Saturday, September 13, 2014

Rm84,000 Untung Kasar Dari Pengalaman Lelong Pertama!!

Salam, Selamat Berhujung Minggu Semua...

Pagi ni, terpanggil untuk bercerita kisah aku yang rasenya dah diceritakan pada entry permulaan blog ini dibuat.. boleh baca DISINI.

Untuk rumah pertama lelong aku di Vista Prima tu mmg aku gamble semata2, pergi bid lelong tanpa pengetahuan asas seperti cek tunggakan, cek segala bills, tgk tittle rumah dan sebagainya... yang aku tahu hanya pergi tgk rumah...

Rumah yang 10tahun ditinggalkan oleh owner, dari siapnya Vista Prima nie, owner tak pernah move in... tak sure adalah dah meninggal atau keluar negara. Hanya aku yang berani masuk untuk cek keadaan rumah... orang lain takut nak masuk mungkin kerana ura2 orang ramai cakap.. rumah lelong ni berhantu hehehehe lagipun rumah tu mmg kotor yang amat... tp mungkin mata aku nampak rumah tu asalah permata yang hanya perlu digilap supaya lebih bersinar kecantikannya.

Dalam 8 orang yang datang membida rumah nie, alhamdulillah.. Tuhan beri rezeki kpd aku, mungkin untuk membuka jalan kpd aku untuk meneruskan perjuangan dalam hartanah dan tolong bumiputera kita utk sedar kepentingan hartanah ni... Ketika diumunkan sebagai pemenang kpd unit ni, hanya tuhan yang tahu perasaan aku... aku tertanya2 "Ape dah aku buat?".... "Betul ke aku dah menang dalam bid rumah nie??"... "Apa aku nak buat next??"... "Mampu ke aku bayar bulan2??"



Perasaan takut + excited timbul ketika itu... aku ke tempat yang disediakan minuman... then datang seorang agen cina, die tanya kat aku.. adakah aku tahu tunggakan rumah tu adalah sebanyak Rm23k yang terpaksa aku bayar dulu.... ketika tu aku rase macam kena hempap dengan bayu yang besar... kaki macam dah nak longlai... mana aku nak cekau Rm23k?? nak bayar lawyer lagi?? nak bayr deposit lagi??

Tp mungkin aku nie jenis yang suke gamble n terjah je buat pape, aku teruskan niat tu jugak.. nanti aku akan ceritakan di entry seterusnya macam mane aku cari modal utk bayar 10% rumah lelong tu guna cara aku.. mesti ramai yang nak tahu kan??




Seperti yang korang lihat, Purchase Price adalah RM174,000.... unit lelongan ni memerlukan hanya 5% so pada hari tu jugak aku perlu bayar RM8,700.. Baki lagi 5% dalam tempoh 3 bulan tu...

So balance yang perlu aku bayar adalah cash atau pinjaman loan adalah sebanyak RM174,000 -  Rm17,400 = Rm156,600.

Then lepas menang dan terima kontrak yang ditandatangan oleh Peguam dan Bank Pelelong, aku submitlah doc tu sekali dengan semua doc yang diperlukan untuk submit loan... pada awalnya agak susah untuk aku nak apply loan disebabkan first time tp Alhamdulillah.. Tuhan mempermudahkan segalanya...

OCBC Bank berjaya memberi 90% Margin Of Finance dari harga jualan aku tu.. 90% dari RM174k yang itu RM156,600... n then tambah dengan legal fee, valuation dan insuran... loan aku mencecah Rm162k.


dan Alhamdulillah, unit ni aku dapat jual tak sampai setahun disebabkan desakan seorang kawan yang berjumpa 2 3 kali aku supaya menjual unit ni kpd die, Aku jual kpd die dengan harga RM240,000... aku cuba cari SNP buyer tp tak jumpa.. nanti aku akan sertakan jika jumpa..

So Harga Jualan Rm240k - Harga Beli Rm172k = Rm68k tp jgn aku bayar downpayment 10% so sepatutnya tolak harga loan bukan harga belian...

Harga Jualan Vista Prima Rm240k - Actual Price on Loan Rm156k = Rm84k!!!! KEUNTUNGAN KASAR!!

Alhamdulillah...  Tuhan tunjukan jalan kpd aku untuk menceburi bidang hartanah nie dengan cara ini.

 p/s - untuk kes tunggakan Rm23k tu.. next entry aku ceritakan macam mana aku buat utk atasi masalah itu.


0 comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates