Wednesday, May 25, 2016

Bukan Tentang Kita Tapi Tentang Anak-Anak Kita.

Assalamualaikum...

Pertama sekali abe ih mintak maaf sebab dah lama tak menulis.. Sibuk dgn projek- projek baru..

Tajuk entry kali ni adalah Bukan Tentang Kita Tapi Tentang Anak-Anak Kita.

Pernah baca buku Rich Dad Poor Dad dari Robert T.Kiyosaki?


Kalau tak pernah korang boleh dapatkan di kedai2 buku dan utk yang pernah baca Alhamdulillah... just sekarang ni abe ih nak korang tempatkan diri korang kat tempat si ayah.. bukan tempat si anak....

IANYA BERMULA DENGAN KITA JIKA BUKAN DARI MAK AYAH KITA.

ok, macam nie...

Kisah beliau tu telah terjadi kat abe ih sekarang nie.. Lepas berkahwin.. kita akan ada dua orang ayah yang itu ayah kandung dan ayah mertua... dan abe ih boleh nampak perbezaan dari segi pengurusan kewangan mereka..

Abe ih nak cite kan kisah ayah mertua abe ih, die menabung untuk anak2 dari kecik lagi, anak dia tu adalah wife abe ih la kan..

ok, disebabkan ayah mertua abe ih ni menabung dan menguruskan kewangan dengan agak baik, dan mmg plan utk education dan masa depan wife abe ih nie...Alhamdulillah, masa wife abe ih melanjutkan pengajian ke universiti,die tak perlu pun apply PTPTN.

Nampak tak? walaupun lama lagi tp rancang masa anak2 masih lagi kecik...so anak2 dah tak terbeban dengan hutang PTPTN masa keluar dari uni nanti..


Then bile dah start kerja, ayah mertua abe ih bg kereta yang dah habis bayar kepada wife abe ih utk dia guna, kereta ni mmg dah lame dengan family, so kat situ wife abe ih dan bernasib baik sebab tak perlu apply loan kereta.

Tips: Kita kena jaga kereta tu sebaik mungkin, kang 10 tahun dah barai, macam mane nak bg anak2 guna.


Ini semua disebabkan planning ayah mertua abe ih dari wife kecik lagi...

Alhamdulillah, sekarang ni kehidupan wife abe ih tak terbeban dengan hutang loan sana sini.. then Insya'allah planning yang sama abe ih akan applykan untuk anak2 abe ih.. jadinya apabila mereka dewasa nanti, mereka bebas hutang, then kesinambungan tu akan berterusan sehingga generasi seterusnya,, baru lah bumiputera kita punya ekonomi berkembang.

Sekarang ni pun abe ih train wife untuk menabung untuk diri dia dan anak2.. 

Jika perancangan kewangan macam ni diapplykan oleh semua keluarga dalam Malaysia ni, abe ih percaya anak2 kita bile dah keluar dari Uni nanti mmg akan celik kewangan dan bebas dari hutang2 "Jahat" ni.

Jika tidak, generasi2 muda mmg akan berhutang sepanjang perjalanan hidup dia dan berterusann kpd anak2 mereka.

Cuba korang bayang, anak2 kita nanti keluar dari universiti nanti dah ada hutang ptptn (abe ih la tu), then loan kereta, rumah, kredit kad. Dengan asyik bayar hutang2 ni, bila dan macam mana si ibu bapa nak plan utk planning kewangan masa depan anak2 mereka nanti??


Then ada orang tanye, cara menabung tu mcam2 la, apa yang abe ih boleh jawab adalah pelbagaikan...TH, Unit Trust, Simpan bawah bantal atau kembangkan duit dengan cara berniaga.. then cari instrument yang syariah compliance dan mmg sahih ye.. jgn terjebak dengan SKIM CEPAT KAYAP plak..

So kawan2, jika tak pandai dan tak tau dari mana nak belajar planning kewangan ni, boleh cuba belajar dari buku, online atau cari sesiapa yang betul2 mahir dalam kewangan nie ye..

Jangan mengalah sebelum mencuba!!

ok bye
Baca lagi...
 
Blogger Templates