Sunday, December 8, 2013

Kaedah "Snowballing" untuk Hutang Kredit Card.

Salam, Selamat Petang Semua,

Suatu ketika dahulu, aku pernah ada sampai 13 kad kredit dan masa tu hanya kekuatan dalam diri saja yang mampu menolak dugaan untuk berbelanja. hehehehe

Untuk sesiapa yang pernah ada kad kredit ni mesti tau macam mane kuasa jahat tu mengoda kita untuk berbelanja dengan hanya Swipe. hehehehe

Salah satu kaedah yang aku praktik apabila belajar sikit2 dari internet dan kawan adalah "Kaedah Snowballing", Seperti kita tau, snowballing asalnya daripada gumpalan salji kecik dan lama kelamaan, ianya akan membesar, betul? So kaedah tu la yg aku praktikan untuk menyelesaikan hutang jahat yang aku ada.

Ok, Aku cube jelaskan dalam ayat, mudah-mudahan korang semua faham. Contoh aku mempunyai 3 kad kredit, dan semuanya mempunyai outstanding yang agak byk.

Jenis Hutang
Ansuran
Baki Hutang
Kad Kredit A
RM200
RM1000
Kad Kredit B
RM250
RM3000
Kad Kredit C
RM300
RM4000

Ansuran yang aku letak tu adalah dr segi kemampuan aku, bukan 5%. Tips yang pertama adalah selesaikan outstanding yang paling terendah, kat sini adalah Kad Kredit A, ok, katakan aku bayar RM200 sebulan untuk Kad Kredit A, so outstanding tu akan selesai dalam masa 5 bulan kan?

Selepas 5 bulan, baki hutang adalah seperti berikut.

Jenis Hutang
Ansuran
Baki Hutang
Kad Kredit A
RM0
RM0
Kad Kredit B
RM250
RM1750
Kad Kredit C
RM300
RM2500

untuk bulan ke-6, campurkan budget bulanan yang sepatutnya korang bayar Kad Kredit A (RM200) tu dgn Kak Kredit B(RM250) = Rm450


Jenis Hutang
Ansuran
Baki Hutang
Kad Kredit A
RM0
RM0
Kad Kredit B
RM450
RM1750
Kad Kredit C
RM300
RM2500

so korang hanye memperlukan 4 bulan sahaja untuk selesaikan Kad Kredit B, so pada bulan ke-10, outstanding kad kredit korang adalah:

Jenis Hutang
Ansuran
Baki Hutang
Kad Kredit A
RM0
RM0
Kad Kredit B
RM0
RM0
Kad Kredit C
RM300
RM1200

Kemudian rotate seperti cara di atas,budget bulanan yang korang bayar Kad Kredit B(RM450) + Kad Kredit C (RM300) = RM750

Jenis Hutang
Ansuran
Baki Hutang
Kad Kredit A
RM0
RM0
Kad Kredit B
RM0
RM0
Kad Kredit C
RM750
RM1200

So hanya memperlukan lagi 2 bulan untuk korang selesaikan Kad Kredit C... Setel!

Cuba korang tgk..korang selesaikan hutang RM8,000 dengan hanya 11 bulan.. cepat bukan? berbanding post aku yang sebelum nie bertahun2 hanya dengan hutang RM5,000.

dan

Dengan Rm750 sebulan, untuk bulan ke-12 dah seterusnya, korang boleh menyimpan dalam ASB atau mana2 pelaburan yang ada... jgn takut, kalu korang mampu bayar hutang jahat secara berhemah, kenapa takut dengan komitmen simpanan?

Hebat Bukan?

1 comments:

HIJAB_1ST said...

hebat, TQ for sharing bro.. macamana nak cari di FB?- farah

Post a Comment

 
Blogger Templates