Thursday, August 21, 2014

Testimoni 3A-7A Villa Sentosa Klang

Salam dan Selamat Petang Semua.

Best kan kalu petang2 macam nie dapat joging or berbasikal di taman-taman.. boleh rilexkan minda dan badan. Hehehehe dah lame aku tak ke gym selepas kawin nie.. badan pun dah naik.. hehehehe

Post nie aku nak share case study salah satu unit lelong yang aku menang bid untuk kawan aku. Nama kawan aku nie Hafizullah, kenal pun melalui facebook dan die salah seorang pembaca blog aku..

Pada mulanya die contct aku melalui facebook aku dan mintak aku carikan unit lelong, dan setelah beberapa minggu ada sebuah unit di Klang yang menarik hati. Aku sertakan POS rumah tu dan jom ikuti case study dan testimoni beliau... Rumah die dibeli secara lelongan pada 28.2.2013.

Detail Rumah Lelong:
  • Unit no 3A-7A, Villa Sentosa, Taman Sentosa, Klang
  • 850Sqft
  • Freehold
  • Idaman Kalbu Sdn Bhd adalah developer


So Hafizullah nie menang tanpa bertanding, time aku g bid tu tak de orang yang masuk utk unit ni so alhamdulillah lah... kat pic bawah nie kita leh lihat yang Hafiz nie , menang pada harga Reserve Price yang itu RM54,000 , then die dah bayar deposit time tu Rm5,700 so balance lagi yang perlu dibayar (cash atau loan) adalah Rm48,300.


Hafizullah bayar cash je balance Rm48,300 so tempoh tukar nama tak de la lame sangat, pada masa proses tukar nama tu, die mintak aku catkan dan tolong uruskan cari penyewa, so tu lah mmg kerja aku.





Then die mintak plak aku carikan buyer untuk rumah ni, so dengan segala ilmu yang aku ada, dalam seminggu je aku dapat carikan buyer.. Alhamdulillah... pada asalnya 3 orang berminat untuk rumah ni tetapi aku pilih salah seorang je sebab aku yakin loan die lepas dan tak de masalah, bimbang gak.. kalu lah loan sangkut, kenalah bermula balik proses pencarian buyer.

Aku cari balik snp die selepas jual. 


Buyer bersetuju beli rumah beliaudengan harga Rm110k dan pada masa tu Market Value yang aku dapat adalah Rm120K dari Bank RHB.


Alhamdullilah... Si Hafizullah nie beli rumah ni dengan harga RM48,000 dan jual pada Rm110,000, so anggaran untung kasar beliau adalah Rm110k - Rm48k = Rm62k.

Kenapa aku cakap untung kasar?? Untung kasar nie sebelum tolak kos lawyer, repair dan cantikan rumah dan sebagainya.

Masih BERBALOI kan?? Kat bawah nie adalah testimoni dari Hafizullah.





  Apa2 pun aku nak ucapkan Terima Kasih kat Hafizullah sebab percayakan dengan khidmat aku dan aku ucapkan tahniah sebab hajat die nak bawak parent ke Umrah dengan duit untung ni tercapai.



2 comments:

SABARINA said...

WAH...taman sentosa tu black area encik. kawan saya ada yg nk jual rumah kat sana tapi malang sampai skang xde yg nk beli. Boleh tak encik bantu?

SABARINA said...

email saya erynaakma@yahoo.com

Post a Comment

 
Blogger Templates