Saturday, December 3, 2016

BELAJAR DECO WALL UNTUK LEBIH MENARIK.

Assalamualaikum...

Hari ni abe ih nak shre sedikit tentang ilu deco yang abe ih belajar dari Cikgu Faizal Iman,

Abe ih iklankan kat facebook untuk mencari beberapa orang untuk tolong abe ih dalam setp 3 unit baru abe ih dan alhamdulillah, tuhan temukan abe ih dengan beliau.

Jom kita baca teknik2 deco wall coretan beliau dengan tajuk ""Kosnya Murah tetapi Hasilnya Mahal "

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
TIPS MENAIKKAN SERI DINDING  TANPA MENGGUNAKAN WALLPAPER

Disebabkan ramai yg bertanya, maka cikgu ingin berkongsi cara utk membuat 'stripes' atau corak abstrak pada dinding rumah
●ALATAN
-Cat, Penimbang Air, Masking Tape,Pensel & Kad T&Go

●KAEDAH
1)Ketahui pattern 'stripes' & kombinasi warna yg anda ingin lakukan pada dinding.
(Contohnya stripes lurus menegak, melintang, zick zack atau selang seli.)
2) Untuk mendapatkan garisan lurus , anda boleh menggunakan pensel & penimbang air .
3)Tampal masking tape pada garisan td. Untuk mendapatkan 2,3 layer cat yg berbeza, lakukan tampalan secara selang seli .
4) Gunakan tangan utk meratakan tampalan tape .Kad keras seperti T&Go jg membantu.
5) Sapu cat ke atas dinding & tunggu sehingga betul2 kering.
(Kombinasi cat pada layer yg berbeza akan menghasilkan kombinasi yg menarik)
6) Sesudah kering, kopek masking tape td dgn bhati2 agar cat dinding asal tidak tertanggal.
(Tape yg sudah dipakai & masih elok boleh direcycle utk tampalan lain)
7) Sekiranya ada defect, berus lukisan kecil boleh digunakan utk membaiki semula cat stripes.

●KOS
Kos yg selalu cikgu peruntukan untuk beberapa dinding bahagian rumah adalah serendah RM30
( bgantung kpd jenis corak, cat & peralatan. )
※ Yang paling mahal sekali adalah kesabaran ...hehe..

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Tampal tape ikut idea dan pastikan kemas

Cat dinding

Tunggu cat betul2 kering


Koyak kan tape


Walla!! cantik bukan?

so ape lagi kawan2, jom deco rumah untuk nampak lebih menarik..


Baca lagi...

Friday, June 24, 2016

11 Kelebihan Unit Trust

 Assalamualaikum...

Hari ni abe ih nak ceritakan serba sedikit kelebihan unit trust. Lepas abe ih belajar sikit2 pasal unit trust ni, abe ih boleh listkan 11 kelebihan unit trust. 
 
11 KELEBIHAN UNIT TRUST

No 1 - Modal Yang Rendah
  • Rm1,000... ye dengan hanya Rm1,000 kita dapat melabur dalam Unit Trust.
  • Dengan Rm1,000 kita dapat memiliki saham2 syarikat yang gah seperti Maxis, Axiata, TNB, Sime Darby, TM dan lain - lain.
  • Kita boleh melabur dalam bentuk wang tunai atau buat pengeluaran KWSP.
No 2 - Professional Management
  • Wang yang kita laburkan akan dipantau dan diuruskan oleh satu group Fund Manager yang sangat berpengalaman dalam bidang kewangan, ekonomi dan pelaburan.
  • Jadi kita lebih yakin untuk menggunakan services mereka.
  • Kita invest, mereka buat kerja... senang kan?
No 3 - Diversification
  • Unit Trust melabur dalam pelbagai saham syarikat-syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia.
  • Biasanya ia dilaburkan dalam banyak sector/ segmen portfolio – construction, health care, oil and gas, telecommunication, consumer products dan sebagainya. 
  • Kebaikannya, jika ada antara saham syarikat yang dilaburkan itu rugi, kesannya dapat diperlahankan (dilute) jika saham syarikat lain memberikan keuntungan.
  • Walaupun kita hanya melabur RM1,000 dalam unit trust, namun kita boleh dikatakan sudahpun melabur saham di syarikat2 besar seperti Axiata, Sime Darby dan sebagainya.
No 4 - Investment Cost
  • Oleh kerana Fund Manager melabur saham di syarikat2 terpilih secara pukal dan kuantiti yang besar (juta-juta), maka kos2 terlibat dapat dikurangkan / diberikan diskaun.
  • Apabila kos2 ini dikurangkan, maka sebahagian besar duit kita boleh dilaburkan terus dalam unit trust.
No 5 - Capital Gain
  • Dengan melabur Unit Trust, kita akan beroleh 2 perkara: Dividen dan Capital Gains (kenaikan harga unit)
  • Kelebihan Unit Trust adalah kerana harga unitnya tidak tetap dan sentiasa turun dan naik. Kenaikan harga memberikan keuntungan kepada pelabur.
  • Kita digalakkan membeli ketika harga rendah dan dapatkan keuntungan apabila harganya meningkat.
No 6 - Easy of Transaction
  • Terdapat pelbagai cara untuk melabur.
  • Agen / konsultant akan menerangkan cara yang paling mudah untuk membolehkan pelaburan dilakukan.
  • Ia boleh dilaburkan secara Tunai atau melalui Pelaburan menggunakan Akaun EPF.
No 7 - Advantage of Compounding
  • Duit pelaburan anda akan ‘beranak bercucu dan bercicit’ menjadi satu amaun yang besar.
  • Dengan kadar pulangan yang tinggi, ianya berupaya menjadikan anda jutawan semasa anda bersara kelak.
No 8 - Dollar Cost Averaging
  • Ini adalah salah satu strategi dalam memaksimakan keuntungan Pelaburan Unit Trust
  • Kita secara konsisten melabur setiap bulan dan menambah pelaburan ketika harga murah.
  • Secara purata, harga unit yang dibeli akan menjadi lebih rendah dan menguntungkan untuk jangka masa panjang.
No 9 - Liquidity
  • Ia mudah untuk ditunaikan.
  • TIADA TEMPOH MATANG dalam Unit Trust. Kita boleh 'cash' kan unit kita apabila objektif pelaburan kita sudah tercapai.
  • Namun adalah digalakkan untuk melabur minima 3 tahun untuk hasil yang lumayan.
  • Proses pengeluaran/jual unit/ redeem/ cash out biasanya mengambil masa sehingga 10 hari.
No 10 - Hedge Again Inflation
  • Dengan pulangan yang tinggi, ia adalah instrumen pelaburan yang mampu MEMBERIKAN RETURN MELEBIHI INFLASI.
  • Dengan teknik strategi yang betul, anda bukan sahaja boleh mendapatkan pulangan melebihi inflasi, malah mampu memperoleh kadar pulangan yang tinggi dan lumayan.
  • Anda inginkan pulangan >20% setahun melalui Pelaburan Unit Trust.
No 11 - Pulangan Tinggi
  • Terdapat banyak fund yang terbukti mampu memberikan return pulangan >15% setahun.
  • Malah ada fund yang mampu memberikan pulangan purata 30% untuk tempoh 10 tahun
so ini adalah 11 kelebihan yang dapat abe ih listkan... berminat untuk melabur dalam unit trust?
Baca lagi...

