Friday, January 24, 2014

Document Penting Mudah Lulus Loan Rumah Untuk Pemilik Perniagaan.

Hi..Salam Jumaat Semua..

Panjang tajuk aku kali nie, untuk post ni dan seterusnya, aku nak ceritakan tentang mudahnya buat loan rumah untuk Pemilik Perniagaan dan Orang yang Makan Gaji.

So untuk post nie aku bgtahu dlu document2 yang penting, aku tak kan bagi semua tips dalam post nie sebab nak korang semua tertunggu2.. hahahaha kejam2...

Daripada document nie, aku akan explain jugak macam mane boleh lulus loan dgn mudah atau macam mane student boleh beli kereta atau rumah... tp kat post yang akan datang la ye..

Ok, document2 yang diperlukan untuk Pemilik Perniagaan adalah:

1 ) Sijil Pendaftaran Perniagaan dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia
    
- Yang nie tak kisah la ape perniagaan yang korang buat, tp kalu perlu tau, Jika ada dua syarikat.. Syarikat A buat bisnes dalam hartanah dan Syarikat B buat bisnes dalam perniagaan tudung, potensi Syarikat A lebih tinggi utk lulus loan berbanding Syarikat B. 

*Ops.. aku dah bg salah satu tips

2 ) Bank Statement 6 Bulan.
    
- Lebih bagus kiranya korang bukak satu account under nama company dan boleh dikira wajib utk bukak acc semasa dan bukan acc saving.

3 ) Salinan kad Pengenalan Owner / Diri Sendiri

4 ) Document perjanjian jual beli / Resit pembayaran deposit / Surat tawaran dr Pemaju

- Document nie utk menunjukan yang korang dan buat pembayaran booking utk property tersebut.

5 ) Supportive Document - Personal Bank Statemnt, Saving , ASB, Fix Deposit.

- Document ni hanya utk menguatkan lagi permohonan anda, untuk ASB, ada sesetengah bank yang ambik kira sebagai Komitmen disebabkan ada dividen setiap tahun.

6 ) Penyata Cukai Pendapatan Terkini ( Borang B) 

- Jika ada.

So ini la document yang penting untuk pemilik perniagaan utk memohon loan rumah, utk next entry aku akan cerita document yang diperlukan orang yang makan gaji

dan

Tips2 power untuk memudahkan permohonan loan korang cepat lulus, Tips yang akan datang nie jugak bagus student utk apply loan kereta dan rumah.


0 comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates