Monday, July 27, 2015

Kenapa perlu Refinance Housing Loan dan Cara Pengiraaan.

Salam Semua..

Hari ni ada terbaca satu tulisan dari Dr Waqi tentang perlu tak refinancing atau tidak property korang tu.. tujuan aku share kat sini supaya senang aku rujuk di kemudian hari.

****************************** PAIH AMAN ***********************************

Saya terima soalan yang bagus semalam berkenaan home loan refinancing.
Seperti yang kita tahu, kebiasaannya kita membuat refinancing apabila;
  • Interest rate yang rendah
  • Mengurangkan bayaran ‘monthly installment’ dengan memanjangkan ‘tenure’ (tempoh pinjaman)
  • ‘Cash out’ ekuiti yang dah terkumpul lama
Dan saya cuba jawab dari sudut spesifik, iaitu masa yang sesuai untuk ‘cash out‘ apabila ada peluang pelaburan lain atau membeli hartanah pelaburan lain.

Contoh;

lagoon perdana
Apartment Lagoon Perdana, Bandar Sunway
  • Market Value: RM215,000
  • Baki pinjaman: RM105,780
  • Old monthly installment: RM558 (RM120,000 @ 4.4% for 35 years)
  • Ekuiti: RM109,220
  • 90% mortgage refinancing of RM210,000: RM189,000
  • Kos ‘mortgage refinancing': RM3,989
    • Kos = anggaran 5% dari perbezaan pinjaman baru dan lama
    • New mortgage: RM189,000
    • Old mortgage: RM109,220)
    • 5% x (RM189,000 – RM109,220) = 5% x RM79,780 = RM3,989 
  • Hasil bersih ‘cash out’ – kos: RM79,780 – RM3,989 = RM75,791
  • New mortgage: RM189,000 @ 4.4% for 35 years
  • New monthly installment: RM945
  • Setahun pembayaran (PINJAMAN BARU): RM879 x 12 bulan = RM10,548
  • Setahun pembayaran (PINJAMAN LAMA): RM558 x 12 bulan = RM6,696
  • Pembayaran EXTRA: RM3,852
Ok, setiap tahun dengan pinjaman baru ini, anda perlu bayar EXTRA RM3,852 tetapi anda mempunyai EXTRA cash dalam tangan RM75,791.
Sekarang, apa yang anda perlu lakukan dengan RM75,791 tersebut? Berapa MINIMUM pulangan tahunan pelaburan (ROI) yang perlu anda capai?
Minimum ROI = RM3,852 / RM75,791 x 100% = 5%
SUSAH KE NAK DAPAT ROI 5% SETAHUN DAN OFFSET PENAMBAHAN PEMBAYARAN BULANAN HARTANAH TERSEBUT??!!
Ini pilihan pelaburan yang boleh memberi pulangan konsisten lebih dari 5% setahun:
  1. Tabung haji – 6-8%
  2. ASB – 8% (menggunakan ASB loan, boleh dapat sehingga 40% setahun)
  3. Pelaburan hartanah
  4. Pelaburan saham
Dengan analisis seperti ini, kita tidak akan sewenang-wenangnya melakukan REFINANCING tanpa arah tuju dan mendapat hasil yang lebih seperti diharapkan.
Oh ya, pesanan, home loan refinancing sekarang hanya membenarkan sehingga 10 tahun tempoh pinjaman sahaja seperti Personal Loan, jadi bagaimana?
‘Be creative’. Ada caranya. Tugas anda untuk berfikir dan membongkarnya.

****************************** PAIH AMAN ***********************************
Baca lagi...

Jangan Mudah Putus Asa.. Ini Kisah aku..

Ini Cerita Aku.

Hari ni aku hampir putus asa, bulan puasa hari tu aku setup sebuah rumah yang sudah lama tak berpenghuni.. so aku mintak dgn owner untuk disubletkan.

Aku catkan unit tu dgn warna yang ceria, aku baiki mane yang patut, aku masukan barang2 baru..setup hampir 70% aku pun cari penyewa tp hampir sebulan masih tiada penyewa yang nak view (langsung tak de).
Iklan dah byk buat.. di Mudah.my.. ibilik.. facebook group.

Semalam tak dapat tido, aku pikir pasal ni (antara satu "kelebihan" aku.. akan 24jam pikir jika rumah/bilik kosong). then aku mesej kawan2 dan student jika ada yang nak take over. mungkin aku ada silap dlm marketing or sebagainya.

then lepas bergolek ke kiri dan ke kanan. aku terlena. Pagi esoknya (hari ni) aku nekad utk cuba siapkan jugak unit tu (walaupun hati kecewa masih tiada penyewa). Pagi2 lagi dah g ambik tukang cat dan selesaikan kerja utk unit tu. then terus ke unit2 yang lain.

Then setelah semua kerja dalam 8.30pm td..Tiba2 rezeki Allah S.W.T datang... 7 orang sekawan nak menyewa bilik Master (4 orang) dan bilik tgh (3 orang). Then tak lama selepas tu ada 2 orang lg nak sewa bilik depan.

Alhamdulillah.. complete semua penyewa dalam masa satu hari.

Aku syukur.. hampir mengalir air mata bila dapat dugaan seperti dr DIA. Kalau lah semalam aku putus asa.. tiada rezeki untuk anak isteri hari nie.

So kawan2, apa2 yang korang buat, jangan putus asa, cuba "konar leper" and adjust jika ada kita buat silap dalam kerja.. cuba siapkan 100% tanpa merungut dan putus asa.. insya'allah akhirnya ada sinar dari DIA yang Maha Esa.
Baca lagi...

Thursday, July 2, 2015

Setup 12 unit Sublet serentak??

Salam..

Utk kawan2 facebook mesti tahu yang bulan ni aku setup 12 unit sublet serentak.. mmg agak sibuk sangat2.. macam mane aku setup 12 unit serentak? Ada ke yang nak tahu?








Baca lagi...
 
Blogger Templates