Thursday, August 28, 2014

Kualiti Vs Kuantiti - Personal Coaching VS Seminar

Salam Semua... Selamat Malam...

Hampir 12.00 Malam... Hari ni Genap umur aku dah masuk 26 Tahun... Sudah banyak yang aku lalui... suka duka.. semua berjaya ditempuhi.. insya'allah kita semua akan bertambah maju dalam ape jua kita ceburi...

Malam nie aku nak bercerita tentang Kuantiti vs Kualiti.. Kawan2 di Facebook Paih Aman mesti dah tahu, aku dah start balik buat coaching..maksud coaching disini, aku ajak kawan2 di Facebook lepak di kedai untuk sembang2 tentang hartanah kursusnya Sublet dan Subsale Markup Loan... sebab tu adalah kepakaran aku... aku tak ajak ramai.. cukup la dua tiga orang sekali sesi.

Aku lebih selesa berjumpa beberapa orang berbanding buat seminar dengan puluhan orang menghadiri seminar tu sebab aku rase susah nak fokus untk aku bercerita dan mengambil feedback dari masalah2 bakal subleter.

Kalau kita lebihkan kuantiti tp kualiti bg setiap bakal subleter tu tak ada, so tak berbaloi jugak... ini kerana kebanyakan yang aku kenal, dah g beberapa kali seminar tp nak buat first step tu masih tak yakin sebab mungkin menyampaian time seminar tu tak berapa dapat atau mungkin time seminar tu mereka byk persoalan tp malu untuk bertanya.

Bile kita berjumpa face to face, kita bercerita santai di meja makan kedai, bertanya soalan yang tak faham atau ada kemuskilan, bukan sahaja kita boleh bercerita tentang hartanah tp dalam mengenali seseorang tu dengan lebih dekat dan ni menambahkan networking.

Kita semua sedia maklum, networking adalah salah satu cara terbaik untuk bergerak maju dan pantas dalam bidang hartanah.. dan ini la tujuan aku.

Tambahan lagi, bile aku buat personal coaching.. aku boleh bercerita santai dan lebih detail pengalaman aku dalam bidang hartanah nie, dan kita boleh bertukar2 pendapat dan bercerita ( 2 Way Communication).



Ada beberapa orang dah start buat first step dan ada beberapa orang yang dah berjaya memenuhi penyewa kat rumah sublet pertama, nanti aku cuba dapatkan testimoni.

Yang penting aku buat personal coaching nie adalah secara FREE!! hehehehe ada orang cakap rugi tp bg aku ilmu yang kita kongsi tu tak ternilai dengan wang ringgit, lagi2 kita dapat mengubah nasib seseorang yang ingin memajukan diri dan keluarga dalam kehidupan.


6 comments:

narfey said...

Macam mana nak join bro?

esyam said...

wowowow...hopefully terpilih utk join ^_^

Paih Aman said...

try add facebook sy..

Paih Aman said...

Saya tak memilih pun, siapa2 je boleh join.. cuba la add facebook saya then kalu ada masa kita jumpa... borak2 santai je.

Eyriqazz GTO said...

Bolehla berguru ngan bro camni...

Paih Aman said...

Boleh je bro... ilmu yang kita dapat mmg wajid utk dikongsikan

Post a Comment

 
Blogger Templates