Saturday, February 2, 2013

Vega Residensi 1, Cyberjaya

Hi, Selamat Petang Semua.

Baru sebentar tadi aku ngn seorang kawan, Hilmi pergi ambush sebuah condominium yang sedang dibina, hehehehe dah rase macam James Bond je... masuk senyap2 sebab nak tgk keadaan dalam Vega nie. Then cuba elakan diri dari pekerja2 kat sana nampak hehehhee padahal, diorg tak de masalah pun nak bg tengok...hehehe

Untuk pengetahuan, kawan aku hilmi nie ada beli satu unit studio kat sana, harga RM253, 888 kalu x silap aku... tp die dapat banyak diskaun... so murah sikit la bayar installment kat bank. ok... Vega (boleh view detail kat link yang aku bg) nie adalah satu projek PKNS, dan dalam 60% kot untuk siap, so aku tak boleh komen banyak sangat tentang condo nie sebab x nampak sangat lagi rupa condo nie, tp yang aku leh bagitahu memang superb!

Sebab kat situ nanti akan naik Science Park 2 (SP2), untuk makluman korang Science Park 1 (SP1) kat Damansara, so PKNS nak bangunkan SP2 kat Cyberjaya plak... so aku rase memang harga akan naik la.... lagipun kat Cyberjaya seperti korang sedia maklum ada Lim Kok Wing, MMU, Universiti Malaysia.

Bawah nie aku sertakan beberapa keping gambar sepanjang aku jadi James Bond hahahhaa


Hilmi tengah mencari lokasi rumah.. hehehe sampai jatuh tangga di buatnya
Apa2 pun keselamatan diri kena jaga

Pool view... Cantik!

Kalu ada yang berminat, call la tanya ada kosong x.

Tempat pelaburan

Free Furnish

Free Furnish.

 Tips  - Kalau korang rase nak beli undercon yang berfasa, better beli yang fasa 1, sebab fasa 2 dan seterusnya akan meningkat harganya walaupun saiz yang same.

3 comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates