Tuesday, November 17, 2015

Subleter Bukan Mencari $$ Semata-Mata

Assalamualaikum...

Antara perkhidmatan yang ditawarkan oleh subleter,.. bukan $$ yang dicari tapi antara tujuan adalah untuk pastikan tuan rumah tak rugi apabila terabaikan hartanah mereka ni seperti ini disebabkan masa dan tiada pengalaman dalam perngurusan penyewaan.

Owner serahkan unit yang sgt2 hancus, dengan sampah, rangka motot, jarum penagih, kondom dan lain2 lagi..

Kerja pembersihan dan selesai, tunggu cat dan deco.. tunggu hasilnya....

Rumah yang owner serahkan.

Nasib ada member tolong

Done!

Baca lagi...

Friday, October 23, 2015

Buat Pahala dari Hartanah...

Selamat Malam Semua,





Malam nie tido lewat sikit sebab nak siapkan agreement dan list kerosakan dari owner yang beri tanggungjawab aku untuk repair dan jaga rumah2 beliau, perlu hantar sebab agreement akan start 1.11.2015 nie.

Alhamdulillah... aku di temukan oleh seorang owner yang sangat2 baik hati dan merendah diri walaupun sudah berjaya, mempunyai perniagaan kain (import dari vietnam/kemboja dan agihkan keseluruh Malaysia).

Beliau mempunyai 3 unit rumah di Mentari Court, Ridzuan Condo dan Villa Millenium (bg aku antara tempat hot untuk beli).

Hampir 1-2 tahun sudah beliau berpindah ke Johor untuk kembangkan perniagaan di sana (KL di ambik alih adik ipar).



Rumah juga hampir setahun dua tak terjaga/ berpenghuni dan beliau memberi tanggungjawab kepada aku untuk baiki apa yang rosak dan menjaga selama 3 tahun.

Alhamdulillah.

Beliau jugak meminta aku untuk agihkan sewa kepada dua akaun, satu akaun beliau dan satu lagi kepada mana2 rumah anak yatim yang aku pilih. Berurusan dengan beliau membuat aku sedar yang biarpun kita mengejar cashflow dunia tp cashflow or bekalan untuk akhirat jangan lupa.

Insya'allah tak kan aku sia-siakan kepercayaan yang diberi.


Baca lagi...

Thursday, October 22, 2015

Kesinambungan Penulisan...

Assalamualaikum...

Rase begitu lama aku tak menulis di blog ni..

Hmm... rasenya dah kena start menulis balik sebab house hunting punya mood dah kembali..

Hahahaha... so kawan2, korang terpaksa la tunggu....

Baca lagi...

Monday, July 27, 2015

Kenapa perlu Refinance Housing Loan dan Cara Pengiraaan.

Salam Semua..

Hari ni ada terbaca satu tulisan dari Dr Waqi tentang perlu tak refinancing atau tidak property korang tu.. tujuan aku share kat sini supaya senang aku rujuk di kemudian hari.

****************************** PAIH AMAN ***********************************

Saya terima soalan yang bagus semalam berkenaan home loan refinancing.
Seperti yang kita tahu, kebiasaannya kita membuat refinancing apabila;
  • Interest rate yang rendah
  • Mengurangkan bayaran ‘monthly installment’ dengan memanjangkan ‘tenure’ (tempoh pinjaman)
  • ‘Cash out’ ekuiti yang dah terkumpul lama
Dan saya cuba jawab dari sudut spesifik, iaitu masa yang sesuai untuk ‘cash out‘ apabila ada peluang pelaburan lain atau membeli hartanah pelaburan lain.

Contoh;

