Monday, July 29, 2013

Case Study Return Of Investment.

Hi, Selamat Petang Semua,

Hari nie aku ada dapat satu list apartment kat Seri Kembangan, aku kira agak murah jugak la.. so saje la nak kongsikan ROI yang dapat kpd pembeli nanti.

 Apartment tu nama Fortune Park  Seri Kembangan, saiz 1100sqft dan berada di tingkat 12. Developer untuk Fortune Park ni adalah Dijaya Corporation. Apartment nie dikatakan agak stategik kerana berdekatan dengan beberapa shopping mall seperti The Mines, South City Plaza dan ia juga berhampiran dengan UPM dan beberapa kolej swasta. Harga owner bukak Rm300k, dan penyewa sekarang menyewa sebanyak Rm1900 sebulan, so jom kita kira ROI apartment nie.




Merujuk kpd Calculator Loan di iProperty nie,  Harga property Rm300,000, jangka masa selama 30 tahun, interest rate kita ambik 4.4% dan downpayment 10% = Rm30,000 

Installment sebulan adalah sebanyak Rm1352. 

* untuk pengiraan loan max pinjaman adalah sebanyak 35tahun dan interest bank berbeza2 mengikut bank dan mengikut harga jualan

 

So jom kita kira ROI plak... tp sebelum tu kita kena tau dlu formula ROI macam mane.


                                  Rental Yield = (( Rm1900 x 12 month) / Rm300 000) x 100%
                                                     = 7.6%

Tak sampai 8%,hmm... agak tak memuaskan tp boleh je nak teruskan sebab rumah yang kita beli org yang bayarkan dan value semakin tahun semakin meningkat...lagipun every month akan dapat positif cash flow sebanyak Rm1900 - Rm1352 (installment) - Rm150(maintenance) = Rm398.. Pandangan masing2...

0 comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates