Thursday, December 5, 2013

Counter Attack Penyewa.

Salam Semua, Selamat Malam.

Malam nie aku nak bercerita tentang macam mane nak deal dengan penyewa atau bakal penyewa. Biasa kawan2 yang bertanya kat aku tentang macam mane nak deal masalah nie, masalah tu.. padahal masalah yang sama, so aku terpikir lebih baik aku kongsi kat sini je, so nanti2 kalu ada soalan yang sama, boleh aku just copykan link blog nie je hahahaha...

Ok, utk masalah yang pertama aku nak kongsi nie adalah dari penyewa aku sendiri, korang baca dlu mesej yang dihantar dan aku akan cerita alkisah penyewa ni.


Alkisahnya, penyewa ni dah bayar booking bilik master sebanyak Rm700 (sewa sebulan), then adik die nak tumpang sekali, so mintak katil single dan almari. Si penyewa masih berhutang dengan aku duit deposit 2 bulan yang itu Rm1400 (2+1). Katanya akan bayar semalam 3.12.2013 tp bg alasan dompet tertinggal dalam teksi dan hilang, die tunjuk report polis so aku consider ok la, janji akan bayar jumaat, then tiba2 tak jadi nak bayar 10 haribulan plak.. korang nampak tak permainan diorg kat situ?

Kalau aku cakap okey, so si penyewa akan tau aku nie jenis yang tak kisah dan tak tegas, so ape yang aku buat adalah aku (1) Counter Attack balik dengan kemasukan barang2 yang die mintak tu. Bile die lengah2kan bayaran, aku lengah2 kan kemasukan barang2.. So tdo atas lantai la jawabnya.. Dan baju2 tu simpan dalam beg je la sebab almari hanya satu hehehhe 

Then aku bg satu ayat (2)"ehem-ehem". Bg kes ni aku bg "U JANGAN MACAM2".. ayat tu merujuk yang kita fedup dengan permainan delay mereka dan akan ambik tindakan yang akan buat die menyesal... seperti pulangkan deposit mereka dan mintak mereka keluar ASAP... Die tak tau apa yang akan kita buat, so die tak kan ambik risiko tu.

Mungkin korang ada cara lain yang lagi lembut atau lagi kasar.. sila share kat komen di bawah. 

Terima Kasih.

0 comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates