Thursday, August 28, 2014

Kualiti Vs Kuantiti - Personal Coaching VS Seminar

Salam Semua... Selamat Malam...

Hampir 12.00 Malam... Hari ni Genap umur aku dah masuk 26 Tahun... Sudah banyak yang aku lalui... suka duka.. semua berjaya ditempuhi.. insya'allah kita semua akan bertambah maju dalam ape jua kita ceburi...

Malam nie aku nak bercerita tentang Kuantiti vs Kualiti.. Kawan2 di Facebook Paih Aman mesti dah tahu, aku dah start balik buat coaching..maksud coaching disini, aku ajak kawan2 di Facebook lepak di kedai untuk sembang2 tentang hartanah kursusnya Sublet dan Subsale Markup Loan... sebab tu adalah kepakaran aku... aku tak ajak ramai.. cukup la dua tiga orang sekali sesi.

Aku lebih selesa berjumpa beberapa orang berbanding buat seminar dengan puluhan orang menghadiri seminar tu sebab aku rase susah nak fokus untk aku bercerita dan mengambil feedback dari masalah2 bakal subleter.

Kalau kita lebihkan kuantiti tp kualiti bg setiap bakal subleter tu tak ada, so tak berbaloi jugak... ini kerana kebanyakan yang aku kenal, dah g beberapa kali seminar tp nak buat first step tu masih tak yakin sebab mungkin menyampaian time seminar tu tak berapa dapat atau mungkin time seminar tu mereka byk persoalan tp malu untuk bertanya.

Bile kita berjumpa face to face, kita bercerita santai di meja makan kedai, bertanya soalan yang tak faham atau ada kemuskilan, bukan sahaja kita boleh bercerita tentang hartanah tp dalam mengenali seseorang tu dengan lebih dekat dan ni menambahkan networking.

Kita semua sedia maklum, networking adalah salah satu cara terbaik untuk bergerak maju dan pantas dalam bidang hartanah.. dan ini la tujuan aku.

Tambahan lagi, bile aku buat personal coaching.. aku boleh bercerita santai dan lebih detail pengalaman aku dalam bidang hartanah nie, dan kita boleh bertukar2 pendapat dan bercerita ( 2 Way Communication).



Ada beberapa orang dah start buat first step dan ada beberapa orang yang dah berjaya memenuhi penyewa kat rumah sublet pertama, nanti aku cuba dapatkan testimoni.

Yang penting aku buat personal coaching nie adalah secara FREE!! hehehehe ada orang cakap rugi tp bg aku ilmu yang kita kongsi tu tak ternilai dengan wang ringgit, lagi2 kita dapat mengubah nasib seseorang yang ingin memajukan diri dan keluarga dalam kehidupan.


Baca lagi...

Wednesday, August 27, 2014

Anggaran Kasar Permulaan Membeli Hartanah

Salam Semua... Selamat Petang..

Hari ni ada satu post dari seorang kawan di Facebook yang buat aku tertarik, Sekeping gambar yang mempunyai angka2 anggaran kasar untuk permulaan pembelian hartanah.

Tp ini adalah dari proses biasa, bukan markup loan, tolak epf atau sebagainya.



So korang pandai2 la sediakan angaraan lebih kurang seperti dijadual mengikut harga rumah masing2 dan bandingkan jika anda dah membeli.
Baca lagi...

Friday, August 22, 2014

Contoh Penyewa Dari Neraka

Salam...

Pernah dengar tak pepatah Bagai Melepaskan Anjing Yang Tersepit?

Maksudnya adalah Menolong Orang Yang Tak Tahu Membalas Jasa Kita.

Apabila kita menjadi tuan rumah yang memberikan sewa kpd penyewa, itu adalah sebagai tanggungjawab kita untuk memberi perlindungan or tempat berteduh kpd setiap penyewa kita.

Kadang2 dengan budi bicara, kita kurangkan sewa atau deposit, dan mungkin kita membenarkan penyewa membayar lewat sehari dua tetapi kadang2 penyewa tidak nampak macam mane tanggungjawab kita. Mereka mungkin bersangka kita hanya mahukan duit mereka.

Ini lah yang terjadi kepada salah seorang kawan, Contoh Penyewa Dari Neraka.

  • Pintu di tendang.
  • Grill pintu depan dirosakkan.
  • TV, Mesin Basuh dilarikan.
  • Sewa tak berbayar.




Itu lah pentingnya kita memilih penyewa, check latar belakang, sebelum ni menyewa kat mane.. kalu nak lagi cun, cuba hubungi owner rumah lame untuk bertanye tentang bakal penyewa rumah kita tu... ala2 nak cari pekerjaan baru gitu.. bukan ke kadang2 sesetangah company akan call bekas company yang kita kerja untuk bertanya prestasi kerja kita.

Apa2 pun, Semoga berjaya kawan2 untuk menemui Penyewa Dari Syurga.


Baca lagi...

Rumah Sewa Berhantu??

Salam... Selamat Petang...

Petang nie aku dikejutkan oleh mesej salah seorang penyewa aku, dikatakan rumah sewa aku tu ada hantu.. hahahaha

betul2 ada hantu atau alasan untuk mereka pindah rumah?





Kat sini jugak aku nak listkan beberapa cara secara islam untuk yang beragama islam.. adab dan tata tertib ketika memasuki rumah baru atau berpindah.

1. Azan - Melaungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Jika tiada orang lelaki maka orang perempuan juga boleh azan. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.

2. Membaca surah Al-Baqarah - Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud; "Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah."

3. Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran - Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (hadis riwayat Al-Baihaqi)

4. Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas - Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.

5. Pagar Rumah Secara Islam - Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut-sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam.
Bagaimana pun ada cara yang dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam.
Caranya ialah dengan 'memagar rumah' dengan merenjis air Yassin di sekeliling rumah. 



Baca lagi...

Thursday, August 21, 2014

Testimoni 3A-7A Villa Sentosa Klang

Salam dan Selamat Petang Semua.

Best kan kalu petang2 macam nie dapat joging or berbasikal di taman-taman.. boleh rilexkan minda dan badan. Hehehehe dah lame aku tak ke gym selepas kawin nie.. badan pun dah naik.. hehehehe

Post nie aku nak share case study salah satu unit lelong yang aku menang bid untuk kawan aku. Nama kawan aku nie Hafizullah, kenal pun melalui facebook dan die salah seorang pembaca blog aku..

Pada mulanya die contct aku melalui facebook aku dan mintak aku carikan unit lelong, dan setelah beberapa minggu ada sebuah unit di Klang yang menarik hati. Aku sertakan POS rumah tu dan jom ikuti case study dan testimoni beliau... Rumah die dibeli secara lelongan pada 28.2.2013.

Detail Rumah Lelong:
  • Unit no 3A-7A, Villa Sentosa, Taman Sentosa, Klang
  • 850Sqft
  • Freehold
  • Idaman Kalbu Sdn Bhd adalah developer


So Hafizullah nie menang tanpa bertanding, time aku g bid tu tak de orang yang masuk utk unit ni so alhamdulillah lah... kat pic bawah nie kita leh lihat yang Hafiz nie , menang pada harga Reserve Price yang itu RM54,000 , then die dah bayar deposit time tu Rm5,700 so balance lagi yang perlu dibayar (cash atau loan) adalah Rm48,300.


Hafizullah bayar cash je balance Rm48,300 so tempoh tukar nama tak de la lame sangat, pada masa proses tukar nama tu, die mintak aku catkan dan tolong uruskan cari penyewa, so tu lah mmg kerja aku.





Then die mintak plak aku carikan buyer untuk rumah ni, so dengan segala ilmu yang aku ada, dalam seminggu je aku dapat carikan buyer.. Alhamdulillah... pada asalnya 3 orang berminat untuk rumah ni tetapi aku pilih salah seorang je sebab aku yakin loan die lepas dan tak de masalah, bimbang gak.. kalu lah loan sangkut, kenalah bermula balik proses pencarian buyer.

Aku cari balik snp die selepas jual. 


Buyer bersetuju beli rumah beliaudengan harga Rm110k dan pada masa tu Market Value yang aku dapat adalah Rm120K dari Bank RHB.


Alhamdullilah... Si Hafizullah nie beli rumah ni dengan harga RM48,000 dan jual pada Rm110,000, so anggaran untung kasar beliau adalah Rm110k - Rm48k = Rm62k.

Kenapa aku cakap untung kasar?? Untung kasar nie sebelum tolak kos lawyer, repair dan cantikan rumah dan sebagainya.

Masih BERBALOI kan?? Kat bawah nie adalah testimoni dari Hafizullah.





  Apa2 pun aku nak ucapkan Terima Kasih kat Hafizullah sebab percayakan dengan khidmat aku dan aku ucapkan tahniah sebab hajat die nak bawak parent ke Umrah dengan duit untung ni tercapai.



Baca lagi...

Monday, August 18, 2014

Mentor Alam Maya

Salam, Selamat Tengah Hari Semua...

Korang yang berkecimpung dalam kerjaya tak kira lah dalam bidang IT ke, Engineer ke, Lawyer ke, Doctor ke... ada tak mentor korang?

Mentor ni bermaksud penolong, penasihat, penilai atau pun perunding... senang kata sesorang yang memberi nasihat dan tunjuk ajar kpd kita atas sesuatu yang kita kurang mahir.

Korang nak tahu tak, setiap hari akan ada org tanye kat facebook atau email kat aku, macam mane nak menceburi bidang hartanah nie.. dalam bidang sublet atau pun subsale.. dengan panjang lebar aku explain.. tp % utk mereka take action adalah sebilangan sahaja, mungkin disebabkan oleh perasaan takut akan risiko.

