Thursday, January 31, 2013

Markup Loan untuk Subsale?

Hi, Selamat Pagi Semua

Di kala orang tengah bermimpi berjumpa dengan Nora Danish, aku sibuk update blog dan menyiapkan tugasan untuk kawan2 aku yang ingin memiliki rumah sebagai hartanah. Aku lebih suka menggunakan istilah kawan daripada istilah client sebab nampak lagi friendly, bagus kan? hehehehe Korang nak tau x, selepas aku berkecimpung dalam hartanah nie, aku rase masa aku dalam sehariadalah  lebih daripada 24jam.. korang nak tahu kenapa?

Aku rase dalam seharian aku boleh buat bermacam2 kerja. Aku boleh ke Seri Kembangan melihat 2 3 biji rumah, aku berkerja makan gaji, aku masih boleh luangkan masa dengan org tersayang, aku boleh boleh update blog dan aku juga masih boleh tolong kawan2 aku untuk memiliki rumah. Penat tu agak terasa tp untuk ingin berjaya, mungkin aku kena gandakan usaha aku, bak kata org tua2.... kalu org yang berjaya tu berusaha 9 jam sehari..so aku kena gandakan jadi 18jam sehari hehehhee...

Ok, cukup la setakat tu..so kat sini aku nak ceritakan Markup Loan, ape tu markup loan? hehehhee Biasanya markup loan nie kita boleh lakukan untuk rumah subsale. Contohnya owner nak jual rumah 10% dari harga market, kat bawah aku akan letakan Case Study yang pernah di offerkan kat aku.

Mentari Court, Sunway

Mentari Court adalah satu kegemaran pelabur2 hartanah, aku ada kenal sorang akak nie...Norizan Ismail, Die suke beli kat sini dan aku tak sure sudah berapa banyak rumah die kat sini..Mentari Court nie berdekatan dengan Sunway Piramid, Stesten KTM, Perkhidmatan bus pun ada... so memang Mentari Court nie boleh dikatakan cukup sempurna untuk dibuat pelaburan.

Berbalik kepada tajuk aku untuk post kali nie... Markup Loan. Nak dijadikan cerita, ada saudara pelabur jugak yang offerkan aku satu unit di sini, boleh markup loan sebab owner nak jual 10% under market value. Cube kita tengok.....

Harga Jual oleh owner         : RM157 500
Maket Value Mentari Court  : Rm175 000
Declare dalam SnP             : RM175 000
Bank akan lulus 90% harga declare dalam SnP : 90% dari Rm175 000 adalah RM157 500

So bank akan bayar lamsum ke owner rumah harga RM157 500 , dan kita hanya sediakan wang untuk bayang lawyer je... bagus bukan? Tapi biasa la... semua benda ada kebaikan dan keburukan, nanti akan diceritakan pada post yang akan datang...

p/s - Jarang sekali owner nak jual 10% under MV, sebab sape la x nak duit lebih kan? hehehhehee kalu jumpa tu..baik korang terus rembat... dengan modalkan duit guaman korang dah dapat rumah..hehehhee





1 comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates