Thursday, February 28, 2013

Financial Freedom?? Passive Income?? Ape tu?

Hi Semua, Selamat Pagi...

Aku tak dapat tido, so aku buat revison sikit tentang pelaburan dan hartanah.. so malam nie aku ada sikit info sal Financial Freedom dan Passive Income. Apa itu?

Bg aku Financial Freedom ini bukan ditentukan oleh akaun bank kita, eh lupa... aku belum bagitahu lagi ape tu Financial Freedom.. so senang aku just taip FF je la.. ok, bg aku FF nie terjadi apabila kita dah berjaya berkerja bukan kerana duit, tetapi masih lagi ada income masuk ke dalam akaun bank kita, dengan kata pasar, kita bukan lagi jadi hamba duit.. sebab ada segelintir manusia nie bekerja sebab nak dapatkan gaji then boleh bayar hutang walaupun terpaksa melakukan kerja yang die tak suke. So bile tak suke sesuatu kerja tu kita akan jadi tak ikhlas.

Maksud Passive income plak terjadi apabila keadaan di mana kita mempunyai income dan kita tidak ada komitmen/hutang utk di bayar drpada income ini, maksudnya dapat gaji Rm3000, Rm3000 tu jugak la untuk kita..bukan utk hutang... so untuk mencapai FF nie, kita mesti la make sure passive income kita lebih dr perbelanjaan bulanan kita, seperti minyak, makan... sebab perbelanjaan nie tidak boleh dielakan...


Kebanyakan dari kita dulunya mesti pernah mengalami FF nie kan? hehehehe ingat tak lg, sewaktu kita di bangku sekolah, Mak dan Ayah bg duit belanja Rm2 sehari.. dan pada masa itu kita masih tidak ada apa2 hutang..dan boleh berbelanja sesuka hati kita.. mungkin beli nasi lemak Rm1.00 dan air sirap 50sen dan bakinya kita simpan di dalam tabung, best bukan hidup tanpa berhutang?

Tp sekarang.. gaji masuk 28 haribulan setiap bulan... dan dua tiga hari selepas itu gaji dah tinggal sikit, cukup2 untuk menyara kehidupan untuk menunggu gaji seterusnya... adakah korang nak hidup macam nie? kalu masih bujang okey la tp macam mane bila korang dah berkeluarga? beristeri? dah ada anak? 

Berbalik kepada cerita FF kita, formulanya adalah Passive Income > perbelanjaan bulanan = Financial Freedom hahahaha senang bukan? Then dengan FF nie kita dapat saving dan melakukan pelaburan yang banyak di luar sana.. hanya perlu buat kajian yang mana satu okey....so mungkin topik nie akan dibincangkan di kemudian hari

Pabila aku terpikir tentang FF nie, aku selalu terbayang dan berfikir... kalu aku dah dalam keadaan financial free, adakah aku akan hidup dalam kemiskian? sebab kedekut nak berbelanja atau kedekut nak habiskan duit untuk rumah besar, kete besar? Jawapan aku adalah TIDAK!! Sebab aku selalu berpikir untuk meningkatkan Passive Income aku setiap hari... so mungkin bulan nie income aku sebanyak Rm2000 dan aku akan pastikan bulan depan bertambah kepada Rm3000, tak mustahil bukan? so dengan meningkatnya passive income, boleh la aku tingkatkan jugak perbelanjaan aku.

 So kawan2, kalu boleh clearkan segala hutang korang dlu... jangan hidup dalam kehidupan berhutang sebab anda akan susah ati setiap hari kerana selalu berfikir macam mana nak selesaikan hutang dan korang juga akan berkerja sebagai robot selama-lamanya bak kata kawan aku... kerja..dapat gaji..bayar hutang...kerja...dapat gaji..bayar hutang...dan seterusnya..

p/s - Mungkin next entry aku akan ceritakan hutang aku dan macam mane plan aku utk habeskan hutang nie dalam masa terdekat sebab aku dah nak kawen nie..hahahhaa
Baca lagi...

Thursday, February 14, 2013

Ape tu Return On Investment??

Hi, Selamat Pagi Semua.

