Wednesday, January 23, 2013

Berminat dengan Rumah Lelong?

Hi, Salam semua....

Ada tak di antara korang yang berminat dalam rumah lelong? Rumah yang di tinggalkan usang, berhabuk, sampah, rosak sana sini.. hehehhee bg sesetangah pelabur hartanah, rumah lelong adalah seperti intan permata yang hanya perlu di gilap...dan kilauan intan permata tu akan menyerlah kembali. Hahahaha dah macam sasterawan plak aku nie...

Sebelum buat keputusan tuk membeli rumah lelong, korang kena tau serba sedikit proses dan teknik2. Jangan ghairah nak beli rumah lelong sampai tak pikir risiko yang ada, antara langkah2 yang  perlu korang tahu...

1. Kenal Pasti Rumah 

Pastikan korang ada target di sesuatu tempat yang korang biasa, so korang mesti dah tau kemudahan yang ada di kawasan tu seperti pengangkutan awam, kedai makan, dobi, keselamatan dan sebagainya. Dan korang jugak dah tau Market Value (MV) kat situ. jika MV di kawasan tu adalah RM150K, then ada satu unit di lelong dengan harga RM70K, so boleh dipertimbangkan.

2. Buat Lawatan/ Site Visit.

Korang kena pastikan rumah tu berbaloi utk dibeli, kira budget untuk baiki rumah tersebut jika ada kerosakan, kalu di sertakan bonus lagi ok..bonus yang di maksudkan ni seperti perabot, peti ais atau ape2 je yang boleh diguna kembali. Dan paling penting, make sure tiada penghuni di rumah tersebut.

Daripada ini
Kepada ini
3. Carian Pejabat Tanah/ Pemaju

Cuba dapatkan tunggakan Cukai Tanah/ Cukai Pintu, Maintenance, bil api, bil air dan segala jenis tunggakan. Kalu terlalu tinggi kosnya, korang perlu pertimbangkan untuk masuk bid rumah tu.

4. Dapatkan Proclamation Of Sale (POS)

POS ini lebih kurang macam Sell and Purchase (SnP) bg belian subsale/Undercon, biasa POS nie korang leh dapatkan dari website berbayar atau call wakil pelelong yang dilantik bank. Maklumat penting sepeti deposit yang perlu dibayar, maintenance di cover atau x oleh pihak bank dan sebagainya. Unit pertama yang aku beli pernah mencecah RM20K tunggakan..hahahahaha ganaz kan?

Contoh POS


5. Daftar Unit Lelong dan Bank Draf

Bila semua kat atas da ok bagi korang,daftar nama korang kat wakil pelelong tu, jika di wakilkan.. anda perlu menyatakan siapa yang mewakili anda pada hari lelongan. Then anda perlu buat bank draf mengikut berapa % deposit yang perlu dibayar. Pada hari lelongan, korang atau wakil juga perlu sediakan cash atau kredit kad, misal kata harga tu naik dari reserve price, so korang kena topuc cash atau bayar kot CC pada hari tu jugak.

6. Hari Lelongan

Pada hari lelongan, jangan lupa bawak salinan IC dan bank draf, korang just perlu daftar dan serahkan IC dan bank draf tu di kaunter pendaftaran... jangan bimbang pasal bank draf, kalu korang tewas, bank draf tu akan di pulangkan kembali.


7.Setkan Target

Sebelum lelongan bermula, korang kena setkan target korang nak lawan/bid sampai had max. Seperti contoh, unit A di lelong RM80K, MV RM120K, so korang boleh la setkan target max sampai ke RM100K je.. lebih dari tu, korang boleh la stop dari bid.

p/s - tips yang aku bagi nie just pengetahuan umum je..banyak lagi selok belok lelongan yang ada, insya'allah akan aku kongsikan di sini. Yang penting BELAJAR... BELAJAR...  BELAJAR... dan jangan malu bertanya.

1 comments:

9w2ayn said...

As salam.. saya nak tumpang tanya.. saya ada terdengar daripada kawan-kawan sekiranya kita tak berjaya dalam proses nak beli rumah lelong.. cash yang kita bayar tu akan "burn".. betul ke? mohon pencerahan

Post a Comment

 
Blogger Templates