Friday, September 19, 2014

Perlu Ke Aku Buat Kelas or Seminar?

Salam Jumaat Semua...

Pagi nie aku terpikir, memandangkan mmg ramai yang selalu PM di facebook dan email aku untuk bertanya adakah aku ada buat kelas or seminar, so ada baiknya jugak aku buat kelas atau small TT untuk kita lepak2 santai sembang pasal hartanah kursus dalam bidang sublet, lelong or subsale.. sebab tu je yang aku fokuskan selama nie..

Memang prinsip aku kurangkan pendengar sebab kalau ramai-ramai.. aku tak boleh bg fokus kat semua orang... ramai yang mesej aku dan bagitahu, mereka dah pergi beberapa seminar tp kurang faham atau takut nak take action sebab kurang jelas... bg aku ini terjadi mungkin masalah mereka tak di fokuskan oleh pengajar, itu yang membuat mereka kurang yakin.

Seperti cara aku, aku suke sorang atau dua orang datang belajar.. selepas aku kongsi ilmu dan pengalaman aku... aku cuba dengar masalah dan tolong mereka jika ada masalah atau kuraguan yang menghalang mereka dari ambik first step.

Ini salah seorang yang belajar face to face dengan aku.


dan ini plak contoh PM yang selalu aku terima.. kadang2 sehari dalam 10 hingga 15 orang yang akan mesej utk bertanyakan kelas or TT. Kalu korang rase aku perlu buat kelas atau seminar boleh la komen kat bawah... insya'allah 10 orang yang komen dulu.. aku akan ajak lepak.





*Doctor pun berminat nak buat sublet hehehehhe

5 comments:

Farhan Noor said...

harap sangat2 tuan buat sesi perkongsian ilmu lagi2 tntg sublet ni..tima kasih

aidy syazreef said...

Berminat nak join Paih.Sangat2 memerlukan guidance. ☺

Mr. Fawwaz Syah said...

Salam. saya berminat nak belajar dari paih. Datang blog nie pun sebab nak twu pe tu sublet. huhu

Nazmi Isa said...

Teruskan tuan..sy pun berminat utk belajar..harap dpt belajar teknik2 n cara2 untuk menambahkan hartanah..

zahpenang said...

salam...bagus sangat info yang diberi...x sangka...sublet ni banyak membantu sebenarnya kan...mudah-mudahan dengan perkongsian ikhlas ni Allah mudahkan urusan dunia dan akhirat paih...amiin...

Post a Comment

 
Blogger Templates