lagoon perdana
Apartment Lagoon Perdana, Bandar Sunway
  • Market Value: RM215,000
  • Baki pinjaman: RM105,780
  • Old monthly installment: RM558 (RM120,000 @ 4.4% for 35 years)
  • Ekuiti: RM109,220
  • 90% mortgage refinancing of RM210,000: RM189,000
  • Kos ‘mortgage refinancing': RM3,989
    • Kos = anggaran 5% dari perbezaan pinjaman baru dan lama
    • New mortgage: RM189,000
    • Old mortgage: RM109,220)
    • 5% x (RM189,000 – RM109,220) = 5% x RM79,780 = RM3,989 
  • Hasil bersih ‘cash out’ – kos: RM79,780 – RM3,989 = RM75,791
  • New mortgage: RM189,000 @ 4.4% for 35 years
  • New monthly installment: RM945
  • Setahun pembayaran (PINJAMAN BARU): RM879 x 12 bulan = RM10,548
  • Setahun pembayaran (PINJAMAN LAMA): RM558 x 12 bulan = RM6,696
  • Pembayaran EXTRA: RM3,852
Ok, setiap tahun dengan pinjaman baru ini, anda perlu bayar EXTRA RM3,852 tetapi anda mempunyai EXTRA cash dalam tangan RM75,791.
Sekarang, apa yang anda perlu lakukan dengan RM75,791 tersebut? Berapa MINIMUM pulangan tahunan pelaburan (ROI) yang perlu anda capai?
Minimum ROI = RM3,852 / RM75,791 x 100% = 5%
SUSAH KE NAK DAPAT ROI 5% SETAHUN DAN OFFSET PENAMBAHAN PEMBAYARAN BULANAN HARTANAH TERSEBUT??!!
Ini pilihan pelaburan yang boleh memberi pulangan konsisten lebih dari 5% setahun:
  1. Tabung haji – 6-8%
  2. ASB – 8% (menggunakan ASB loan, boleh dapat sehingga 40% setahun)
  3. Pelaburan hartanah
  4. Pelaburan saham
Dengan analisis seperti ini, kita tidak akan sewenang-wenangnya melakukan REFINANCING tanpa arah tuju dan mendapat hasil yang lebih seperti diharapkan.
Oh ya, pesanan, home loan refinancing sekarang hanya membenarkan sehingga 10 tahun tempoh pinjaman sahaja seperti Personal Loan, jadi bagaimana?
‘Be creative’. Ada caranya. Tugas anda untuk berfikir dan membongkarnya.

****************************** PAIH AMAN ***********************************
Baca lagi...

Jangan Mudah Putus Asa.. Ini Kisah aku..

Ini Cerita Aku.

Hari ni aku hampir putus asa, bulan puasa hari tu aku setup sebuah rumah yang sudah lama tak berpenghuni.. so aku mintak dgn owner untuk disubletkan.

Aku catkan unit tu dgn warna yang ceria, aku baiki mane yang patut, aku masukan barang2 baru..setup hampir 70% aku pun cari penyewa tp hampir sebulan masih tiada penyewa yang nak view (langsung tak de).
Iklan dah byk buat.. di Mudah.my.. ibilik.. facebook group.

Semalam tak dapat tido, aku pikir pasal ni (antara satu "kelebihan" aku.. akan 24jam pikir jika rumah/bilik kosong). then aku mesej kawan2 dan student jika ada yang nak take over. mungkin aku ada silap dlm marketing or sebagainya.

then lepas bergolek ke kiri dan ke kanan. aku terlena. Pagi esoknya (hari ni) aku nekad utk cuba siapkan jugak unit tu (walaupun hati kecewa masih tiada penyewa). Pagi2 lagi dah g ambik tukang cat dan selesaikan kerja utk unit tu. then terus ke unit2 yang lain.

Then setelah semua kerja dalam 8.30pm td..Tiba2 rezeki Allah S.W.T datang... 7 orang sekawan nak menyewa bilik Master (4 orang) dan bilik tgh (3 orang). Then tak lama selepas tu ada 2 orang lg nak sewa bilik depan.

Alhamdulillah.. complete semua penyewa dalam masa satu hari.

Aku syukur.. hampir mengalir air mata bila dapat dugaan seperti dr DIA. Kalau lah semalam aku putus asa.. tiada rezeki untuk anak isteri hari nie.

So kawan2, apa2 yang korang buat, jangan putus asa, cuba "konar leper" and adjust jika ada kita buat silap dalam kerja.. cuba siapkan 100% tanpa merungut dan putus asa.. insya'allah akhirnya ada sinar dari DIA yang Maha Esa.
Baca lagi...

Thursday, July 2, 2015

Setup 12 unit Sublet serentak??

Salam..

Utk kawan2 facebook mesti tahu yang bulan ni aku setup 12 unit sublet serentak.. mmg agak sibuk sangat2.. macam mane aku setup 12 unit serentak? Ada ke yang nak tahu?








