Thursday, May 29, 2014

Markup Loan Untuk Beli Rumah Tanpa Modal?

Salam, Selamat Petang Semua Kawan2.

Sebentar tadi aku ada dapat mesej berkenaan dengan markup loan,adakah markup loan ni boleh buat kita beli rumah tanpa modal?

 

Mungkin ada yang masih tak faham kot, Pada pendapat aku semuanya bergantung kepada owner rumah jugak.

Aku bernasib baik sebab owner terdesak untuk menjual rumah beliau di Mentari Court tu dengan harga Rm148k yang mane mase tu market value adalah Rm185k (sekarang dah cecah Rm210k kalu tak silap).

Owner terdesak + under MV..so ape lg, aku markup loan sebanyak Rm185k so margin 90% = Rm166500.

Tolak harga jual so ada la untung sikit Rm18500.

lawyer snp x bayar?? hehehehe Lawyer snp pun aku nego untuk deduct fee dari cashback yang aku akan dapat tu.

so katakan Rm6k legal fee... aku masih ada Rm12k untuk renovate atau beli next property.

tu la namanya beli rumah tanpa modal.

Baca lagi...

Sumber Inspirasi..

Salam, Selamat Petang Semua..

Hari nie aku terpanggil untuk berkongsi satu kisah Sumber Inspirasi... Korang ada tak Sumber Inspirasi, contohnya korang seorang pelumba basikal.. so ispirasi korang adalah Azizulhasni Awang, atau pun korang seorang pereka design halaman rumah so sumber inspirasi korang adalah Eric Leong.


Semalam aku dapat satu private message di FB dari seorang silent reader, die cakap selalu baca dan follow aku punya status berkenaan sublet dan hartanah dan suatu hari die memberanikan diri untuk mencuba bisnes sublet nie.

Yang aku kagum, die terus start dengan High End Sublet.. High End nie bermaksud kediaman yang mewah2... bukan medium or low cost.

Ok, die sewa Condo di Cyberjaya tu dengan owner sebanyak Rm1700 sebulan dan di sewakan balik kpd penyewa by bilik.

Master Room   - Rm1300
Medium Room - Rm1000
Small     Room - Rm700
Total               = Rm3000

So cashflow setiap bulan adalah Rm1300!!!  hehehe hebat bukan?

dan yang lagi hebat.. dia adalah seorang wanita!!

   
Rumah yang dia subletkan sebelum masukan perabot.





Rooftop Condo tu

Baca lagi...

Wednesday, May 28, 2014

Apartment Damai untuk Dijual!!

Hi, Selamat Pagi Semua..

Hari nie aku dapat listing di bandar Sunway, tempat ni mmg HOT!! kalu tidak, macam mane la aku boleh beli dua bijik kat area ni.. hehehehe

Detail die kat bawah nie:

  • Apartment Damai, Bandar Sunway,
  • 750sqft
  • Siap parking lot.
  • Owner nak jual sekali dgn penyewa.
  • Tempat Hot bersebelahan dengan Mentari Court, Owner nak letgo 120k.. Market Value 130k.. so ape lagi.. MARKUP LOAN!!
  • Sekarang ada penyewa yang sewa Rm600 sebulan.

Jangan berebut.. owner ada dua unit nak diletgo... so siapa cepat die lah yang dapat ye.. hehehehe


Baca lagi...

Tuesday, May 27, 2014

Apa itu Exit Plan dan Safety Plan??

Salam dan Selamat Tengah hari kawan-kawan..

Minggu lepas aku dapat soalan macam nie.

"assalam bro paih, nak belajar sikit,keberanian-keberanian nak beli rumah n buat sublet ni datang dari mana?tak takut ke kalau penyewa xnak sewa sedangkan di bank tetap kena bayar bulan2 rumah yang 2-3 biji tu.tq bro.ada kata-kata mandrem ke paih hehe"


ada ke aku bg jawapan dgn gambarkan situasi dalam tandas. hahahaha

katakan kita nak buang air besar, kenapa kita berani bercangkung atas tandas duduk? tak takut jatuh ke? tak takut kaki masuk dalam lubang ke?

so sebab tu lah pentingnya kita ambik langkah2 keselamatan seperti posisi duduk, jgn cangkung depan sgt.. jgn cangkung belakang sgt... hahahahaha

then sebelum kita pilih tandas tu mesti la kita check dlu kan, kukuh tak mangkuk tu, ada air ke tak dalam tandas tu, ada tisu ke tak... so same la dgn hartanah subsale nie, kita mesti la akan check dlu market sewa kat sana macam mane, ape kelebihan dan kelemahan kawasan tu, camne capital appreciation die, tak kan kita nak main beli je..

faham tak? safety plan tu mesti ada, duit cashflow jgn la membazir, simpan sikit utk kes situasi seperti yang ditanye tu... dan sebab tu jugak ramai usahawan yang berjaya die akan bukak beberapa cabang bisnes, so that if one of they bigness loss, boleh la tampung dengan bisnes lain dlu sementara naikan atau memperbaiki balik bisnes yang loss td tu..

tu pendapat aku.
Baca lagi...

