Friday, September 19, 2014

Comeback ke Arena Lelong dengan Kemenangan Bergaya..

Salam... Selamat Pagi...

Jam menunjukan sekarang dah 4am... baru sempat nak update tentang peristiwa di lelongan hari nie..

Dua hari lepas, aku ada ternampak satu unit rumah lelong yang agak menarik harganya... dan aku tahu biasanya kalau harga terlalu below market ni akan menarik ramai perhatian bidder... tp takpe.. cuba dulu sebelum mengaku kalah...

Unit yang dilelong tu adalah di Apartment Penaga Mas.. terletak di Taman Mas, Puchong... Kalau korang biasa follow blog aku.. aku pernah jual sebuah unit di SINI


Reserve Price unit ni adalah sebanyak Rm83,000 dan ada tunggakan maintenance lebih kurang 8k.. tunggakan ni byk disebabkan unit ni tak pernah diduduki oleh owner dan maintenance fee mmg tak pernah dibayar... bile aku tanye maintenance office, diorg cakap owner mmg dah tak boleh nak trace.. so kalau owner memang tak boleh trace dah..lepas menang je bid lelong unit nie...aku mmg akan terus pecah masuk (walaupun salah sebenarnya).


 Lelongan ni dibuat di Jalan Raja Laut, KL... sampai je kat sana jumpa beberapa orang kawan yang mmg otai dalam bidang lelong nie... aku ni ikan bilis je.. baru 4 kali pernah menang dalam arena lelong..rase rendah diri je td.. tp perasaan aku kuat menyatakan aku boleh menang unit ni.. then bile syok2 sembang dgn kawan2 lame ada beberapa orang ulat yang mewakilkan salah seorang bidder nie offer untuk bayar RM1,500 supaya aku tarik diri.

Pendapat aku Rm1500 tu sikit so aku nego balik dengan mintak Rm3,000 then barulah aku tarik diri.. lepas keluarkan sekali skill "Nak ambik, tak nak sudah".. baru lah deal tu berjaya..

Bidder yang masuk unit adalah seramai 6 orang.. so masing2 ada yang mintak Rm1500.. ada yang mintak Rm2000... then semua orang berpakat untuk tarik diri dan biar seorang je bidder yang masuk(yang sanggup bayar aku 3k).

Tapi malangnye bile turn unit tu dilelong.. salah seorang bidder tu mungkir janji dgn angkat paddle untuk bid sama so secara automatik perjanjian utk tarik diri tu terbatal dan aku pun lawan la jugak.

Daripada reserve price Rm83k.. naik kepada Rm113k dan Alhamdulillah.. aku menang dalam pertarungan 6 penjuru tu.. hehehehe agak terkejut sebab aku rase bidder lain lagi mempunyai capital yang lagi tinggi tp mungkin dah rezeki aku...

Aku masih menunggu market value yang terkini dari banker tp yang for sure market value Rm155k boleh dapat jika aku refer kpd kes unit yang aku jual tahun lepas, dan bile refer kepada Mudah.my.. ada owner yang dah jual 160k hingga 170k sekarang....


Katakan dah bayar 10%... so balance yang perlu diselesaikan by loan adalah RM101700... dan kita ambik purata selling price di Mudah.my adalah Rm165,000... so anggaran keuntungan kasar yang diperoleh adalah RM63300!!!  (anggaran nie belum ditolak RGPT, Legal Fee, Repair dan sebagainya). Berbaloi tak agak2 korang?

Katakan tolak 15k untuk repair dan legal fee.. and waive RPGT... so masih ada baki untung dalam Rm48,300!!! Rm48,300 bahagi dengan 12 bulan bersamaan gaji sebulan Rm4025!!!

Selain kemenangan nie, boleh jugak aku berjumpa dengan otai lelong Hafiz Agen Lelong... Selain Wan Infolelong, Hafiz byk mengajar aku tentang lelong.. Terima kasih bro.. lame tak jumpa.. rindu dengan ketawa besar ko tu.. hehehehe


Dia panggil aku Raja Sublet Mentari Court??  Perli ke ape tu.. hehehehehe


0 comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates