Thursday, February 28, 2013

Financial Freedom?? Passive Income?? Ape tu?

Hi Semua, Selamat Pagi...

Aku tak dapat tido, so aku buat revison sikit tentang pelaburan dan hartanah.. so malam nie aku ada sikit info sal Financial Freedom dan Passive Income. Apa itu?

Bg aku Financial Freedom ini bukan ditentukan oleh akaun bank kita, eh lupa... aku belum bagitahu lagi ape tu Financial Freedom.. so senang aku just taip FF je la.. ok, bg aku FF nie terjadi apabila kita dah berjaya berkerja bukan kerana duit, tetapi masih lagi ada income masuk ke dalam akaun bank kita, dengan kata pasar, kita bukan lagi jadi hamba duit.. sebab ada segelintir manusia nie bekerja sebab nak dapatkan gaji then boleh bayar hutang walaupun terpaksa melakukan kerja yang die tak suke. So bile tak suke sesuatu kerja tu kita akan jadi tak ikhlas.

Maksud Passive income plak terjadi apabila keadaan di mana kita mempunyai income dan kita tidak ada komitmen/hutang utk di bayar drpada income ini, maksudnya dapat gaji Rm3000, Rm3000 tu jugak la untuk kita..bukan utk hutang... so untuk mencapai FF nie, kita mesti la make sure passive income kita lebih dr perbelanjaan bulanan kita, seperti minyak, makan... sebab perbelanjaan nie tidak boleh dielakan...


Kebanyakan dari kita dulunya mesti pernah mengalami FF nie kan? hehehehe ingat tak lg, sewaktu kita di bangku sekolah, Mak dan Ayah bg duit belanja Rm2 sehari.. dan pada masa itu kita masih tidak ada apa2 hutang..dan boleh berbelanja sesuka hati kita.. mungkin beli nasi lemak Rm1.00 dan air sirap 50sen dan bakinya kita simpan di dalam tabung, best bukan hidup tanpa berhutang?

Tp sekarang.. gaji masuk 28 haribulan setiap bulan... dan dua tiga hari selepas itu gaji dah tinggal sikit, cukup2 untuk menyara kehidupan untuk menunggu gaji seterusnya... adakah korang nak hidup macam nie? kalu masih bujang okey la tp macam mane bila korang dah berkeluarga? beristeri? dah ada anak? 

Berbalik kepada cerita FF kita, formulanya adalah Passive Income > perbelanjaan bulanan = Financial Freedom hahahaha senang bukan? Then dengan FF nie kita dapat saving dan melakukan pelaburan yang banyak di luar sana.. hanya perlu buat kajian yang mana satu okey....so mungkin topik nie akan dibincangkan di kemudian hari

Pabila aku terpikir tentang FF nie, aku selalu terbayang dan berfikir... kalu aku dah dalam keadaan financial free, adakah aku akan hidup dalam kemiskian? sebab kedekut nak berbelanja atau kedekut nak habiskan duit untuk rumah besar, kete besar? Jawapan aku adalah TIDAK!! Sebab aku selalu berpikir untuk meningkatkan Passive Income aku setiap hari... so mungkin bulan nie income aku sebanyak Rm2000 dan aku akan pastikan bulan depan bertambah kepada Rm3000, tak mustahil bukan? so dengan meningkatnya passive income, boleh la aku tingkatkan jugak perbelanjaan aku.

 So kawan2, kalu boleh clearkan segala hutang korang dlu... jangan hidup dalam kehidupan berhutang sebab anda akan susah ati setiap hari kerana selalu berfikir macam mana nak selesaikan hutang dan korang juga akan berkerja sebagai robot selama-lamanya bak kata kawan aku... kerja..dapat gaji..bayar hutang...kerja...dapat gaji..bayar hutang...dan seterusnya..

p/s - Mungkin next entry aku akan ceritakan hutang aku dan macam mane plan aku utk habeskan hutang nie dalam masa terdekat sebab aku dah nak kawen nie..hahahhaa

0 comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates