Thursday, September 4, 2014

Setelkan Hutang Cara Aku...

Salam... Selamat Malam Semua..

Bile bercakap tentang hutang mesti ramai yang tak kan terkecuali kan? Semua orang ada hutang.. contohnya PTPTN, Hutang Kawin, Hutang Kereta, Hutang Kad Kredit..

Bagi aku hutang nie ada dua jenis, HUTANG BAIK dan HUTANG JAHAT..

Hutang baik ni contohnya hutang yang membawa keuntungan kpd kita.. seperti contoh Ahmad dan Ali, masing2 membeli sebuah kereta Myvi, so installment sebulan anggaran dalan Rm650. Ahmad membawa kereta ni untuk kegunaan harian manakala Ali plak menggunakan kereta myvi ni sebagai kereta sewa, so ali bg sewa dan anggaran sebulan pendapatan die sebanayak Rm1500.. lepas tolak installment kereta.. ali ada lebihan duit sebanyak Rm900.

So kita boleh anggap Ahmad dah terlibat dengan hutang jahat manakala Ali plak telah terlibat dengan hutang baik sebab hutang Ali membawa kpd kebaikan (cashflow) manakala hutang Ahmad terpaksa dibayar dengan wang gaji beliau.

Aku pun tak terkecuali dengan hutang.. dulu masa makan gaji, aku mmg tak pandang berat sangat tentang hutang, bile ada peluang buat hutang.. mesti rase nak buat.. contohnya loan dan kredit card..pada permulaan kerjaya sebagai inginiaaaar, mmg suka la, buat loan personal, buat kad kredit, dan yang paling gemar berhutang adalah fresh graduate. Mereka baru rase macam mana hidup dengan bergaji dan first thing yang mereka akan buat adalah membeli kereta.

Aku ingat lagi time aku start berkerja tu, aku dah memiliki sebuah kereta Gen2 cash (hasil dari buat servis kereta sewa di UTM), tetapi sebab kebodohan tentang hutang, aku pergi jual gen2 dan beli sebuah kereta lain dengan menggunakan loan.

hmm.. tp betul la, berdirinya kita yang sekarang adalah disebabkan perbuatan dan tingkah laku kita yang dahulu.. Kalu aku tak ambik tindakan tu, mungkin aku bukan seperti aku yang sekarang(chewah.. dah rase cam lagu Tegar).

Ok... kita stop tentang tu.. sekarang aku nak bercerita tentang cara aku selesaikan hutang aku... kita tgk gambar dlu..



Cara aku adalah:
  • Senaraikan Semua Hutang (Komitmen yang ada).
  • Kalu nak lagi cun, senaraikan yang kurang penting dahulu dan seterusnya yang terpenting atau yang kecik nilainya dahulu then seterusnya yang terbesar.
  • Yang agak2 dapat kita selesaikan dahulu, tandakan x atau apa2 juga simbol.
dengan beberapa langkah nie, kita dapat nampak keseluruhan hutang/komitmen kita. Ok kita ambik contoh 3 kredit card aku dah dipotong.. ni adalah first hutang yang aku selesaikan sebab aku rase paling senang nak selesaikan..cara aku selesaikan tu aku korang boleh refer kat SINI.

Then yang kedua adalah loan ASB, walaupun bg sesetengah orang ada yang menanggapan ASB loan ni tak berbaloi sebab purata pulangan adalah 8% tetapi bg orang yang macam aku (susah nak menabung), cara nie adalah terbaek... lagipun tahun kedua kita boleh rotate je dividen, dan bank plak tak kira sebagai komitmen jika dah lebih dari setahun. (refer dari banker RHB).

So ni lah cara aku, mungkin ada cara yang lagi efficient dah berkesan, tp bg aku cara ni pun dah berbaloi dan aku dah berjaya selesaikan 7 hutang jahat aku.. hehehehe

Alhamdulillah...



0 comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates