Tuesday, March 18, 2014

Beli kereta secara tunai.

Salam, Selamat Pagi Semua,

Hari nie aku nak bercerita tentang pembelian kereta secara tunai, Insya'allah aku nak cuba buat plan nie, kalu menjadi mungkin boleh menjadi ikutan kawan2.

Ok, bg korang mane lagi untung? Beli kereta tunai (tp 2nd hand), beli kereta baru [pinjaman penuh, RM0 byr muka] atau kereta baru [byr muka 10% + pinjaman selama 7 thn]?

Aku nak cuba kupas beli kereta second hand secara tunai dulu. Cara die seperti nie, aku perlu beli sebuah kereta secara cash so setiap bulanan aku tak perlu bayar installment kat bank dan kereta yang aku pakai sekarang nie kena jual la, so installment bulanan yang aku sepatutnya bayar kat bank tu aku simpan dalam bank selama setahun. faham tak?

Jom aku explain dalam perkiraan..

Refer kepada hari nie, Sebuah kereta Proton Gen2 tahun 2005 adalah Rm14,000. dan kita ambik anggaran kadar % susut harga kereta by year adalah 10% (tp nie perlu tgk keadaan ekonomi dan pasaran kereta).

Tahun Pertama : RM14,000
Tahun Kedua   : RM12,600
Tahun Ketiga   : RM11,340 dan seterusnya....

Ok, katakan sekarang aku memiliki sebuah Proton Preve yang installment bulanan die RM760.

Tahun Pertama: Rm760 x 12 = RM9,120
================================================================

Tahun Pertama aku memiliki Kereta Gen2 cash Rm14,000,

Pada Tahun Kedua aku jual RM12,600 (kira nilai susut 10%) + RM9,120 (simpanan yang sepatutnya bayar Installment Bank)

Tahun kedua aku mempunyai RM21,720. Mungkin boleh membeli sebuah Proton Persona.
================================================================

Tahun Ketiga aku jual Proton Persona tu dengan harga RM19,548 (harga selepas susut 10%)

Then ditambahkan dengan simpanan RM9,120 = Rm28,668.
================================================================

Tahun keempat aku jual kereta dengan harga RM25,801 (harga selepas susut 10%)

Then ditambahkan dengan simpanan RM9,120 = Rm34,921 dan seterusnya....

================================================================

Mungkin bg sesetangah orang cara nie leceh, tp cuba korang bayangkan korang memiliki kereta cash yang tak perlu dibayar bulanan... Insya'allah aku akan simpan Rm760 sebulan dan bakal isteri akan kumpul Rm700 sebulan, so by tahun ke 5 dah dapat nilai kereta lebih kurang 90k lebih (BMW second hand)

Doakan aku ye kawan2....

Baca lagi...
 
Blogger Templates