Thursday, June 25, 2015

Teknik hidup tenang semasa bersara

Salam...

Hari nie aku nak share tentang ada satu nurkilan dari seorang sahabat... facebook die bernama Abdul Rahim Mohd Sabri,.

Cara die sama dengan salah seorang Uncle yang aku kenal, memang cara ini die guna. so aku tak nak cakap banyak... korang leh baca kat bawah nie.

*************************************** START *************************************************
Cara Orang Biasa Capai Financial Freedom

Berjumpa dan bernetworking dengan tauke2 Cina mengajar banyak tentang ilmu kewangan. Tapi selalu menjadi tanda tanya "Mengapa mereka masih bekerja walaupun sudah kaya?".Jawapannya mudah, "They work not because they have to work but they choose to work." Apabila mereka sudah mencapai state atau tahap financial freedom, pasif income yang diperoleh sudah cukup untuk menampung komitmen dan gaya hidup mereka. Jadi mereka bekerja hanya untuk mengisi masa lapang. Jom belajar cara orang biasa capai kebebasan kewangan.

1. Kirakan komitmen bulanan yang diperlukan. Jumlah yang diperlukan untuk belanja, bayar bil atau senang cite setiap bulan kena ada jumlah ni untuk setel komitmen bulanan. Lepas tu darab dengan 12.
Contoh: Setiap bulan komitmen : RM5,000
             Setahun : RM60,000

2. Cari instrumen perlaburan yang boleh bagi pulangan setiap tahun RM60,000 - Tabung Haji, ASB, Fixed Deposit (Chinese banyak guna FD)
Contoh: Tabung Haji. Dividen setiap tahun 6%. (Anda boleh guna ASB, FD etc)
Untuk mendapatkan RM60,000 dividen, jumlah wang perlaburan yang diperlukan ialah RM1 juta. Jadi kalau ada wang RM1juta dalam TH, setiap tahun dengan dividen 6% boleh dapat RM60,000. Jadi, RM1 juta ini ialah Finacial Freedom Account / Target kita.

MACAM MANA NAK DAPAT RM1 JUTA?

Ada 4 cara (yang tahu dan tengah buat setakat ni):

1. Simpanan biasa
- simpan setiap bulan dalam bank : setiap bulan RM200 ke dalam bank, ikut kemampuan..
- Tabung Hijau (RM5),Tabung Oren (RM20) : asingkan duit2 istimewa ni. Jangan guna langsung. Terus masuk dalam tabung.

2. Simpanan biasa + dividen (Compounding)
-contoh : simpanan ASB. Setiap bulan RM1000, setahun Rm12,000. Tahun kedua dah RM24,000 + 7%x Rm12,000.

3. Bisnes / Berniaga
- Pendapatan bulanan bertambah, jadi lagi banyak boleh simpan ke dalam Financial Freedom Account.

4. Investment / Perlaburan - emas, saham, hartanah, ASB, unit trust
Contoh: Hartanah
- Rental Income Investment
Installment : RM900
Rental : RM1,200
Surplus : RM300
-Capital Appreciation
Beli rumah tahun 2010 : RM150K
Jual rumah tahun 2015 : RM300K
Surplus : RM150K

Jadi, duit2 yang dapat ni cepat2 topup dalam tabung Financial Freedom Account. Jumlah yang dapat tu letak dalam instrumen perlaburan eg Tabung Haji.

Jangan usik duit pokok. Makan dividen setiap tahun.

Sekian,
Abdul Rahim MOhd Sabri
Masih menuju ke arah Financial Freedom

Tak salah kongsi ilmu ini dengan kawan2. Nak jadi kaya jangan sorang2. Ye dok?
"Plan your life. Nobody ever wrote down a plan to be broke, fat, lazy or stupid. Those things happen when you don't have a plan." -Rahim Sabri

*************************************** END *************************************************

Terbaaaaaaik!!!

0 comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates