Sunday, January 27, 2013

Freehold vs Leasehold

Hi, Selamat petang semua...

Freehold dan Leasehold... 2 istilah yang agak penting dalam pelaburan hartanah, kebanyakan individu yang ingin membeli rumah masih tidak tau apa perbezaan antara kedua2 istilah ini, so petang nie aku akan explain secara ringkas ape itu Freehold dan Leasehold.

FREEHOLD

Freehold atau pegangan bebas merupakan tanah di mana pemiliknya memiliki tanah itu untuk tempoh selama-lamanya (kekal). dalam erti kata mudah, pemilik ini memiliki tanah tersebut selamanya tanpa tertakluk kpd pemulangan semula kepada kerajaan.

LEASEHOLD

Leasehold atau pegangan berstatus pajakan pula merupakan jenis pegangan ke atas hartanah itu untuk satu tempoh yang telah ditetapkan. Kebiasaan yang kita ketahui, masa pajakan yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri/pejabat tanah adalah 99 tahun.

untuk leasehold, persoalan utama yang sering bermain di fikiran pembeli adalah apa yang akan terjadi sekiranya tempoh pajakan tersebut tamat? ok, disini aku akan menjelaskan.... sekiranya pajakan tanah tersebut tamat, tanah itu akan dikembalikan kepada kerajaan negeri, walaubagaimanapun, jarang berlaku senario ini kerana pemilik hartanah akan diberi peluang untuk memperbaharui tempoh pajakan tersebut dengan membayar sejumlah premiun mengikut kadar nilai hartanah semasa.

Untuk memperbaharui pajakan tanah, pemilik tidak perlu untuk menunggu sehingga tempoh pajakan tamat, apabila baki tempoh masih tinggal 30-50 tahun, pemilik tanah sudah boleh untuk memperbaharui tempoh pajakan.

Jika aku ada tertinggal info2 penting sila bagitahu kat ruang komen ye....

*korang perlu tahu, tanah2 yang sama ciri akan mempunyai nilai yang lebih tinggi untuk pengangan bebas berbanding pajakan.

 
Blogger Templates