Tuesday, September 2, 2014

Elakan "Parasit" di Rumah Sewa.

Selamat Malam Semua...

Petang nie aku dikejutkan dengan satu berita yang akan terkejut... Salah seorang kawan yang aku ajar buat sublet selama nie ditimpa masalah parasit.

Parasit yang aku maksudkan ni adalah KAWAN kpd penyewa yang menumpang lebih dari 3 hari. Bagi aku jika parasit ni stay di rumah sewa kita lebih dari 3 hari, kita patut kenakan bayaran kpd die walaupun dia kawan die sewa satu rumah atau satu bilik.

Kes kawan aku ni disebabkan parasit la, walaupun pada awalnya penyewa mmg dah terbaek punya tapis tp silap penyewa jugak sebab bawak kawan2 die stay ke rumah tu sampai die segan n takut nak mintak kawan pindah keluar.

Dalam Aggrement biasanya ada dinyatakan syarat2 tak boleh bawak kawan bermalam lebih dari beberapa hari atau bayaran dikenakan tp mungkin kawan aku ni terlepas pandang.

Kos Kerugian:
  • Tv Samsung 32 inci hilang.
  • Tiles ada kesan kebakaran 3 tempat.
  • Pintu 2 bilik pecah.
  • Bill api n air tak dibayar
  • Sampah dan sisa masakan bersepah.
  • Kerusi 2 patah.
  • Sofa rosak
 Jom layan gambar kat bawah dlu..







Insya'allah esok akan dibuat laporan polis.

Nota Penting - Selain pemilihan penyewa, pemantauan penyewa jugak penting.. selain masa kita tapis penyewa pada mula2 mereka nak masuk tu, kita jugak kena pantau penyewa ni.. cara nak pantau tu berserah pada individu masing2... kalau cara aku, aku suka cara XXXXXXX...

Hahahaha lain kali aku cerita... 

0 comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates