Thursday, August 14, 2014

Permulaan Langkah Yang Lebih Serius.

Salam Semua, Selamat Petang...

Jika kawan2 facebook baca blog aku nie, mesti diorg tahu yang aku dah tamatkan perjalanan makan gaji aku di sebuah Syarikat IT di Cyberjaya. So bermula lah langkah untuk berkerja sendiri..

Bukan mudah untuk aku ambik langkah ni, byk aspek yang perlu di ambik kira.. contohnya..
  • Saving mesti 6 bulan gaji atau 6 bulan komitmen yang sedia ada.
  • Income yang dari bekerja sendiri telah mencecah sekurang-kurang 2 kali ganda makan gaji.
  • Dapat persetujuan pasangan utk berkahwin atau Ibu Bapa untuk yang masih bujang.
Persetujuan tu penting sebab itu akan membawa berkat kpd kita kelak. So Insya'allah ALLAH S.W.T akan mencurahkan rezeki yang berlipat kali ganda jika kita diberi berkat.

Main kerja aku sekarang mestilah Sublet dan Subsale, dan Alhamdulillah.. aku jugak dah mendaftar kat satu company Real Estate, jadi senang la sikit bergerak.. ada bantuan dari kawan2 yang dah lame berkecimpung.

Selain tu jugak aku ada buat bisnes kecil-kecilan seperti perabot second hand, printing..renovation, mengecat dan mencuci rumah dan sebagainya... tp semua ni baru permulaan..

Doakan aku berjaya ye kawan dan insya'allah akan berbalik kepada kamu semua jugak.. Amin


2 comments:

rohaniah noor said...

all the best, Paih

Paih Aman said...

Kak Rohaniah, sila beri tunjuk ajar... hehehee

Post a Comment

 
Blogger Templates