Selalu aku ingat kata2 org tua... Kalu bangun pagi, pintu rezeki terbukak.. bile aku pikir balik.. ada betul jugak.. sebab bile aku bangun pagi2.. masa rasa lama sangat...bangun pukul6.. nak sampai ke pukul10.. rasa banyak benda boleh dibuat ... then mula la aku buat research sikit, cari property yang cun, setelkan kerja2 yang tak siap lagi.. hehehehe dan sampai sekarang, walaupun hujung minggu... anak2 jantan lain masih lagi bergolek2 atas katil dan berbungkus dengan selimut yang tebal..tp aku dah bangun... g jogging or buat apa2 yang patut...

Ok, berbalik kpd topik kita hari nie... Retun On Investment (ROI).... ape tu ROI?

 

ROI adalah ratio atau nisbah keuntungan atau kerugian yang kita perolehi dalam pelaburan kita yang menggunakan duit, So hari nie aku nak ajar cara kira ROI untuk rumah sewa memandangkan ada seorang kawan aku bertanya boleh lagi ke ROI yang untung kalu beli rumah subsale, aku cakap YE, BOLEH!

Ini contohnya yang boleh aku ajar

  • Rumah: Sebuah Flat di USJ
  • MV: RM80,000
  • Sewa: RM600.00
  • Harga Jualan: RM60,000 (25% under MV)
  • ROI: 12%
  • 100% Financing, bayaran bulanan kepada bank untuk  35 tahun at 4.9%: RM298
  • Cash Flow: RM300 sebulan.

ROI yang dapat kita kira kat sini adalah 12%, dah dikira agak tinggi jugak, lagipun + cash flow setiap bulan adalah RM300, so katakan korang dapat beli 10 unit flat seperti nie..so dah RM3000 +cash flow korang...menarik bukan?? hahahhaaha Kita hanya perlu cari property yang sesuai, dan insya'allah mampu la memiliki ROI yang menguntungkan... ada kawan2 yang masih tak tau nak kira ROI ea? ok...formula nya adalah..


apa2 pun selamat berjaya kawan2 untuk mencari property yang da bomb! hahahhahaha

p/s - Sebab tu aku suka main apartment dan flat... sebab bg aku menguntungkan lagi dari main rumah teres... mungkin juga sebab aku tak de kawan2 kaya yang ingin menyewa teres..hehehehehe

Baca lagi...

Tuesday, February 12, 2013

Vega Resident Cyberjaya..

Hi, Selamat Petang Semua..

Sebelum nie aku ada post yang aku g masuk curi2 Vega Resindent tempoh hari, so hari nie aku nak bercerita tentang detail projek dari PKNS nie... Dalam hari sabtu lepas, aku dapat satu email dari Faizul, serba sedikit tentang Vega Resindent nie... siapa tu Faizul?? hehehe

Ok, Faizul adalah seorang otai hartanah di Malaysia, beliau adalah pengarang kepada buku WTF, buku nie berceritakan pengalaman die mula berjinak2 dalam pelaburan hartanah, macam mane nak flipping, strategi plan beliau dan banyak lagi.. Make sure korang semua dapatkan buku nie, tak rugi beli woo...

Pendapat aku, untuk bermula dalam bidang hartanah nie, kita perlu ada strategi masinng2, mungkin kita boleh tiru cara otai2 pelabur hantanah itu sendiri, tp bukan semua cara die kita boleh ikut..kadang2 kita perlu campurkan dengan cara kita tersendiri so tak de la nampak copy cat sangat hehehe... tp yang bagus tu elok la di ambik kira... kan? hehehehehe

Berbalik kepada tajuk di atas, Faizul ada berkongsi sedikit info dan kelebihan dalam memiliki Vega Resident nie...nanti akan aku copy pastekan di bawah, untuk maklumat korang semua... Cyberjaya akan menjadi salah satu Science Park 2 tak lama lagi...


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Salam and hi there,
Im resending this since many complained that they never receive my email.
 
Thanks for writing and please find the details of the project I mentioned below :
1.       Project name : Vega Residensi at Cyberjaya
2.       Developer : PKNS
3.       Expected completion date : April 2013 (Yes soon to be completed, excellent for those buying for own stay  ^^)
4.       Min selling price after discount and rebate : 235k, max 450k
5.       Units available : Studios, 2 bedroom, duplex loft units
6.       Discounts 10% rebate for all, additional 7% for bumi
7.       100% loan available for those who doesn’t have any properties to date.
I’ve also attached the sales kit if you’d like to learn more about the project. Honestly at RM450psf, this project isn’t exactly cheap but it isn’t expensive either. But looking at the launching price of other projects in Cyberjaya going at RM600psf today, this looks reasonable. After all, even highrise in locations like Sri Kembangan and Mines already breaching RM600psf.
I’m also arranging for special financing for all buyers that could allow you to get 100% financing. That way, you could buy this property using zero cash plus cash of RM25,000 to RM70,000, if you choose to have it ( you of course need to qualify for the special financing package offered ^^)
Due to limited space and sales staff, they wont entertain walk-in so please provide the required information above for registration. The location for the preview is at the SSP2 Sales Galery ( Map available in the attachment )  
Please bring your cheque book that day, so that you could proceed to make booking if you think its a good buy. Booking fee is only RM1,000.

Salam and see you there on Tuesday ^^
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

waktu aku sampai nie hanya 2 unit je lagi tinggal

Marketing yang kuat

Bersama Faizul

Rupa bentuk sebenar Vega nanti

Tips - Strategi masing2, ada yang nak beli then bg sewa, ada yang beli then bile dah siap nak flip.. so tu strategi masing2.. kawan aku beli pada awal2 nya RM250K, tp td tengok harga dah naik RM270K.. untung bukan? belum bayar installment pun harga rumah dah naik... hehehehehe


Baca lagi...

Pergi Gym Pun Membantu Dalam Bidang Hartanah

Hi, Selamat Malam Semua..

Aku dapat tajuk post kali ni disebabkan minggu lepas aku ada beli sebuah sofa ngn katil single second hand dari kak Rohaniah, korang leh baca dari blog die, ada die bercerita pasal nie.. hehehehe

Sofa yang selamat tiba di destinasi
 Rupanya ada kepentingan jugak hari2 aku g gym hehehehe...  selain daripada dapat tubuh badan yang sihat... aku jugak dapat berjimat... berjimat dari segi ape?? hehehehe mesti korang tertanye2 kan..?

Biasanya utk memindahkan barang kita akan upah sebuah lori untuk mengangkut dari destinasi asal ke destinasi baru... so ini memerlukan kos,kos ni melibatkan sewa lori dan upah mengankutkan barang... so jika korang g gym hari2...korang dah leh saving dari segi upah mengangkut barang hehehehe

korang leh angkat sendiri barang2 tu or korang leh panggil kawan2 gym korang utk tolong..bukan ke dah jimat duit tu..hehehehe so rajin2 la korang g gym lepas baca post aku nie yee...

Walaupun tingkat 4, sofa nie selamat di angkat.. hehehe

Baca lagi...

Thursday, February 7, 2013

Tips untuk cepatkan persetujuan buyer.

Hi, Selamat Malam Semua.

Dah lame tak update blog..dua hari dah kot dari posting yang sebelumnya nie..Minggu nie aku agak sibuk skit sebab minggu depan dah Raya Cina, so kena setelkan semua kerja minggu nie gak...minggu nie aku ada tgk dua buah rumah...masuk lelong...kalah...esok ada lagi 2 buah rumah kat Puncak Alam, insya'allah buyer jadi beli.

Minggu nie aku ada deal ngn sebuah rumah kat Mentari Court, dengan bro Shahril, hehehee banyak aku belajar dari die.. nie beli secara subsale tau bukan lelong, selain dari markup, aku ada belajar satu tips utk cepatkan buyer yang nak beli or sewa rumah tu laju je bersetuju. Tips nie Abang Ensem jugak pernah ajar.

Ok, nak di jadikan cerita, aku sampai la awal.. so aku tengok la sekitar Mentari Court blok G, ada la ambik beberapa keping gambar utk ditunjukan kepada kawan aku, cantik kawasan die... ada KTM, kilang2 dekat, IPTS so ramai studnt.. berbilang kaum dan bg aku ok la untuk investment

Boleh terjun dari atas nie..terus masuk kolam
View malam yang sangat cantik
Kadar sewa kat sana
lepas ambik beberapa keping gambar, aku ternampak la ada sekeping iklan kat board, sewa Master Room Rm550, Medium Rm450 then Small Rm350... Perh!!! sebelum nie aku buat kira2, mungkin kawan aku akan kena installment bulanan dalam Rm700, tp tgk la kalu leh bg sewa kat sini... dah Rm1350!! kayo kawan den!! hehehehehe

Tunggu dalam 10 minit macam tu, member aku yang nak jual rumah tu pun datang ngn wife and anak die... then aku nampak satu kelibat manusia?? siapa tu?? hehehehe kelibat tu datang salam ngn aku sambil perkenalkan diri..Rupanya shahril bawak buyer lain. then kitrg pun naik la ke rumah yang nak di jual tu...

Ruang depan rumah..owner nak letgo skali ngn furnish

Bile kat atas tu, berlaku la proses nego dan kaji selidik rumah hahahaha tgk dapur, tiles, bocor ke tidak, cat... dan paling aku pantang kalu tandas hancur..terus rasa cam x berapa berkenan. tp nasib baik la rumah nie tandas superb! lepas beberapa ketika..proses kaji selidik pun bertukar rancak dan sampai ke isu harga... aku dah rase cuak...berdebar..tak boleh duk diam..aku g dapur...check bilik..check koridor..check bilik air...ye la..rumah da cun, dah ada penyewa, sewa kat sini pun boleh tahan utk markup tp ada buyer lain... so aku pun buat2 sembang so biar shahril tu nampak aku berkenan berbanding buyer sorang lagi tu... last2 kerana takut terlepas kat buyer lain..aku pun bersetuju dengan harga tu, tp memang berbaloi dah pun harga tu... under market value... dan owner janji nak tukar tiles satu rumah...

Dapur pun kemas

ok, daripada aku cerita td... korang nampak x ape perasaan aku bile ada buyer lain ada skali?? gelisah?? takut?? hehehehe aku rase takut terlepas peluang utk memiliki rumah utk kawan aku... so aku cepat2 bersetuju. hehehhehee so tips die bukan bawak buyer tp bawak kawan then berlakon sebagai buyer hehehehe memang menjadi tips nie..hehehe percaya la..mungkin ada org tak suke tips nie tp bg aku nie la creativity masing2..korang pandai cara lain..buat la cara tu.. tp cara nie mmg terbaek sebab aku pun dah terkono! hahahaha



Baca lagi...

Tuesday, February 5, 2013

Putra Permai Seri Kembangan

Hi, Selamat Pagi Semua..

Seperti biasa, waktu2 nie la aku akan update blog... hehehe di kala semua org dah diulik mimpi.. time nie Nora Danish, Fasha Sandha, Nasha Aziz semua menjelma dalam mimpi...hehehehe kawan2 yang terdekat aku akan sedia maklum, kalu wekend je jadual aku mesti penuh walaupun pada hari kerja aku da tegaskan yang hujung minggu aku nak duk rumah je.. tdo.. tgk tv...main tenet.. pastu tido balik... tp mmg perkara tu tak kan terjadi.

Wekend lepas mmg amat sibuk bg aku, ada 4 buah rumah yang aku kena pergi tengok untuk dua org kawan yang inginkan rumah sebagai pelaburan, tp kat sini aku nak ceritakan rumah Putra Permai kat Equin Park je dlu.. nie Blok A. Janji ngn agen nak jumpa kul4.. sebab tghari tu aku nak ke seremban sebab kawan aku kahwin.. hehehehe bile g wedding die..aku terpikir..bila la aku nak kawen... tp takpe la sebab aku ingat abg aku pernah cakap, hidup nie ada 2 jenis org..orang yang kejar kerjaya dan org yang kejar keluarga.. hehehehe so aku tak perlu cakap la aku jenis yang mane satu...

so berbalik kpd cite rumah Putra Permai tu, pada mulanya saudara mara owner tu yang nak stay kat rumah tu, so owner tu pun pasang la tiles, cat baru, repair mane yang patut.. tp last2 tak jadi pindah... so sampai ke hari nie.. rumah tu tak berpenyewa.. padahal equin park bg aku adalah hot spot jugak..mungkin jugak owner adalah org yang berada.. tak pun beli cash je unit nie..

Owner nak jual RM80k, so bulanan anggaran dalam Rm385, dan boleh disewa dalam Rm550 sebab mmg cantik so korang leh tgk gambar kat bawah nanti.. so kawan aku nie da untung Rm165, so ok la kan... then di sebabkan owner tak bg sewa kat sape2 lg so aku try la nego ngn owner rumah.. boleh tak bg sewa sepanjang proses pembelian/tukar nama... die ok je..wah!! satu bonus!!

