Thursday, December 5, 2013

Owner Garang VS Owner Tegas.

Hi, Selamat Petang Semua.

Pernah tak korang terpikir, kalu korang ada rumah, korang akan melayan penyewa macam mane? macam seorang samseng atau seorang pendakwah? hehehehe...

Aku ada terbaca sebuah blog tentang Tuan Rumah Gile, dan ada juga blog tentang Tuan Rumah Samseng. Itu baru kisah owner samseng... macam mane plak kalu Penyewa Samseng.



Bagi aku, Samseng dan Tegas adalah dua benda yang berbeza, Samseng ni dari pandangan aku adalah dari golongan orang yang pendidikan rendah (org kampung) dan Tegas plak adalah dari golongan orang yang bijak pandai., kenapa aku cakap macam tu?

Ok, Seseorang yang bijak pandai die akan berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu benda dan bukan jika ada masalah terus melatah dengan menyerang dan menghalau penyewa seperti dalam blog2 di atas, kang lebih baik dibawak berbincang untung mencapai Win-Win Situation.

Tegas plak tak bermakna kita membenarkan Penyewa untuk pijak kepala kita, tegas bg aku adalah Displin, Kita ambik contoh entry aku sebelum ni, aku bg kelonggaran untuk bayar deposit dua tiga hari lagi selepas hari yang dijanjikan kerana penyewa ada masalah dompet hilang, tetapi mereka mintak ditundakan lagi. So aku bertegas untuk nak mereka tunaikan janji mereka jugak. So secara tak langsung mengajar penyewa yang kita lembut tp bertempat.


So kat situ baru lah timbul istilah TEGAS, jika korang tak benarkan... korang dikira tegas, dan jika korang mengikut saje cara penyewa, penyewa akan tau korang bukan seorang yang tegas dan bersikap acuh tak acuh... tak kisah apa2 yang mereka buat.

So korang pilih la nak jadi Owner Rumah yang mane... hehehhee

0 comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates