Saturday, September 7, 2013

0% Deposit... boleh ke?

Salam semua,

Pagi nie aku terpanggil untuk update blog aku yang dah berkarat nie, mintak maaf kpd pembaca tegar (ada ke?) hehehehe sebulan dua ni tersangat2 sibuk, utk dapatkan perkembangan aku boleh add di fb Paih Aman.

Pagi nie aku nak kongsi satu kisah, beli rumah dengan 0% deposit, boleh ke? hehehehe

Jawapan aku insya'allah boleh kalu mmg takdir kita terjumpa owner nak jual property mereka dengan cepat. Dari pengalaman aku, kebanyakan rakyat malaysia nie bermasalah dalam menyediakan deposit sebanyak 10%, so aku mengambil masalah ni sebagai satu kelebihan utk diri aku, nanti akan diceritakan di post kemudian.

Kat sini aku nak berkongsi kisah seorang kawan,alkisahnya ada seorang anak muda, die ingin menceburi bidang pelaburan hartanah tp tak tahu macam mane nak start,so die selalu berjumpa aku dan bertanya aku tentang hartanah selain mengikut post2 aku di facebook, so mungkin rezeki die kot sebab aku cuba sedaya upaya utk dapatkan rumah ni utk die.

Ape yang aku cuba? Aku cuba dapatkan satu apartment yang agak femes die lembah klang nie dengan kepadatan penyewa.. so seperti kita sedia maklum, kalu suatu tempat tu crowded, maknanya mudah la kita nak dapatkan penyewa.

Harga rumah yang owner setuju jual Rm80,000, market value kat situ adalah Rm90,000... so ape lagi.. kita MARKUP LOAN la... hehehehe

yang lagi best kisah kawan aku nie, dah la owner setuju markup loan, deposit 0% plak tu, then owner setuju plak nak stay sana selama setahun sebelum die jumpa rumah landed yang sesuai di beli. Sewa yang di setujui adalah sebanyak Rm600, dan kawan aku nie bayar installment bulanan sebanyak Rm398, so korang leh kira berapa untung bulanan, aku tak pandai kira sebab tak pandai math hehehhee

Kat sini aku list kan kelebihan yang kawan aku dapat.

A) tak de deposit, bg doc terus masuk loan.

B) markup loan 90k.. Dapat 81k.. So ada extra 1k

C) selesai proses tukar nama terus ada penyewa.

D) cash flow setiap bulan adalah sebanyak Rm200

Anda mahu?

1 comments:

Fazli Zakaria said...

as salam tuan. boleh bantu saya jg x?

Post a Comment

 
Blogger Templates