Sunday, July 28, 2013

Tips pertama aku mendapatkan modal...

Hi, Selamat Malam Semua...

Pada mulanya aku nak mintak maaf dulu sebab janji nak share tips nie lepas solat sembahyang jumaat lepas tp disebabkan terlalu sibuk dengan kerja opis, tergendala sekejap.

Ok, nie adalah di antara cara aku mendapatkan modal, tp seperti cara2 yang di sharekan oleh kawan2 lain, mungkin cara nie bukan semua org boleh buat, so pandai2 la korang.. nak tambah atau tolak sikit cara aku nie...kalu ada idea lain berdasarkan cara aku nie bagus jugak, sgt2 la dialukan berkongsi.

Seperti yang korang tau, aku biasanya akan mencari rumah atau hartanah yang boleh dimarkup dan hanya membayar 2% atau 3% sebagai jaminan kpd owner dan selebihnya dimasukan kedalam loan.

Sebelum aku meneruskan post kali nie..lebih baik korang baca post sebelum nie sebab aku akan bercerita berdasarkan entry sebelum nie.

Menabung adalah satu cara mendapatkan modal.

So sudah baca?

Katakan aku terpaksa bayar deposit 3% dari Rm148K = Rm4,440 dan kebiasaannya aku hanya akan membayar booking fee sebanyak Rm500 kpd lawyer untuk membukak satu resit booking supaya mudah aku untuk memohon loan, selebihnya (Rm3,940) akan dibayar ketika sign SnP dan lawyer fee adalah sebanyak Rm4,500, so total yang terpaksa aku keluarkan adalah sebanyak Rm8, 940.

selepas permohonan loan aku lulus, aku akan memohon personal loan EASY-RHB,
(Ya ,seperti aku katakan, bukan semua org yang boleh tiru cara aku)

Mungkin bg korang cara nie rugi sikit tp memandangkan aku akan dapat cashback selepas selesai urusan tukar hak milik ni, so berbaloi la kan?

ok katakan aku pinjam Rm11k dan selama 9 tahun so setiap bulan dianggarkan Rm300.

dan katakan proses tukar hak milik rumah mengambil masa selama 6 bulan, so Rm300 x 6 = Rm1800

Modal yang dah aku keluarkan setakat nie Rm8,940 + Rm1,800 = Rm10, 740, dan tolak dengan cashback yang aku akan dapat selesai urusan tukar milik adalah sebanyak Rm22,940, aku masih mempunyai baki Rm12,200 (dapat cashback terus bayar lamsum personal loan EASY-RHB)

Berbaloi la kan?


p/s - dengan cara ini, bank akan mudah luluskan permohonan sebelum aku buat personal loan. (komitmen bulanan masih rendah)

5 comments:

rohaniah noor said...

rolling... rolling..

Paih Aman said...

ada pros and cons la kan kak? boleh bg komen sikit?

fadh said...

salam bro..tanya sikit..macam mane bole dapat cash back tu?

fadh said...

oo ok ok bro...related dgn previous post

Amir Yaafar said...

Tp loan RHB tu, kalu final 11k, xkan byr 11k jgak
kate la rm300 selame 9 tahun = 300 X 108 bulan = rm 32,400
so even kalau dpt cash back pon tetap x selesai rhb loan tu. hahaha

Post a Comment

 
Blogger Templates