Baca lagi...

Thursday, June 25, 2015

Teknik hidup tenang semasa bersara

Salam...

Hari nie aku nak share tentang ada satu nurkilan dari seorang sahabat... facebook die bernama Abdul Rahim Mohd Sabri,.

Cara die sama dengan salah seorang Uncle yang aku kenal, memang cara ini die guna. so aku tak nak cakap banyak... korang leh baca kat bawah nie.

*************************************** START *************************************************
Cara Orang Biasa Capai Financial Freedom

Berjumpa dan bernetworking dengan tauke2 Cina mengajar banyak tentang ilmu kewangan. Tapi selalu menjadi tanda tanya "Mengapa mereka masih bekerja walaupun sudah kaya?".Jawapannya mudah, "They work not because they have to work but they choose to work." Apabila mereka sudah mencapai state atau tahap financial freedom, pasif income yang diperoleh sudah cukup untuk menampung komitmen dan gaya hidup mereka. Jadi mereka bekerja hanya untuk mengisi masa lapang. Jom belajar cara orang biasa capai kebebasan kewangan.

1. Kirakan komitmen bulanan yang diperlukan. Jumlah yang diperlukan untuk belanja, bayar bil atau senang cite setiap bulan kena ada jumlah ni untuk setel komitmen bulanan. Lepas tu darab dengan 12.
Contoh: Setiap bulan komitmen : RM5,000
             Setahun : RM60,000

2. Cari instrumen perlaburan yang boleh bagi pulangan setiap tahun RM60,000 - Tabung Haji, ASB, Fixed Deposit (Chinese banyak guna FD)
Contoh: Tabung Haji. Dividen setiap tahun 6%. (Anda boleh guna ASB, FD etc)
Untuk mendapatkan RM60,000 dividen, jumlah wang perlaburan yang diperlukan ialah RM1 juta. Jadi kalau ada wang RM1juta dalam TH, setiap tahun dengan dividen 6% boleh dapat RM60,000. Jadi, RM1 juta ini ialah Finacial Freedom Account / Target kita.

MACAM MANA NAK DAPAT RM1 JUTA?

Ada 4 cara (yang tahu dan tengah buat setakat ni):

1. Simpanan biasa
- simpan setiap bulan dalam bank : setiap bulan RM200 ke dalam bank, ikut kemampuan..
- Tabung Hijau (RM5),Tabung Oren (RM20) : asingkan duit2 istimewa ni. Jangan guna langsung. Terus masuk dalam tabung.

2. Simpanan biasa + dividen (Compounding)
-contoh : simpanan ASB. Setiap bulan RM1000, setahun Rm12,000. Tahun kedua dah RM24,000 + 7%x Rm12,000.

3. Bisnes / Berniaga
- Pendapatan bulanan bertambah, jadi lagi banyak boleh simpan ke dalam Financial Freedom Account.

4. Investment / Perlaburan - emas, saham, hartanah, ASB, unit trust
Contoh: Hartanah
- Rental Income Investment
Installment : RM900
Rental : RM1,200
Surplus : RM300
-Capital Appreciation
Beli rumah tahun 2010 : RM150K
Jual rumah tahun 2015 : RM300K
Surplus : RM150K

Jadi, duit2 yang dapat ni cepat2 topup dalam tabung Financial Freedom Account. Jumlah yang dapat tu letak dalam instrumen perlaburan eg Tabung Haji.

Jangan usik duit pokok. Makan dividen setiap tahun.

Sekian,
Abdul Rahim MOhd Sabri
Masih menuju ke arah Financial Freedom

Tak salah kongsi ilmu ini dengan kawan2. Nak jadi kaya jangan sorang2. Ye dok?
"Plan your life. Nobody ever wrote down a plan to be broke, fat, lazy or stupid. Those things happen when you don't have a plan." -Rahim Sabri

*************************************** END *************************************************

Terbaaaaaaik!!!
Baca lagi...

Wednesday, June 17, 2015

Kejayaan deal lepas tak sampai seminggu belajar

Assalamualaikum..

#PenungguRumah #Sublet #PR008

Ape lagi alasan tak cukup duit bulanan?

Semua bergantung pd kita.. Merunggut saja pun tiada guna jika tiada action..