Nape aku cakap bonus? sebab mase tu kawan aku masih tak bayar installment kat bank tp dah bg sewa..hehehehe so katakan proses tu ambik masa 6 bulan... bg sewa rm550...so kawan aku dah untung Rm3300..hehehehe untung ke x tu?? boleh la lepas buat bayar lawyer punya fee... hehehehe

Lantai Tiles, rumah lain sume lantai simen

Bonus lantai tiles

Kalu ada budget leh wak partition tuk dry kitchen

Rumah tingkat 3

Cantik..lantai basuh je

Tempat pelaburan.. plastik mangkuk tandas x bukak lg

basuh je terus cantik

Master bedroom pun cantik

Tempat menyucikan diri
 Memang proses nego dgn tuan rumah penting...tak kena cara, apa yang di bincang akan menjadi pergaduhan.. so kawan2... jangan segan2 nak mintak aku carikan rumah ye..hehehhee insya'allah..aku cuba sedaya upaya.

p/s - aku rase kawan aku nie bertuah gile..nasib baik je aku nie ada target..kalu x mmg aku ambik jugak unit nie sebagai koleksi.. hehehehee pape pun tahniah bro..
Baca lagi...

Market Value?? Ape tu?

Hi, Selamat Pagi Semua.

Sekarang jam da menunjukan 12.05am, mungkin korang dah bermimpi berjumpa Nasha Aziz, sebab post terdahulu korang da jumpa Nora Danish... hehehhee hari nie badan terasa sedikit lemau, mungkin kerana deman dan selsema, tp tu bukan penghalang dari belajar ilmu hartanah kan?

Hari nie punya cerita, lepas kerja tadi ada seorang kawan, fairuz call cakap nak jumpa untuk bertanya tentang hartanah, so aku pun setuju... sebab kesian jugak, haritu dia dah datang tp aku x sempat berjumpa. Kawan aku nie datang dari Banting, so kitrg berbincang nak jumpa di Cyberjaya (Domain).

Aku memang hormat kat die nie sebab die sanggup datang jauh2 untuk belajar ilmu hartanah, dan die berhasrat utk menceburi bidang hartanah. So aku pun explain la apa yang aku tau, mungkin aku nie baru je belajar ilmu hartanah, tp bg aku, mengajar dan berkongsi idea adalah salah satu proses belajar yang paling terbaek. So aku ajar cara pembelian subsale, lelong, undercon, dan macam mana nak declare sebagai sumber pendapat.

Berbalik kpd tajuk post nie..Apa itu market value… merujuk kepada Wikipedia is the price at which an asset would trade in a competitive auction setting. Untuk yang tak tau bahasa English..meh aku explainkan hehehehe Market Value (MV) nie merujuk keapda harga pasaran sesebuah property. Contoh mv rumah teres 2 tingkat di shah alam adalah Rm500 000, dan mv rumah teres dua tingkat die bangi adalah rm30000, so mv bg sesebuah hartanah tu berbeza2… dan mv nie akan  meningkat saban tahun.

So kenapa penting sangat mv nie? Jawapan aku supaya kita tak tertipu dan kelihatan bodoh hehehehe… owner memang akan jual seuntung mungkin (sape yang tak nak untung) then owner akan letak harga yang paling tinggi, dan korang g beli.. 2 bulan lepas tu..anda dapat tau rumah sebelah jual di jual lagi rendah dari harga rumah anda, tak ke rasa tertipu dan bodoh?? Hehehehe

Bank jugak hanya menawarkan loan sebanyak 90% dari market value ataupon 90% dari harga dalam SnP yang mana terendah.  So kalu korang terbeli rumah atas dari mv, so korang kena topuc sendiri harga yang lebih.. contohnya:

Harga rumah : Rm110 000
MV rumah : 100 000
So 90% dr rm100 000 is rm90 000, so korang kena topuc la lagi rm20 000!! Guna duit sendiri.. so itu la pentingnya mv.

Dalam strategi PHTM dari saudara saufi karim, kita leh markup loan, so untuk markup loan kena tau berapa mv, apa tu mv sila refer kat post aku sebelum nie.



 Aku ambik pengalaman dari rumah aku yang pertama, yang itu rumah lelong kat bukit puchong, mase mula2 aku berjinak2 dalam hartanah, aku sering comparekan harga jual di mudah.my or iproperty.. tp tu otai2 cakap sebagai surface utk check mv sesebuah hartanah, so kadang2 tak tepat sebab owner kalu boleh mmg nak jual dengan harga yang paling tinggi kan.

