Friday, October 23, 2015

Buat Pahala dari Hartanah...

Selamat Malam Semua,





Malam nie tido lewat sikit sebab nak siapkan agreement dan list kerosakan dari owner yang beri tanggungjawab aku untuk repair dan jaga rumah2 beliau, perlu hantar sebab agreement akan start 1.11.2015 nie.

Alhamdulillah... aku di temukan oleh seorang owner yang sangat2 baik hati dan merendah diri walaupun sudah berjaya, mempunyai perniagaan kain (import dari vietnam/kemboja dan agihkan keseluruh Malaysia).

Beliau mempunyai 3 unit rumah di Mentari Court, Ridzuan Condo dan Villa Millenium (bg aku antara tempat hot untuk beli).

Hampir 1-2 tahun sudah beliau berpindah ke Johor untuk kembangkan perniagaan di sana (KL di ambik alih adik ipar).



Rumah juga hampir setahun dua tak terjaga/ berpenghuni dan beliau memberi tanggungjawab kepada aku untuk baiki apa yang rosak dan menjaga selama 3 tahun.

Alhamdulillah.

Beliau jugak meminta aku untuk agihkan sewa kepada dua akaun, satu akaun beliau dan satu lagi kepada mana2 rumah anak yatim yang aku pilih. Berurusan dengan beliau membuat aku sedar yang biarpun kita mengejar cashflow dunia tp cashflow or bekalan untuk akhirat jangan lupa.

Insya'allah tak kan aku sia-siakan kepercayaan yang diberi.


1 comments:

SABARINA said...

bagusnya..bekalan akhirat jgn dilupa. saya tertarik membaca ilmu yg encil share. agak takut2 juga utk menceburkan diri dalam bidang hartanah. tahun lepas saya memberanikan diri membuat bilik sewa. alhamdulillah menjadi.

Post a Comment

 
Blogger Templates