Masalah itu adalah satu peluang.

Salam, Selamat Pagi Semua
 
Betul la org cakap... Masalah seseorang tu adalah satu peluang bg seseorang yang lain.

Sebelah condo yang aku duduk nie ada satu condo yang sedang dalam pembinaan, setiap hari mmg byk lori yang akan keluar masuk, so habuk akan berterbangan.

ini mendatangkan masalah kpd owner kereta yang parking kat luar sebab habuk2 akan jatuh ke atas kereta mereka.

tp ini juga adalah peluang bg bangla yang kerja sebagai tukang kebun kat sana sebab setiap pagi, die akan coverkan semua kereta yang parking kat luar, then owner akan bayar Rm25 sebulan utk perkidmatan tu.

Katakan Rm25 x 20 = Rm500. bangla tu dapat buat Rm500 sebulan dengan selimutkan kereta sahaja. 


Nak seribu daya, tak nak seribu dalih... kadang2 aku bangga dengan bangla nie, sebab die boleh berpikir dua kali ganda dr kita camne nak buat duit di negara orang.. hehehehe
Baca lagi...

Monday, May 19, 2014

Salah satu scenario beli Rumah Low Cost

Hi Semua...

Ada sesetengah pelabur tak suke dengan low cost sebab byk syarat2 yang dikenakan dan agak leceh, tp jika cashflow yang akan kita dapat tu agak kebabom... ape salahnya... kan?

Print screen kat bawah ni adalah salah satu kejadian kawan kita yang beli rumah low cost, bukan maksud aku tak elok beli lowcost tp kadang2 low cost lagi byk keluarkan duit dr beli rumah yang medium low cost atau lain2 type sebab kebanyakan bank tak masukan legal fee ke dalam loan.











Baca lagi...

Wednesday, May 14, 2014

Adakah Masa Anda Berharga??

Hi, Selamat Pagi Semua.

Hari nie aku tak nak taip panjang2, just nak share status yang aku buat kat Fb semalam.



  


Terima kasih kpd kawan2 yang byk membantu dan memberi tunjuk ajar selama ini, jasa mu akan ku kenang.


Baca lagi...

Monday, May 5, 2014

Tips elak penyewa bayar lambat.

Hi, Salam Sejahtera Semua..

Hari nie aku nak kasi satu tips yang dah setahun lebih aku amalkan.

Salah satu cara utk elak penyewa bayar duit sewa rumah lambat adalah dengan kenakan denda Rm10 sehari jika lewat.

Memang agak kedengaran seperti kebudak-budakan tp mmg berhasil selama aku bg sewa ni.. tak pernah lagi penyewa yang bayar lambat kecuali pada minggu lepas, salah seorang penyewa aku mintak lambat sikit bayar.


Mungkin ada masalah kewangan kot..





Baca lagi...

Kelebihan Sublet.

Hi, Selamat Pagi Semua

Masih ada org tak nampak kelebihan sublet dan cakap kena ada modal tinggi utk buat sublet nie.

camni..

Katakan kita ada Rm5,000, cari rumah sublet sebulan Rm900 so deposit 2 + 1 + ultility = Rm3150 then balance masih ada Rm1850, baki nie kita cuba masukan perabot yang penting2 je dlu.

katakan lagi, unit tu boleh bg sewa Rm1300 (lagi tinggi lagi bagus), so penyewa akan bayar deposit dan ultility sebanyak Rm4550, bukan ke dah nak balik modal kita pd mulanya? siap dapat cashflow Rm400 bulan depan.

Deposit yang kita dapat Rm4550 td tu rotate plak rumah sublet ke 2, 3 dan seterusnya sampailah ada 10 buah rumah.

Purata sebuah rumah cashflow Rm400, bukan ke kalu 10 buah rumah dah Rm4000??

then dengan Rm4,000 sebulan... selama 12 bulan.. korang dah dapat Rm48,000.. try la beli rumah lelong cash.. hehehehe

tp ada ke rumah lelong Rm48,000?? hehehehe

Aku pernah beli 2 buah rumah lelong pd harga Rm48,000 dan Rm54,000.. dan masing2 jual balik pada Rm90,000 dan Rm80,000.. senang kan buat duit?

Then ada org cakap plak leceh jaga rumah banyak2, tp bg aku dalam 10 buah rumah nie.. akan ada hanya 2 atau 3 je rumah yang akan bermasalah.. yang lain kita hanya tunggu waktu utk collect sewa je... tu pentingnya tapis penyewa....
Baca lagi...
 
Blogger Templates