Monday, August 18, 2014

Mentor Alam Maya

Salam, Selamat Tengah Hari Semua...

Korang yang berkecimpung dalam kerjaya tak kira lah dalam bidang IT ke, Engineer ke, Lawyer ke, Doctor ke... ada tak mentor korang?

Mentor ni bermaksud penolong, penasihat, penilai atau pun perunding... senang kata sesorang yang memberi nasihat dan tunjuk ajar kpd kita atas sesuatu yang kita kurang mahir.

Korang nak tahu tak, setiap hari akan ada org tanye kat facebook atau email kat aku, macam mane nak menceburi bidang hartanah nie.. dalam bidang sublet atau pun subsale.. dengan panjang lebar aku explain.. tp % utk mereka take action adalah sebilangan sahaja, mungkin disebabkan oleh perasaan takut akan risiko.

So berbalik kpd topik kat atas, Wan Surin, adalah salah seorang yang selalu bertanya soalan kt aku tentang sublet, tp aku menunggu jugak bile die nak ambik first action, dan Alhamdulillah pada hari nie 18.8.2014, die buang jauh2 perasaan takut akan risiko tu dan ambik first step dalam bidang hartanah (Sublet) nie..

Owner bg sewa pd die RM400 sebulan then die bg sewa pd student RM130 seorang... masukan 6orang pelajar.. so dah Rm780.

Cashflow Rm380 sebulan... katakan ada 10 buah rumah...bukan ke die dah capai Rm3800 sebulan.. 



Kagum aku!! Alhamdulillah... lepas ni aku nak lebih ajarkan orang terutama bumiputera kita nie.

0 comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates