Thursday, January 30, 2014

Tips student apply loan rumah.

Salam Semua,

Hahahaha gembira dan teruja bila ramai yang add aku di FB dan mintak aku mempercepatkan tulis tips untuk tips student apply loan rumah nie.

Ok,

Semua nya terletak pada PAYSLIP dan KWSP,  korang mesti terfikir kan, macam mane seorang pelajar boleh ada payslip dan kwsp??

Untuk tips nie, korang kena ada apa yang aku dah post sebelum nie, maksud aku adalah company yang berdaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), dan document2 penting.

Katakan korang student yang membuat perniagaan online, tak kisah la jual tudung ke, kereta sewa ke, bukak kedai photostat ke, yang penting berdaftar di SSM,

Biasa ramai yang tak pentingkan Payslip dan Kwsp nie bile buat online bisnes, tp bg aku wajib utk buat payslip sebab itu menunjukan kita ada set satu target every month utk mencapai gaji yang kita nak.

so caranya adalah.....

Tunggu la ye.. lepas raya cina nie.. hehehehe Happy Chinese New Year semua...
Baca lagi...

Friday, January 24, 2014

Document Penting Mudah Lulus Loan Rumah Untuk Pemilik Perniagaan.

Hi..Salam Jumaat Semua..

Panjang tajuk aku kali nie, untuk post ni dan seterusnya, aku nak ceritakan tentang mudahnya buat loan rumah untuk Pemilik Perniagaan dan Orang yang Makan Gaji.

So untuk post nie aku bgtahu dlu document2 yang penting, aku tak kan bagi semua tips dalam post nie sebab nak korang semua tertunggu2.. hahahaha kejam2...

Daripada document nie, aku akan explain jugak macam mane boleh lulus loan dgn mudah atau macam mane student boleh beli kereta atau rumah... tp kat post yang akan datang la ye..

Ok, document2 yang diperlukan untuk Pemilik Perniagaan adalah:

1 ) Sijil Pendaftaran Perniagaan dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia
    
- Yang nie tak kisah la ape perniagaan yang korang buat, tp kalu perlu tau, Jika ada dua syarikat.. Syarikat A buat bisnes dalam hartanah dan Syarikat B buat bisnes dalam perniagaan tudung, potensi Syarikat A lebih tinggi utk lulus loan berbanding Syarikat B. 

*Ops.. aku dah bg salah satu tips

2 ) Bank Statement 6 Bulan.
    
- Lebih bagus kiranya korang bukak satu account under nama company dan boleh dikira wajib utk bukak acc semasa dan bukan acc saving.

3 ) Salinan kad Pengenalan Owner / Diri Sendiri

4 ) Document perjanjian jual beli / Resit pembayaran deposit / Surat tawaran dr Pemaju

- Document nie utk menunjukan yang korang dan buat pembayaran booking utk property tersebut.

5 ) Supportive Document - Personal Bank Statemnt, Saving , ASB, Fix Deposit.

- Document ni hanya utk menguatkan lagi permohonan anda, untuk ASB, ada sesetengah bank yang ambik kira sebagai Komitmen disebabkan ada dividen setiap tahun.

6 ) Penyata Cukai Pendapatan Terkini ( Borang B) 

- Jika ada.

So ini la document yang penting untuk pemilik perniagaan utk memohon loan rumah, utk next entry aku akan cerita document yang diperlukan orang yang makan gaji

dan

Tips2 power untuk memudahkan permohonan loan korang cepat lulus, Tips yang akan datang nie jugak bagus student utk apply loan kereta dan rumah.


Baca lagi...

Monday, January 20, 2014

Wan Infolelong...Otai Lelong..

Hi, Selamat Petang Semua..

Kalu korang tau macam mane aku berkecimpung dlm bidang hartanah ni, mesti korang kenal siapa tu
Wan Infolelong, dan utk yang tak tau lagi, boleh baca kat first entry aku kat SINI.

Kalu siapa2 yang masih tak add Wan Infolelong nis, sila lah add, sebab byk post2 die tentang lelong, flipping, sublet yang menarik dan mmg sgt2 berguna. 


p/s - berkenalan dengan org hebat seperti ni mmg tak rugi... hehehehehehe
Baca lagi...

Monday, January 13, 2014

Peraturan Baru untuk refinance rumah korang...


Salam, Selamat petang Semua..

Hari nie aku nak kongsi satu status dari Mr Ky Tee, salah seorang personal coaching yang selalu aku ikut post die kat facebook.

Post die berkenaan peraturan baru untuk refinance rumah, so yang tak faham boleh bertanya di ruang komen atau email kat aku.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Contoh rumah saya tinggal hutang RM100K dengan installment RM500 sebulan , Market value rumah sekarang RM150K saya nak buat refinance RM 150k x 90%=RM 135k tolak hutang dulu adalah RM100K cash out adalah RM35K.

-New rule untuk bank kira commitment adalah RM100K(hutang dulu) ambil 35 tahun(max) installment RM470, cash out RM35K kira commitment 10 tahun installment RM362, jadi commitment adalah RM 470+RM362=RM 832

Contoh commitmenrt saya ada sebuah kereta installment RM500 dan personal loan installment RM400, rumah RM500 income bulanan saya ialah RM3500

Kira DBR adalah RM500 kereta+RM400 personal loan +rumah RM832(refinance)= jumlah commitment Rm1732 /gaji RM 3500=49% DBR loan boleh approve, lepas loan boleh approve, kira installment rumah refinance RM135K adalah kira 35 tahun installment RM683 sebulan.

-Kesimpulan adalah dari segi approve loan mungkin susah sikit, kerana bank ambil kira 10 tahun untuk cash out, kalau loan boleh approve , installment akan kira max 35 tahun, Hong leong bank dan Alliance bank sudah bermula dengan kiraan ini, saya percaya banyak bank akan bermula dengan kiraan cara ini .

-Bagi sesiapa nak tahu lebih detail boleh email saya tee@shahgroup.com.my

Financial Coach

Mr Ky Tee

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

P/s - Dari post dapat aku simpulkan adalah untuk kira DBR, bank akan consider 35k tu sebagai komitmen lain yang tempohnya selama 10bulan, itu utk tgk DBR die lepas ke tak utk kes refinance tu..Selepas loan lepas, bank akan kira 135k (90% dari 150k) utk tempoh 35tahun, installment nya adalah Rm683


Baca lagi...

Friday, January 10, 2014

Boleh ke beli Rumah Kos Rendah lebih dari satu?

Salam Jumaat Semua,

Hari nie aku ada dapat satu email dari salah seorang pembaca, soalan die berbunyi macam ni.


Seperti yang korang boleh refer kat sini, Syarat-syarat untuk memiliki rumah kos rendah di selangor secara subsale, dan jika membeli secara lelongan, semua syarat2 ini akan terbatal.

dan jika korang refer kepada Shahril Sidek, yang sememangnya otai dalam rumah lelong nie. die juga mempunyai beberapa buah rumah kos rendah sekitar selangor dan kuala lumpur.


Baca lagi...

Tuesday, January 7, 2014

Kelebihan Pass Masuk ke kediaman ??

Salam, Selamat Petang Semua.

Korang tau tak kelebihan access kad di apartment atau kondo yang korang ada tu ape fungsi die selain tag masuk dan keluar dari tempat kediaman tu?


Aku ada dua buah rumah di Apartment M. setiap dua bulan sekali, pass masuk ke apartment tu akan diganti setiap dua bulan secara percuma,so makna die setahun 6 kali penyewa/owner kena tukar pass tu.. agak2 korang kenapa apartment tu buat macam tu?

Jika tak tukar mereka tidak dibenarkan masuk, dan untuk menukarkan pass masuk tu, management akan check bill yang ada, jika rumah mereka ada tunggakan bill contohnya maintenance atau bill api air, mereka terpaksa membayar tunggakan yang ada baru lah dibenarkan tukar pass masuk tu.

so ape kelebihan management opis buat macam tu?

1. Tiada masalah tunggakan maintenance.
2. Tiada masalah pemotongan air di apartment (meter pukal)
3. Wang di management opis cukup dan mampu untuk selenggara satu apartment contoh sampah.
4.
5.

korang pikir la sendiri... hahahahaha 

p/s - Apartment yang aku sewa dulu pernah tertunggakan bill syabas (meter pukal) sebanyak Rm23k, agak2 korang kenapa? management plak tak de duit nak cover bill ape tah lagi maintenance seperti sampah dan sebagainya disebabkan penyewa.owner tak bayar maintenance fee, dan akibatnya apartment terabai dan buruk.
Baca lagi...

Dataran Atomobil, Shah Alam..l!!

Salam semua... Selamat Tahun Baru.

Tahun 2013 merupakan tahun yang amat bermakna bagi aku sebab rezeki melimpah2... alhamdulillah... aku juga byk berkongsi rezeki dgn kawan2...

Salah satu adalah kawan aku si Dean Ismail nie, aku dapatkan sebuah unit utk die kat Dataran Atomobil Shah Alam. Owner jual unit ni pada harga Rm 170,000, di sertakan sekali dengan penyewa yang sudah ikat kontrak selama 3 tahun.. dan bila aku check dgn banker aku.. alhamdulillah.. Market Value di dataran Atomobil adalah Rm190,000 so ape lagi.. mula la langkah nego untuk markup dan nego deposit dengan owner.


So dengan power dan hikmat petala langit yang aku ada, nego aku diterima.. owner bg markup loan dan deposit hanya 3%. so jom kita kira...

                                                Deposit 3%    = Rm5100
                                                Baki Balance  = Rm170k - Rm5100
                                                                      = Rm164,900

                                                Margin loan 90% dari Rm190k = Rm171k

                                                So Rm171,000 - Rm164900 = Rm6,100

Korang nampak tak, Si dean tu keluarkan Rm5100 je untuk deposit tp dapat extra Rm1000 bile loan disburse, so boleh la buat topuc bayar legal fee.

dan jom kira kira cashflow dan ROI die, Installment bulanan adalah Rm850,Penyewa yang ikat kontrak selama 3 tahun tu menyewa sebanyak Rm1150.

                                              So Cashflow die -  Rm1150 - Rm850 = Rm300

                                              So ROI = [(Rm1150 x 12)/170k] x 100%
                                                           = 8.12%

Baca lagi...
 
Blogger Templates