Tuesday, November 25, 2014

Simpan Duit Cara Aku...

Salam dan Selamat Petang Semua..

Petang macam ni selalu hujan... best wooo tdo untuk orang yang berkerja sendiri macam aku nie.. hehehehhe saje je bikin panas...

Ok, Hari nie aku nak bercerita tentang cara aku simpan duit..

Keyword die DISPLIN dan JUJUR pd diri sendiri..

Biasanya 50% dr pendapatan yang aku dapat sebulan aku akan simpan dlu.. 50% lg enjoy!!!
Enjoy maksud aku adalah bayar keperluan bulanan seperti barang dapur, duit rumah dan sebagainya..
Simpanan 50% tu aku akan split dua.. 25% utk simpanan aku.. 25% utk simpanan utk anak2.. Walaupun bakal jd ayah.. Tak de anak lg..Aku dah siap2 simpan.. Tak perlu tunggu ada anak..

Then account bank yang kita simpan tu WAJID tak de card.. Buat buku je.. Sebab menyukarkan kita nak ambik duit.. Contoh simpan dlm asb atau Tabung Haji. Siap dividen n tolak zakat lg..

Then jgn buat perbankan online.. Biasa ni plg senang hilangkan dui yang kita simpan..Boleh bukak acc secara online kat mane2 je.. Bile tgk duit byk mula la nak berjoli..
Then cari bank yang tak de berdekatan dgn kita.. Macam kawasan aku stay ni.. Bank islam mmg susah nak jumpa so aku buat acc bank islam utk simpanan aku..

Jujur tu plak datang bile tang simpanan anak2.. Niat kita mmg simpan utk masa depan anak.. Kalau kita guna walaupun tak terdesak mane.. Tu bagai kita dah tak jujur pd kita dan anak2 kita..
Tp macam mane kalau jumlah enjoy tu lebih dr separuh pendapatan bulanan?? Hahahahaha Yang ni aku kongsikan lain kali..

Selamat Mencuba!

2 comments:

Adikchiek said...

Bagus nye...tabik spring...

Paih Aman said...

Alhamdulillah.. hujung bulan ni nak selesaikan dua lagi loan.. then tinggal loan kereta je satu lagi... jom menyimpan!

Post a Comment

 
Blogger Templates