Wednesday, May 25, 2016

Bukan Tentang Kita Tapi Tentang Anak-Anak Kita.

Assalamualaikum...

Pertama sekali abe ih mintak maaf sebab dah lama tak menulis.. Sibuk dgn projek- projek baru..

Tajuk entry kali ni adalah Bukan Tentang Kita Tapi Tentang Anak-Anak Kita.

Pernah baca buku Rich Dad Poor Dad dari Robert T.Kiyosaki?


Kalau tak pernah korang boleh dapatkan di kedai2 buku dan utk yang pernah baca Alhamdulillah... just sekarang ni abe ih nak korang tempatkan diri korang kat tempat si ayah.. bukan tempat si anak....

IANYA BERMULA DENGAN KITA JIKA BUKAN DARI MAK AYAH KITA.

ok, macam nie...

Kisah beliau tu telah terjadi kat abe ih sekarang nie.. Lepas berkahwin.. kita akan ada dua orang ayah yang itu ayah kandung dan ayah mertua... dan abe ih boleh nampak perbezaan dari segi pengurusan kewangan mereka..

Abe ih nak cite kan kisah ayah mertua abe ih, die menabung untuk anak2 dari kecik lagi, anak dia tu adalah wife abe ih la kan..

ok, disebabkan ayah mertua abe ih ni menabung dan menguruskan kewangan dengan agak baik, dan mmg plan utk education dan masa depan wife abe ih nie...Alhamdulillah, masa wife abe ih melanjutkan pengajian ke universiti,die tak perlu pun apply PTPTN.

Nampak tak? walaupun lama lagi tp rancang masa anak2 masih lagi kecik...so anak2 dah tak terbeban dengan hutang PTPTN masa keluar dari uni nanti..


Then bile dah start kerja, ayah mertua abe ih bg kereta yang dah habis bayar kepada wife abe ih utk dia guna, kereta ni mmg dah lame dengan family, so kat situ wife abe ih dan bernasib baik sebab tak perlu apply loan kereta.

Tips: Kita kena jaga kereta tu sebaik mungkin, kang 10 tahun dah barai, macam mane nak bg anak2 guna.


Ini semua disebabkan planning ayah mertua abe ih dari wife kecik lagi...

Alhamdulillah, sekarang ni kehidupan wife abe ih tak terbeban dengan hutang loan sana sini.. then Insya'allah planning yang sama abe ih akan applykan untuk anak2 abe ih.. jadinya apabila mereka dewasa nanti, mereka bebas hutang, then kesinambungan tu akan berterusan sehingga generasi seterusnya,, baru lah bumiputera kita punya ekonomi berkembang.

Sekarang ni pun abe ih train wife untuk menabung untuk diri dia dan anak2.. 

Jika perancangan kewangan macam ni diapplykan oleh semua keluarga dalam Malaysia ni, abe ih percaya anak2 kita bile dah keluar dari Uni nanti mmg akan celik kewangan dan bebas dari hutang2 "Jahat" ni.

Jika tidak, generasi2 muda mmg akan berhutang sepanjang perjalanan hidup dia dan berterusann kpd anak2 mereka.

Cuba korang bayang, anak2 kita nanti keluar dari universiti nanti dah ada hutang ptptn (abe ih la tu), then loan kereta, rumah, kredit kad. Dengan asyik bayar hutang2 ni, bila dan macam mana si ibu bapa nak plan utk planning kewangan masa depan anak2 mereka nanti??


Then ada orang tanye, cara menabung tu mcam2 la, apa yang abe ih boleh jawab adalah pelbagaikan...TH, Unit Trust, Simpan bawah bantal atau kembangkan duit dengan cara berniaga.. then cari instrument yang syariah compliance dan mmg sahih ye.. jgn terjebak dengan SKIM CEPAT KAYAP plak..

So kawan2, jika tak pandai dan tak tau dari mana nak belajar planning kewangan ni, boleh cuba belajar dari buku, online atau cari sesiapa yang betul2 mahir dalam kewangan nie ye..

Jangan mengalah sebelum mencuba!!

ok bye
Baca lagi...
 
Blogger Templates