Anis ni baru je seminggu databg belajar Sublet dgn akumm dah daoat deal 2 unit Sublet... Jika dua unit ni dapat tambahkan Rm1,000 utk income bulanan.. Lepas la utk buat simpanan atau beli pampers anak atau bayar installmant loan.. so dah dapat kurangkan komitmen bulanan die.. alhamdulillah...

Semua antara diri kita sendiri je.. Adakah kita seorang perunggut atau kita jenis pencabar.. cabar diri kita utk tambahkan pendapatan dr apa juga bisnes...

Jika anis ni gegurl pun dpt buat... part time je buat.  So kita tak de alasan lagi...

Happy dapat tolong org!! Btw ni bukan Skim Cepat Kaya ye...


Baca lagi...

Tuesday, June 16, 2015

Flyer - Marketing secara Gerilla

Salam Semua..

Korang tahu tak marketing dr flyer ni mmg dr dulu lg org buat n mmg cara ni antara yang paling berkesan utk naikan sales atau naikan branding kita.. tp kerja kena betul la..  n kos pun agak tinggi utk print or photostat then upah runner utk edarkan flyer ni..

Cuba komen.. ok tak? Atau aku perlu ubah sikit ayat..



Baca lagi...

Thursday, June 4, 2015

Nak tengok hasil kerja mengecat Team IB Resources?

Assalamualaikum...

Untuk kawan2 yang selalu membaca post di blog ni mesti tahu yang IB Resources dah start ambik job keci-kecilan seperti mengecat.. bina table top.. pasang tiles.. baiki paip dan elektrik.

2 post terdahulu aku ada sharekan gambar sebuah apartment yang team IB start mengecat.. utk apartment ni owner mintak team IB cat dinding ruang tamu.. 3 bilik.. siling dan 5 pintu...so entry ni aku nak share plak hasil dr cat ni.. so enjoy la tgk ye.. komen dan kritikan dialukan.. hahahaha







Terima Kasih kerana percayakan perkhidmatan dari Inspirasi Bangsa Resources!

Baca lagi...

Kejayaan Student Personal Coaching...

Assalamualaikum Semua...

Hari ni aku agak sedikit happy sebab salah seorang personal coaching aku dah start buat cashflow dr unit Sublet. Ramai lagi yang dah berjaya dapatkan unit sublet tp kali ni nak share kisah die..

Budak ni nama anis.. satu kelas dgn wife aku time study kat UMP dlu... macam mane boleh di add aku kat fb pun aku tak tahu then die selalu baca status facebook aku sampai lah terdetik dihati die nak belajar Sublet gak...

Then lepas perjumpaan pertama tu.. aku ajar selok belok macam mana nak approach owner.. macam mana cari listing.. macam mana nak handle penyewa dan lain2..

Aku yang jenis tak suke teori semata-mata, aku jugak akan ajar praktikal kat student2 ni.. so bila aku dapat unit sublet, aku akan pass kat mereka so biar mereka belajar setup rumah.. cari penyewa dan handle penyewa... so ni kelebihan personal coaching dr seminar.

Berbalik pada cerita ain td tu.. time dinner td aku follow up dengan die macam mane unit pertama yang aku carikan tu.. then die jawab dah ada 5 org masuk dengan kadar sewa Rm200 seorang.. so tu bermakna Rm200 x 5 = Rm1,000.. bayar owner hanya Rm800.. dah ada cashflow Rm200.. ada 2 lagi kekosongan.. so jika semuanya penuh disewaa.. cashflow ain ni Rm600 sebulan.. hebat bukan!!

Seterusnya baca je dr print screen whtsapp perbualan aku dgn die...

Alhamdulillah.. sekurang-kurang orang berkawan dengan aku ada jugak manfaat dan faedah.

Terima Kasih Ain kerana percayakan sy.







Baca lagi...

Wednesday, May 27, 2015

Service Cat Rumah Pertama IB Resources.

Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah.. hari ni hati ada gembira sikit.. company aku Inspirasi Bangsa Resources berjaya close deal satu job mengecat rumah. Apa yang aku gembira sangat adalah mungkin ini adalah satu starting point utk aku melebarkan sayap bisnes ke dalam bidang service mengecat.. or seterusnya ke tujuan utana aku.. menjadi kontraktor.. hehehehe

Jom layan gambar sebelum di cat...







