Monday, July 27, 2015

Jangan Mudah Putus Asa.. Ini Kisah aku..

Ini Cerita Aku.

Hari ni aku hampir putus asa, bulan puasa hari tu aku setup sebuah rumah yang sudah lama tak berpenghuni.. so aku mintak dgn owner untuk disubletkan.

Aku catkan unit tu dgn warna yang ceria, aku baiki mane yang patut, aku masukan barang2 baru..setup hampir 70% aku pun cari penyewa tp hampir sebulan masih tiada penyewa yang nak view (langsung tak de).
Iklan dah byk buat.. di Mudah.my.. ibilik.. facebook group.

Semalam tak dapat tido, aku pikir pasal ni (antara satu "kelebihan" aku.. akan 24jam pikir jika rumah/bilik kosong). then aku mesej kawan2 dan student jika ada yang nak take over. mungkin aku ada silap dlm marketing or sebagainya.

then lepas bergolek ke kiri dan ke kanan. aku terlena. Pagi esoknya (hari ni) aku nekad utk cuba siapkan jugak unit tu (walaupun hati kecewa masih tiada penyewa). Pagi2 lagi dah g ambik tukang cat dan selesaikan kerja utk unit tu. then terus ke unit2 yang lain.

Then setelah semua kerja dalam 8.30pm td..Tiba2 rezeki Allah S.W.T datang... 7 orang sekawan nak menyewa bilik Master (4 orang) dan bilik tgh (3 orang). Then tak lama selepas tu ada 2 orang lg nak sewa bilik depan.

Alhamdulillah.. complete semua penyewa dalam masa satu hari.

Aku syukur.. hampir mengalir air mata bila dapat dugaan seperti dr DIA. Kalau lah semalam aku putus asa.. tiada rezeki untuk anak isteri hari nie.

So kawan2, apa2 yang korang buat, jangan putus asa, cuba "konar leper" and adjust jika ada kita buat silap dalam kerja.. cuba siapkan 100% tanpa merungut dan putus asa.. insya'allah akhirnya ada sinar dari DIA yang Maha Esa.

1 comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates