Friday, January 25, 2013

Rumah Lelong Pertama.

Hi, Selamat Sejahtera Semua.

Dari perkenalan aku dengan Wan Infolelong (leh refer kat post pertama aku), aku memberanikan diri utk menceburi bidang dalam Bidang Rumah Lelong, mula2 mmg tak berani sebab lumrah pendapat org2 kat luar sana bile rumah lelong mesti hancur, buruk dan berhantu, tp bg aku bile kita da baiki, cat dan hias, insya'allah... lagi cantik dari rumah yang org jual subsale. hehehehehe

So nak diceritakan pengalaman rumah pertama yang aku masuk adalah satu rumah teres kat Puncak Alam, MV dalam RM140K dan reserve price time tu dalam RM97K, aku pun da lupa..hehehehe


Sayangnya, kali pertama masuk bid rumah lelong dah kalah, sebab naik sampai RM120K, da tak berbaloi utk dbeli...tp semangat aku tak hilang..lagi bertambah ada la kot... sebab kita da terjerumus dan dah berpengalaman skali dalam proses memiliki rumah lelong. So aku pun cari lagi rumah lelong yang ke dua.

Cari punya cari, jumpa la satu unit kat Bukit Puchong, bersebelahan dengan LDP, so da cun da tu..


#TipsHartanah : Kata Dr Shah Razali (pelabur hartanah terulung di Malaysia) "Kalau anda ingin melabur di area Lembah Kelang, belilah hartanah di laluan Kepala (Damansara Perdana) sehingga ke Ekor Naga (Dengkil) sementara menunggu kehadiran Naga2 lain" dan apa yang dapat aku fahamkan, 'Laluan Naga' yang dimaksudkannya merupakan samaada laluan lebuhraya atau pun laluan LRT/MRT.
 
 So aku pun dah nekad, nie akan jadi rumah lelong kedua yang akan aku masuk, oh lupa... nama unit nie Vista Prima Condominium kat Bukit Puchong, kalu korang yang duk Puchong mesti tau condo nie. Berdekatan ngan Carrefour Puchong, Tesco Puchong , dan ramai student Lim Kok Wing dan Kolej Swasta (lupa nama) yang stay kat sana dengan sewa purata min RM950.


Harga bukak utk di bid adalah Rm105K, untuk unit nie, aku sendri yang g bid kat Hotel Istana, sebab last time aku mintak Wan yang bidkan, So kali nie aku bawak kawan sebab die nak belajar proses rumah lelong nie. By the way, rumah yang aku nak bid nie (Vista Prima) adalah antara 3 unit rumah yang Hot Deal hari tu, so mmg semestinya menarik ramai pembida.

Aku ingatkan sorang dua je yang masuk, rupa2 nya dalam 8 orang pembida yang masuk walaupun unit nie Bumi Lot, hehehehe So proses bid pun bermula, pada mulanya agak slow tp lama kelamaan sampai harga tu naik RM160K,last2 aku ngn ada sorang brother kat depan nie je yang tinggal...naik RM160K tu aku da surender, aku dah letak kad pembida tu, pengurusi tu pun ingin menamatkan bidaan tu... "Calling RM160...1.... Calling 160...2... Calling.....", belum sempat pengurusi tu sebut 3, perasaan berani nak lawan tu ntah dari mane datang, so aku angkat kad pembida utk kali last, dan alhamdulillah.... aku menang unit tu.

Kolam renang utk seisi keluarga

Gambar contoh keadaan dalam rumah

Playgraound utk anak2

Kalu tak de air kat rumah boleh terjun sini

Permandangan dari LDP
Installment loan rumah yang aku terpaksa bayar dalam RM700 tiap2 bulan, dan sewa yang aku bagi kpd penyewa RM1100 (partial furnise) so, korang kan pandai math, do the calculation.. hehehhehee

ye....alhamdulillah, aku dapat +ve cashflow dalam RM400 tiap2 bulan... dah la org yang bayar property kita... dapat plak duit extra tiap2 bulan hehehehe nanti aku bg tips macam mane nak beli rumah kedua padahal kita da ada komitmen loan rumah yang tinggi.

P/s - Pengalaman pertama nie aku mmg tak kan lupa sebab nie antara permulaan perjalanan aku kat dalam hartanah, tolong doakan ye kawan2.

2 comments:

dIE said...

tahniah...pengalaman pertama menjadi titik mula....samo la kite...

Joey Joper said...

saya tertarik dengan pengalaman n kejayaan anda,saya pun teringin nak jadi cam saudara,teringin nak berjinak jinak dlm pelaburan camni terutamanya rumah yg dilelong...apa2 cadangan atau tip tip menarik plz email kpd saya...jb_joe80@yahoo.com

Post a Comment

 
Blogger Templates