Nanti aku akan share pic yang selepas dicat.. tunggguuuuuu......
Baca lagi...

Tuesday, May 12, 2015

Portfolio Sublet?? Ape tu?

Assalamualaikum..

Hari ni aku just nak cerita pasal portfolio.. Insya'allah next posting aku akan tampal contoh portfolio yang aku buat..

Seperti mane yang kita tahu, kita akan buat portfolio kewangan untuk menyakinkan bank supaya loan rumah yang kita nak beli diluluskan..

Seperti itu jugak lah kita perlu create satu portfolio Sublet supaya owner yakin dengan kebolehan kita.. Tp kebolehan ape????


Aduh.. Aku bocorkan rahsia coaching.. Tp tu baru satu cara.. Ada beberapa lg cara lain..

Nak tahu lebih lanjut.. Meh join personal coaching.. Hahahaha 

P/s-  padahal nanti2 aku akan share jugak hahahaha
Baca lagi...

Thursday, April 9, 2015

Bayar Hutang Duit Simpanan Habis..

Assalamualaikum..

Semalam aku ada share cerita bayar hutang duit simpanan habis.. So macam mane nak buat?

Apa yang aku cite ni tak semestinya menjadi.. Ini sebab mungkin disebabkan lokasi.. Apa yang aku cite ni berdasarkan tempat sublet yang aku buat..

Jom layan..

===================== ×××××××××××××××××× ========================

Ahmad ( bukan nama sebenar) ada berhutang dgn kawan baiknya... hutang adalah sebanyak Rm6,000 dan Ahmad hanya ada simpanan sebanyak Rm6,000.. macam mane Ahmad nak selesaikan hutang kawan baiknya itu tanoa kehilangan duit simpanan?

Cadangan (x semestinya berjalan lancar).

Ahmad perlu cari rumah yang owner benarkan buat Sublet... katakan owner bg kontrak sewa kpd Ahmad selama 3 tahun dengan bayaran sewa Rm850.. so ahmad kena sediakan deposit 2+1+ultility (tanpa nego kurangkan deposit).

Rm850+ Rm1700+Rm425 = Rm2,975.

So baki simpanan Ahmad Rm6,000 - Rm2,975 = Rm3,025.

Katakan Ahmad menghabiskan Rm2500 untuk penuhkan perabot utk rumah yang disubletkan itu.

So baki simpanan Ahmad Rm3,025 - Rm2,500 = Rm660.

Selepas siapkan rumah tu.. Ahmad mencari penyewa (perhead). 3 orang di bilik master... 2 orang di bilik small dan 2 orang di bilik medium. Dan sewa yang dikenakan oleh Ahmad adalah Rm220 seorang. Sewa bulanan adalah Rm220 x 7 = Rm1,540

Kita andaikan rumah tu penuh so deposit + sewa yang Ahmad perolehi Rm1,540 + Rm3,080 + Rm770 = Rm5,390 dan ditambahkan lagi dgn baki simpanan Ahmad Rm660 so total adalah Rm5,990.....

Hahahhaaha Ahmad hanya perlu topuc Rm10 je lagi untuk bayar hutang kawan die tu.... then jgn lupa cashflow Ahmad sebulan adalah Rm1,540-Rm850 = Rm690...

===================== ×××××××××××××××××× ========================

Tu kalau nak bayar hutang.. Cuba bayang kalau Rm5,990 yang kita dapat tu, kita rolling untuk ambik lg unit sublet sampai 10unit... So sebulan dah Rm6,600  dapat cashflow.. Hehehehe
Baca lagi...

Wednesday, March 25, 2015

Bisnes Sublet itu Kapitalis

Salam dan Selamat Malam... 

Malam ni aku nak update jugak pasal message yang aku dapat dari inbox facebook...

Mungkin ada antara kalangan kawan2 dalam mukabuku yang malu bertanya terus so dia buat account fake (1 je friend) utk bertanya.. tak salah bertanya.. mungkin kawan kita tu tak faham apa itu Sublet...

so untuk memahami adakah Sublet ni salah satu kapitalis... cuba faham dan tahu beberapa kelebihan Sublet nie..

1. Cuba fahamkan ape proses Sublet.
2. Cuba fahamkan kenapa Sublet tu boleh terjadi.
3. Apa kelebihan kpd penyewa yang menyewa unit Sublet
4. Apa kelebihan kpd owner yang memberi unit untuk di Sublet.