So cara yang paling selamat untuk tau mv sesebuah property tu, korang semua leh call evaluate company, so biasa diorg ada list2 dan boleh angarkan berapa mv, korang hanya perlu bg alamat, saiz, type of property, extension or ada renovated x.

Kat sini ada link utk korang check mv 

Tips - Market Value berbeza2 mengikut company evaluate tp bezanya tak de la ketara sangat sampai 20 30 ribu 
 





Baca lagi...

Saturday, February 2, 2013

Vega Residensi 1, Cyberjaya

Hi, Selamat Petang Semua.

Baru sebentar tadi aku ngn seorang kawan, Hilmi pergi ambush sebuah condominium yang sedang dibina, hehehehe dah rase macam James Bond je... masuk senyap2 sebab nak tgk keadaan dalam Vega nie. Then cuba elakan diri dari pekerja2 kat sana nampak hehehhee padahal, diorg tak de masalah pun nak bg tengok...hehehe

Untuk pengetahuan, kawan aku hilmi nie ada beli satu unit studio kat sana, harga RM253, 888 kalu x silap aku... tp die dapat banyak diskaun... so murah sikit la bayar installment kat bank. ok... Vega (boleh view detail kat link yang aku bg) nie adalah satu projek PKNS, dan dalam 60% kot untuk siap, so aku tak boleh komen banyak sangat tentang condo nie sebab x nampak sangat lagi rupa condo nie, tp yang aku leh bagitahu memang superb!

Sebab kat situ nanti akan naik Science Park 2 (SP2), untuk makluman korang Science Park 1 (SP1) kat Damansara, so PKNS nak bangunkan SP2 kat Cyberjaya plak... so aku rase memang harga akan naik la.... lagipun kat Cyberjaya seperti korang sedia maklum ada Lim Kok Wing, MMU, Universiti Malaysia.

Bawah nie aku sertakan beberapa keping gambar sepanjang aku jadi James Bond hahahhaa


Hilmi tengah mencari lokasi rumah.. hehehe sampai jatuh tangga di buatnya
Apa2 pun keselamatan diri kena jaga

Pool view... Cantik!

Kalu ada yang berminat, call la tanya ada kosong x.

Tempat pelaburan

Free Furnish

Free Furnish.

 Tips  - Kalau korang rase nak beli undercon yang berfasa, better beli yang fasa 1, sebab fasa 2 dan seterusnya akan meningkat harganya walaupun saiz yang same.

Baca lagi...

Mentari Court

Hi, Selamat Pagi Semua.

Awal aku bangun hari nie...hehehehe sebab da terbiasa bangun pagi untuk g kerja so wekend pun terjaga awal2 pagi, lagipun org cakap kalu bangun awal2 nie murah rezeki skit hehehhe sebab pintu rezeki terbuka.

Ok, 2 hari lepas aku ada cite sal markup loan, then Alhamdulillah... Semalam kawan aku bgthau ada seorang owner nak jual apartment die kat Mentari Court depan Sunway tu. Nak jual 10% under MV... dah la nak jual sekali ngn perabot so ape lagi..aku pun terus confirm nak g tgk rumah...



Sebenarnya ingatkan aku yang nak beli rumah nie sebab potensi utk cari penyewa tu aku rase tinggi, lagi pun untung jugak beli kat situ berdekatan ngn federal higway, sunway,KTM.. ldp pun dekat.. tp bile bincang ngn bakal org rumah, baik cari org yang nak beli je...

So aku iklan la kat fb aku, aku cakap ada sebuah apartment yang owner die nak jual 10% under MV, so boleh markup loan..pape hal pm aku... then malam tu jugak..dalam 15orang pm aku tanya lokasi apartment tu..hebat bukan marketing fb? hehehehe dalam ramai2 tu ada la sorang member aku yang betul2 serius nak..nama die Azri. Die memamg tgh cari rumah yang boleh markup loan.

So malam nie aku akan tengokan rumah untuk die, buat calculation sikit, buat carian sikit.. insya'allah kalu ada rezeki terus akan bayar deposit, so pape jangan lupa update untuk baca entry aku yang seterusnya.


p/s - Bagus rasenya bile kita dapat tolong kawan2 cari rumah untuk pelaburan
Baca lagi...
 
Blogger Templates