Tuesday, February 5, 2013

Market Value?? Ape tu?

Hi, Selamat Pagi Semua.

Sekarang jam da menunjukan 12.05am, mungkin korang dah bermimpi berjumpa Nasha Aziz, sebab post terdahulu korang da jumpa Nora Danish... hehehhee hari nie badan terasa sedikit lemau, mungkin kerana deman dan selsema, tp tu bukan penghalang dari belajar ilmu hartanah kan?

Hari nie punya cerita, lepas kerja tadi ada seorang kawan, fairuz call cakap nak jumpa untuk bertanya tentang hartanah, so aku pun setuju... sebab kesian jugak, haritu dia dah datang tp aku x sempat berjumpa. Kawan aku nie datang dari Banting, so kitrg berbincang nak jumpa di Cyberjaya (Domain).

Aku memang hormat kat die nie sebab die sanggup datang jauh2 untuk belajar ilmu hartanah, dan die berhasrat utk menceburi bidang hartanah. So aku pun explain la apa yang aku tau, mungkin aku nie baru je belajar ilmu hartanah, tp bg aku, mengajar dan berkongsi idea adalah salah satu proses belajar yang paling terbaek. So aku ajar cara pembelian subsale, lelong, undercon, dan macam mana nak declare sebagai sumber pendapat.

Berbalik kpd tajuk post nie..Apa itu market value… merujuk kepada Wikipedia is the price at which an asset would trade in a competitive auction setting. Untuk yang tak tau bahasa English..meh aku explainkan hehehehe Market Value (MV) nie merujuk keapda harga pasaran sesebuah property. Contoh mv rumah teres 2 tingkat di shah alam adalah Rm500 000, dan mv rumah teres dua tingkat die bangi adalah rm30000, so mv bg sesebuah hartanah tu berbeza2… dan mv nie akan  meningkat saban tahun.

So kenapa penting sangat mv nie? Jawapan aku supaya kita tak tertipu dan kelihatan bodoh hehehehe… owner memang akan jual seuntung mungkin (sape yang tak nak untung) then owner akan letak harga yang paling tinggi, dan korang g beli.. 2 bulan lepas tu..anda dapat tau rumah sebelah jual di jual lagi rendah dari harga rumah anda, tak ke rasa tertipu dan bodoh?? Hehehehe

Bank jugak hanya menawarkan loan sebanyak 90% dari market value ataupon 90% dari harga dalam SnP yang mana terendah.  So kalu korang terbeli rumah atas dari mv, so korang kena topuc sendiri harga yang lebih.. contohnya:

Harga rumah : Rm110 000
MV rumah : 100 000
So 90% dr rm100 000 is rm90 000, so korang kena topuc la lagi rm20 000!! Guna duit sendiri.. so itu la pentingnya mv.

Dalam strategi PHTM dari saudara saufi karim, kita leh markup loan, so untuk markup loan kena tau berapa mv, apa tu mv sila refer kat post aku sebelum nie.



 Aku ambik pengalaman dari rumah aku yang pertama, yang itu rumah lelong kat bukit puchong, mase mula2 aku berjinak2 dalam hartanah, aku sering comparekan harga jual di mudah.my or iproperty.. tp tu otai2 cakap sebagai surface utk check mv sesebuah hartanah, so kadang2 tak tepat sebab owner kalu boleh mmg nak jual dengan harga yang paling tinggi kan.

So cara yang paling selamat untuk tau mv sesebuah property tu, korang semua leh call evaluate company, so biasa diorg ada list2 dan boleh angarkan berapa mv, korang hanya perlu bg alamat, saiz, type of property, extension or ada renovated x.

Kat sini ada link utk korang check mv 

Tips - Market Value berbeza2 mengikut company evaluate tp bezanya tak de la ketara sangat sampai 20 30 ribu 
 





2 comments:

Hafiz Kamis said...

Kalau call company tersebut, ada sebarang caj tak yang diorang kenakan atau free saje??

Mr. Fawwaz Syah said...

cek market value rumah nie kira free ke ada caj?

Post a Comment

 
Blogger Templates