Seperti yang sedia maklum.. kita sebagai subletter ni selalunya akan deal dengan owner yang mempunyai beberapa masalah untuk uruskan rumah sewa seperti:





  1. Tak de masa nak setup rumah sewa.
  2.  Tak de masa nak cari penyewa.
  3. Tak de masa nak baiki kerosakan penyewa
  4. Tak pandai uruskan penyewa.
  5. Mungkin owner tinggal jauh dari rumah sewa.
  6. Sibuk dengan kerja.
  7. Dan lain lain
So bagi aku, dengan handle rumah sewa owner ni secara tak langsung kita dapat menolong owner yang dalam kesusahan, dan bagi penyewa plak,kebajikan mereka terjaga. contohnya kita sediakan kelengkapan yang lengkap untuk penyewa (bagi kes sewa fully furnish), jika berlaku kerosakan penyewa tak perlu tunggu lama utk kerosakan tu dibaiki.

so adakan korang rase sublet ni bisnes kapitalis??

Jom kita tgk plak ape pakar komen tentang nie....


Baca lagi...

Hasil dari Personal Coaching.. Berjaya!! Berjaya!!

Salam.. Selamat Malam Semua...

Malam nie aku rase happy sikit sebab kalau korang selalu baca blog ni, korang pasti tau yang sebelum ni aku ada bukak coaching utk sape2 nak belajar sublet...

Pada mulanya aku tak yakin org boleh ikut cara aku.. sebab kadang2 cara aku agak extreme or gamble je... tp alhamdulillah... sekarang dah ada beberapa orang yang berjaya mendapatkan unit sublet.. ada sorang tu dah 3 unit hehehehe...  nak lawan tokey nampak gayanyer tu...

Apa2 pun, aku ucapkan tahniah kat korang yang percayakan service aku... mungkin serba sedikit dapat ajar ape itu sublet dan macam mane proses sublet ni sebenarnya...




Baca lagi...

Wednesday, March 4, 2015

Jom Belajar Sublet Dengan Paih Aman!!

Salam dan Selamat Malam Semua...

Semenjak jadi seorang ayah ni, die punya sibuk mmg lain macam... selain travel tiap2 minggu utk balik kg jenguk baby n mak nyer... weekday pun sibuk utk mantapkan bisnes sublet agak masa depan baby terjamin... hehehhee saving byk2.. beli property byk2..

ok, untuk entry ni... sy ingin umunkan sy dah mengambil bebrapa pelajar utk belajar sublet bersama sy.. kaedah die lebih kpd knowledge transfer dan bercerita berdasarkan pengalaman... so far alhamdulillah, dah 7 org yang berjumpa sy...

Sesi personal coaching ni melibatkan perjumpaan dan perbincangan dalam group yang kecil (3 atau 4 orang) dalam satu sesi, supaya mudah difahami dan bertanya... dalam perbincangan ni kita akan sama2 belajar cara cari lokasi, setup, handle penyewa dan sebagainya.

Lepas perjumpaan pertama akan ada beberapa homework utk dibuat dan sesi support secara online (whatsapp group) akan berlaku.



Then sesi setup unit selepas berjaya deal, insya'allah sy akan turut serta dalam setup rumah sublet jika berkelapangan.

Then setelah berjaya handle unit sublet, sy akan jadikan sebagai testimoni saya.

Jika berminat boleh pm selanjutnya di facebook sy (Paih Aman) utk langkah seterusnya.

Terima kasih
Baca lagi...

Wednesday, January 28, 2015

Jadikan Sublet Sebagai Kerjaya?

Salam Semua...

Minggu lepas adalah antara minggu yang happy bg aku sebab aku dapat selesaikan loan peribadi yang berbaki 17K (Agro Bank) dan 25K (RHB Bank) ...



Pada mulanya langkah pertama aku untuk terjun secara serius ke dalam dunia Hartanah nie (Sublet, Lelong, Subsale), agak mendapat tentangan hebat dari kawan2, mereka beranggapan aku sia2 kan Degree dalam System Engineer...Mereka beranggapan sublet ni leceh, tak dapat pergi jauh dan untung hanya sikit...

