Saturday, December 3, 2016

BELAJAR DECO WALL UNTUK LEBIH MENARIK.

Assalamualaikum...

Hari ni abe ih nak shre sedikit tentang ilu deco yang abe ih belajar dari Cikgu Faizal Iman,

Abe ih iklankan kat facebook untuk mencari beberapa orang untuk tolong abe ih dalam setp 3 unit baru abe ih dan alhamdulillah, tuhan temukan abe ih dengan beliau.

Jom kita baca teknik2 deco wall coretan beliau dengan tajuk ""Kosnya Murah tetapi Hasilnya Mahal "

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
TIPS MENAIKKAN SERI DINDING  TANPA MENGGUNAKAN WALLPAPER

Disebabkan ramai yg bertanya, maka cikgu ingin berkongsi cara utk membuat 'stripes' atau corak abstrak pada dinding rumah
●ALATAN
-Cat, Penimbang Air, Masking Tape,Pensel & Kad T&Go

●KAEDAH
1)Ketahui pattern 'stripes' & kombinasi warna yg anda ingin lakukan pada dinding.
(Contohnya stripes lurus menegak, melintang, zick zack atau selang seli.)
2) Untuk mendapatkan garisan lurus , anda boleh menggunakan pensel & penimbang air .
3)Tampal masking tape pada garisan td. Untuk mendapatkan 2,3 layer cat yg berbeza, lakukan tampalan secara selang seli .
4) Gunakan tangan utk meratakan tampalan tape .Kad keras seperti T&Go jg membantu.
5) Sapu cat ke atas dinding & tunggu sehingga betul2 kering.
(Kombinasi cat pada layer yg berbeza akan menghasilkan kombinasi yg menarik)
6) Sesudah kering, kopek masking tape td dgn bhati2 agar cat dinding asal tidak tertanggal.
(Tape yg sudah dipakai & masih elok boleh direcycle utk tampalan lain)
7) Sekiranya ada defect, berus lukisan kecil boleh digunakan utk membaiki semula cat stripes.

●KOS
Kos yg selalu cikgu peruntukan untuk beberapa dinding bahagian rumah adalah serendah RM30
( bgantung kpd jenis corak, cat & peralatan. )
※ Yang paling mahal sekali adalah kesabaran ...hehe..

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Tampal tape ikut idea dan pastikan kemas

Cat dinding

Tunggu cat betul2 kering


Koyak kan tape


Walla!! cantik bukan?

so ape lagi kawan2, jom deco rumah untuk nampak lebih menarik..


Baca lagi...
 
Blogger Templates