Thursday, September 25, 2014

Fasa 1 Bisnes Sublet - Kenalpasti Lokasi Part 2

Salam dan Selamat Malam Semua..

Mesti korang perasan yang layout blog ni dah byk berubah.. aku patut berterima kasih banyak kpd kawan dari kampung aku ni sebab die saja2 tolong makeupkan aku punya blog sampai sebegini rupa tanpa sebarang fee...tp mungkin aku kena belanja makan bile balik kg nanti hehehehe

Terima Kasih Fakrul!! Banyak jasa mu tolong aku makeup blog nie...

Dari Bisnes Sublet Part 1 hari tu, aku dah berjanji jika komen kat post tu mencecah 10 orang, aku akan share kesinambungan tips tu.. hehehehe orang yang ke 10 adalah Muhammad Ghazali pada 18 September 2014 tp maaf sebab baru sekarang aku berkesempatan utk tulis post nie.

OK! Macam mane kita nak tahu sesuatu tempat tu sesuai utk disubletkan by kepala atau by bilik?

Cara aku adalah buat IKLAN DUMMY.. korang boleh buat dummy iklan die Mudah.my, Ibilik atau pun notis board.. korang kena tahu juga, ada sesetengah tempat tu mungkin boleh iklan sewa bilik/kepala di internet(mudah.my/ibilik) dan ada juga sesetengah tempat tak boleh jalan kalau iklan di internet tp kalu iklan di notis board bawah apartment mmg cepat je orang call.. so tu kena tengok baik2...

Untuk iklan tu korang boleh buat dua dummy iklan.. satu, korang bg sewa by bilik... katakan kita ambik contoh apartment yang 950sqft dan ada 3 bilik dua bilik air...  korang try la test letak sewa dengan kadar yang berpatutan.. seperti Bilik Master Rm550.. Bilik Medium Rm400.. Bilik Small Rm350... kalau yang call tu nak sewa satu bilik tp sewa berdua dengan kawan die, so pandai2 la die share harga sewa..

Then sama jugak seperti iklan by kepala, cuba tgk saiz bilik.. kalu 950sqft rasenya boleh masukan 4 orang di bilik master.. 2 orang di bilik medium dan 2 orang di bilik small..  dan katakan sewa seorang adalah Rm220.. total dah Rm1760

Cuba tunggu dalam seminggu dan tengok yang mane banyak panggilan... yang by bilik atau by kepala byk dapat sambutan.. dan dari pengalaman aku... rumah yang disewa by kepala ni kebanyakan die sesuai untuk lelaki, ini disebabkan lelaki die tak kisah kalu stay satu bilik dengan orang die tak kenal... diorang akan cepat je berkawan... berlainan dengan perempuan... mereka kadang2 tak suke atau tak ngam dengan orang yang baru dikenali.

*Next posting aku akan share dlu Fasa 2 dalam Sublet then baru aku akan ceritakan tentang macam mane aku buat Sublet Tanpa Modal dan macam mane cara nak berunding dengan owner supaya owner setuju letgo rumah tu dijadikan Sublet... TUNGGU!!


0 comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates