredit A, so outstanding tu akan selesai dalam masa 5 bulan kan?

Selepas 5 bulan, baki hutang adalah seperti berikut.

Jenis Hutang
Ansuran
Baki Hutang
Kad Kredit A
RM0
RM0
Kad Kredit B
RM250
RM1750
Kad Kredit C
RM300
RM2500

untuk bulan ke-6, campurkan budget bulanan yang sepatutnya korang bayar Kad Kredit A (RM200) tu dgn Kak Kredit B(RM250) = Rm450


Jenis Hutang
Ansuran
Baki Hutang
Kad Kredit A
RM0
RM0
Kad Kredit B
RM450
RM1750
Kad Kredit C
RM300
RM2500

so korang hanye memperlukan 4 bulan sahaja untuk selesaikan Kad Kredit B, so pada bulan ke-10, outstanding kad kredit korang adalah:

Jenis Hutang
Ansuran
Baki Hutang
Kad Kredit A
RM0
RM0
Kad Kredit B
RM0
RM0
Kad Kredit C
RM300
RM1200

Kemudian rotate seperti cara di atas,budget bulanan yang korang bayar Kad Kredit B(RM450) + Kad Kredit C (RM300) = RM750

Jenis Hutang
Ansuran
Baki Hutang
Kad Kredit A
RM0
RM0
Kad Kredit B
RM0
RM0
Kad Kredit C
RM750
RM1200

So hanya memperlukan lagi 2 bulan untuk korang selesaikan Kad Kredit C... Setel!

Cuba korang tgk..korang selesaikan hutang RM8,000 dengan hanya 11 bulan.. cepat bukan? berbanding post aku yang sebelum nie bertahun2 hanya dengan hutang RM5,000.

dan

Dengan Rm750 sebulan, untuk bulan ke-12 dah seterusnya, korang boleh menyimpan dalam ASB atau mana2 pelaburan yang ada... jgn takut, kalu korang mampu bayar hutang jahat secara berhemah, kenapa takut dengan komitmen simpanan?

Hebat Bukan?
Baca lagi...

Thursday, December 5, 2013

HUTANG JAHAT!!!

Adakah korang tahu, Jika Outstanding Kad Kredit korang sebanyak Rm5,000,
Interest rate (% p.a.) adalah sebanyak 18% dan korang hanya membuat pembayaran minimum setiap bulan... korang perlukan selama 5 tahun 9 bulan untuk clearkan kad kredit tersebut dan interest yang korang bayar utk tempoh tu adalah sebanyak Rm1,912.09

Gilak kan?

Kat bawah nie aku sertakan pengiraan secara manual dulu..

Bulan 1
BANK PAIH AMAN
Baki tertunggak RM 5,000
- tolak bayaran (minimun 5%) RM 250
Baki sebelum faedah RM 4,750
+ tambah faedah (P.a = 18% so 1.5% sebulan) RM 71.25
Baki (bawa ke hadapan) RM 4,821.25

Bulan 2
BANK PAIH AMAN
Baki tertunggak RM 4,821.25
- tolak bayaran (minimun 5%) RM 241.06
Baki sebelum faedah RM 4,560.19
+ tambah faedah (P.a = 18% so 1.5% sebulan) RM 68.70
Baki (bawa ke hadapan) RM 4,628.89

dan seterusnya...........

Ataupun, korang boleh check secara automatik di SINI.


Baca lagi...

Owner Garang VS Owner Tegas.

Hi, Selamat Petang Semua.

Pernah tak korang terpikir, kalu korang ada rumah, korang akan melayan penyewa macam mane? macam seorang samseng atau seorang pendakwah? hehehehe...

Aku ada terbaca sebuah blog tentang Tuan Rumah Gile, dan ada juga blog tentang Tuan Rumah Samseng. Itu baru kisah owner samseng... macam mane plak kalu Penyewa Samseng.



Bagi aku, Samseng dan Tegas adalah dua benda yang berbeza, Samseng ni dari pandangan aku adalah dari golongan orang yang pendidikan rendah (org kampung) dan Tegas plak adalah dari golongan orang yang bijak pandai., kenapa aku cakap macam tu?

Ok, Seseorang yang bijak pandai die akan berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu benda dan bukan jika ada masalah terus melatah dengan menyerang dan menghalau penyewa seperti dalam blog2 di atas, kang lebih baik dibawak berbincang untung mencapai Win-Win Situation.

Tegas plak tak bermakna kita membenarkan Penyewa untuk pijak kepala kita, tegas bg aku adalah Displin, Kita ambik contoh entry aku sebelum ni, aku bg kelonggaran untuk bayar deposit dua tiga hari lagi selepas hari yang dijanjikan kerana penyewa ada masalah dompet hilang, tetapi mereka mintak ditundakan lagi. So aku bertegas untuk nak mereka tunaikan janji mereka jugak. So secara tak langsung mengajar penyewa yang kita lembut tp bertempat.


So kat situ baru lah timbul istilah TEGAS, jika korang tak benarkan... korang dikira tegas, dan jika korang mengikut saje cara penyewa, penyewa akan tau korang bukan seorang yang tegas dan bersikap acuh tak acuh... tak kisah apa2 yang mereka buat.

So korang pilih la nak jadi Owner Rumah yang mane... hehehhee
Baca lagi...

Counter Attack Penyewa.

Salam Semua, Selamat Malam.

Malam nie aku nak bercerita tentang macam mane nak deal dengan penyewa atau bakal penyewa. Biasa kawan2 yang bertanya kat aku tentang macam mane nak deal masalah nie, masalah tu.. padahal masalah yang sama, so aku terpikir lebih baik aku kongsi kat sini je, so nanti2 kalu ada soalan yang sama, boleh aku just copykan link blog nie je hahahaha...

Ok, utk masalah yang pertama aku nak kongsi nie adalah dari penyewa aku sendiri, korang baca dlu mesej yang dihantar dan aku akan cerita alkisah penyewa ni.


Alkisahnya, penyewa ni dah bayar booking bilik master sebanyak Rm700 (sewa sebulan), then adik die nak tumpang sekali, so mintak katil single dan almari. Si penyewa masih berhutang dengan aku duit deposit 2 bulan yang itu Rm1400 (2+1). Katanya akan bayar semalam 3.12.2013 tp bg alasan dompet tertinggal dalam teksi dan hilang, die tunjuk report polis so aku consider ok la, janji akan bayar jumaat, then tiba2 tak jadi nak bayar 10 haribulan plak.. korang nampak tak permainan diorg kat situ?

Kalau aku cakap okey, so si penyewa akan tau aku nie jenis yang tak kisah dan tak tegas, so ape yang aku buat adalah aku (1) Counter Attack balik dengan kemasukan barang2 yang die mintak tu. Bile die lengah2kan bayaran, aku lengah2 kan kemasukan barang2.. So tdo atas lantai la jawabnya.. Dan baju2 tu simpan dalam beg je la sebab almari hanya satu hehehhe 

Then aku bg satu ayat (2)"ehem-ehem". Bg kes ni aku bg "U JANGAN MACAM2".. ayat tu merujuk yang kita fedup dengan permainan delay mereka dan akan ambik tindakan yang akan buat die menyesal... seperti pulangkan deposit mereka dan mintak mereka keluar ASAP... Die tak tau apa yang akan kita buat, so die tak kan ambik risiko tu.

Mungkin korang ada cara lain yang lagi lembut atau lagi kasar.. sila share kat komen di bawah. 

Terima Kasih.
Baca lagi...
 
Blogger Templates