So berbalik kpd topik kat atas, Wan Surin, adalah salah seorang yang selalu bertanya soalan kt aku tentang sublet, tp aku menunggu jugak bile die nak ambik first action, dan Alhamdulillah pada hari nie 18.8.2014, die buang jauh2 perasaan takut akan risiko tu dan ambik first step dalam bidang hartanah (Sublet) nie..

Owner bg sewa pd die RM400 sebulan then die bg sewa pd student RM130 seorang... masukan 6orang pelajar.. so dah Rm780.

Cashflow Rm380 sebulan... katakan ada 10 buah rumah...bukan ke die dah capai Rm3800 sebulan.. 



Kagum aku!! Alhamdulillah... lepas ni aku nak lebih ajarkan orang terutama bumiputera kita nie.
Baca lagi...

Thursday, August 14, 2014

Permulaan Langkah Yang Lebih Serius.

Salam Semua, Selamat Petang...

Jika kawan2 facebook baca blog aku nie, mesti diorg tahu yang aku dah tamatkan perjalanan makan gaji aku di sebuah Syarikat IT di Cyberjaya. So bermula lah langkah untuk berkerja sendiri..

Bukan mudah untuk aku ambik langkah ni, byk aspek yang perlu di ambik kira.. contohnya..
  • Saving mesti 6 bulan gaji atau 6 bulan komitmen yang sedia ada.
  • Income yang dari bekerja sendiri telah mencecah sekurang-kurang 2 kali ganda makan gaji.
  • Dapat persetujuan pasangan utk berkahwin atau Ibu Bapa untuk yang masih bujang.
Persetujuan tu penting sebab itu akan membawa berkat kpd kita kelak. So Insya'allah ALLAH S.W.T akan mencurahkan rezeki yang berlipat kali ganda jika kita diberi berkat.

Main kerja aku sekarang mestilah Sublet dan Subsale, dan Alhamdulillah.. aku jugak dah mendaftar kat satu company Real Estate, jadi senang la sikit bergerak.. ada bantuan dari kawan2 yang dah lame berkecimpung.

Selain tu jugak aku ada buat bisnes kecil-kecilan seperti perabot second hand, printing..renovation, mengecat dan mencuci rumah dan sebagainya... tp semua ni baru permulaan..

Doakan aku berjaya ye kawan dan insya'allah akan berbalik kepada kamu semua jugak.. Amin


Baca lagi...

Wednesday, August 13, 2014

Vistaria Apartment Testimoni.

Salam...

Dah lame dapat testimoni dari owner yang aku tolong jualkan dua buah apartment die kat Vistaria Apartment nie, tp tak sempat nak post kat blog.. so hari nie ada kelapangan sikit.

Alhamdulillah... unit nie aku dapat dari owner hujung tahun 2013 dan pada bulan 7 tahun 2014 setel semua proses jual beli.. so aku rase cam laju jugak la lawyer n banker buat kerja.

Seperti kawan2 yang selalu follow blog dan fb aku, diorg tahu kebanyakan kes aku ni adalah markup loan, dan ini adalah salah satu kes markup... yang best kes nie, owner letgo sekali dengan perabot cam meja makan, sofa, tv, katil, aircond and water hearter.

Buyer beli unit ni pada harga RM225k then markup loan RM250k.... Bile die markup, bank bagi margin of finance 90% dari RM250k.. so RM225K....setel balance kepada owner.

So jom kita tgk ape owner cakap dan gambar2 apartment die.

Daripada owner



Bilik Utama

Siap build in wardrobe

Tandas yang bersih

Meja Makan

Rumah siap perabot



Baca lagi...

Sunday, August 10, 2014

Sudah lama ketinggalan...

Salam, Selamat Pagi Semua...

Sudah lama aku tak update kat blog ni sebab aku terlalu fokus kat apa yang aku sedang buat... kata orang anjakan paradigma hehehehe

Alhamdulillah, aku sudah berhenti kerja dan mengejar impian aku. Selama ni aku terpikir, apa yang aku pandai lakukan? apa keistimewaan aku? ape yang aku nak dalam career or hidup?

So alhamdulillah, aku dah temui sekarang... mungkin korang dah tahu lame dah kan? hehehhehe...

Aku suke berbisnes, dari kecik sampai sekarang aku suke berbisnes (nanti aku ceritakan).

Hari nie dapat message di facebook dan ni membuat aku terpikir utk bercerita di sini. Setelah berhenti dari makan gaji, aku mulakan hidup dengan fokus kpd bisnes sublet dan subsale sahaja.

tp bukan setakat tu sahaja impian aku, tak kan kita nak stay di satu level je kan? kita patut kembangkan bisnes kita kepada pelbagai bidang, tp utk sementara nie, aku akan fokus kpd dua ni utk kumpul modal.

Insya'allah selepas ni aku akan cuba belajar mengarang dan update sebanyak mungkin seperti mana aku update status facebook hehehehe

ape2 pun terima kasih kpd yang masih setia menunggu dan membaca posting aku (tak tahu ada ke tak) hahahahhaa




Baca lagi...
 
Blogger Templates