Daripada seorang Engineer menjadi kuli utk angkat perabot, collect sewa dan sebagainya.. mesti lah aku dipandang serong.. hehehehe Nasib baik mak ayah aku support asalkan aku tahu apa aku buat dan nampak jalan utk terus maju ke hadapan.. Alhamdulillah... saya sayang En Aman dan Pn Zaimah.. hehehehe

Last aku berkerja adalah pada sebelum bulan puasa tahun lepas, pada mulanya agak cuak tp aku yakin boleh survive memandangkan aku dan ada XX rumah sublet ketika tu, kalau tak dapat listing subsale pun aku masih mampu bayar semua komitmen bulanan aku yang ketika tu hampir Rm3,500 (loan kereta, peribadi, asb, kredit card dan sbg).


Alhamdulillah, aku dah buktikan mereka salah... kredit card yang outstanding Rm12,000 berjaya aku selesaikan.. 2 personal loan aku berjaya selesaikan yang berbaki RmXX,300 dan RmXX, 400.... X buah rumah sendiri dan XX buah rumah sublet aku berjaya handle... saving dalam bank alhamdulillah dah hampir mencecah RmXX,000.. biar sikit tp aku berbangga dapat kumpul dr hasil titik peluh dan tak kenal putus asa...

Mungkin bile aku berkerja sendiri, aku lebih hargai duit... hargai simpanan duit dan memandang berat akan loan2 yang membebankan....

Mungkin dulu, aku kerja makan gaji.. aku rase selamat sebab gaji akan dapat setiap bulan... tak pandai menyimpan... dan lagi pandai buat loan.. dapat gaji beli phone, buat loan kereta padahal gen2 dulu dah habis bayar dan ok lg utk diguna...

Kalau nak ada gaya, sampai bile pun tak habis.... kalau ada simpanan, insya'allah akan rase lebih selamat utk harungi dunia yang semakin menekan hari2 kita...Berbeza individu berbeza situasi.. ini situasi aku...

Sekian dr subleter tegar tak kenal erti putus asa.....
Baca lagi...

Saturday, January 10, 2015

Tips nego sewa dengan owner.


Selamat Pagi Semua..

Aku rase dah lame aku tak kongsikan apa2 kat sini, Maafkan aku ye.. selain dari sibuk dengan beberapa bisnes dan final exam MBA, aku jugak sibuk dengan persiapan kehadiran orang baru dalam hidup aku bulan 1 nie...  Insya'allah pertengah bulan 1 nie aku akan bergelar ayah hehehehehe nebesss i nie....

Malam nie aku tak dapat tido then aku terpikir aku masih berhutang satu tips yang itu cara aku nego dengan owner utk dapatkan kurangkan rumah sewa yang sekarang aku stay sekarang ni, pada mulanya owner letak Rm1200 then die setuju bagi sewa kat aku Rm1000 je.. nak tahu macam mana?

hehehehe....

Biasanya dlu jika kita menyewa rumah, cukup bulan mesti kita akan transfer atau bayar cash je kat owner kan? tp untuk rumah nie aku cuba utk bayar owner lamsum utk setahun.. sebab tu dapat nego harga sewa murah Rm200 dari harga sewa yang owner tetapkan.

apa?? tak ada duit byk?

Hehehheehe..

Bg aku membazir kalau kita bayar cash lamsum utk setahun.. duit tu dari bayar kat owner baik kita pusingkan dulu kat mana2 bisnes atau investment yang memberikan pulangan.. walaupun ROI tak banyak, masih berbaloi bg aku dari bayar kat owner lamsum...

Cara aku.. aku bayar kat owner pakai cek untuk setahun dulu.. so cek tu aku tetapkan tarikh 5 haribulan setiap bulan... sign 11 cek.. bg je kat owner siap2.. so kat sini, die lebih yakin kat kita.. ala2 professional giteww... hehehehehe

Tp make sure pada 4 haribulan setiap bulan duit dah ada dalam acc tu.. kang tak pasal2 acc kena frezee
hehehehe

Apa2 pun bergantung pada owner gak, korang boleh cuba dahulukan deposit 3+1 or 4+1 ke... hahahaha biar owner terbeliak mata tgk deposit tinggi so sewa mungkin boleh dikurangkan...

Selamat Mencuba.






Baca lagi...
 
Blogger Templates