Wednesday, January 28, 2015

Jadikan Sublet Sebagai Kerjaya?

Salam Semua...

Minggu lepas adalah antara minggu yang happy bg aku sebab aku dapat selesaikan loan peribadi yang berbaki 17K (Agro Bank) dan 25K (RHB Bank) ...



Pada mulanya langkah pertama aku untuk terjun secara serius ke dalam dunia Hartanah nie (Sublet, Lelong, Subsale), agak mendapat tentangan hebat dari kawan2, mereka beranggapan aku sia2 kan Degree dalam System Engineer...Mereka beranggapan sublet ni leceh, tak dapat pergi jauh dan untung hanya sikit...

Daripada seorang Engineer menjadi kuli utk angkat perabot, collect sewa dan sebagainya.. mesti lah aku dipandang serong.. hehehehe Nasib baik mak ayah aku support asalkan aku tahu apa aku buat dan nampak jalan utk terus maju ke hadapan.. Alhamdulillah... saya sayang En Aman dan Pn Zaimah.. hehehehe

Last aku berkerja adalah pada sebelum bulan puasa tahun lepas, pada mulanya agak cuak tp aku yakin boleh survive memandangkan aku dan ada XX rumah sublet ketika tu, kalau tak dapat listing subsale pun aku masih mampu bayar semua komitmen bulanan aku yang ketika tu hampir Rm3,500 (loan kereta, peribadi, asb, kredit card dan sbg).


Alhamdulillah, aku dah buktikan mereka salah... kredit card yang outstanding Rm12,000 berjaya aku selesaikan.. 2 personal loan aku berjaya selesaikan yang berbaki RmXX,300 dan RmXX, 400.... X buah rumah sendiri dan XX buah rumah sublet aku berjaya handle... saving dalam bank alhamdulillah dah hampir mencecah RmXX,000.. biar sikit tp aku berbangga dapat kumpul dr hasil titik peluh dan tak kenal putus asa...

Mungkin bile aku berkerja sendiri, aku lebih hargai duit... hargai simpanan duit dan memandang berat akan loan2 yang membebankan....

Mungkin dulu, aku kerja makan gaji.. aku rase selamat sebab gaji akan dapat setiap bulan... tak pandai menyimpan... dan lagi pandai buat loan.. dapat gaji beli phone, buat loan kereta padahal gen2 dulu dah habis bayar dan ok lg utk diguna...

Kalau nak ada gaya, sampai bile pun tak habis.... kalau ada simpanan, insya'allah akan rase lebih selamat utk harungi dunia yang semakin menekan hari2 kita...Berbeza individu berbeza situasi.. ini situasi aku...

Sekian dr subleter tegar tak kenal erti putus asa.....

2 comments:

nerd said...

terbaik cik faiz, thumbs up

ruggedmom maria said...

Saya biasa beli dan sewakan saja, sekarang nak belajar sublet pulak. Bagus info di sini. Semoga semua pihak mendapat manfaat dari perkongsian ini dan awak dimurahkan rezeki.

Post a Comment

 
Blogger Templates