Wednesday, January 25, 2017

GAJI RM3000 SEWA RUMAH RM1500

Assamualaikum....

Wife abe ih marah sebab lambat update tentang nie...

Ok, abe ih cite kes study diri sendiri... sebelum ni abe ih sewa di Puchong Prima.. rumah landed dengan sewaan sebulan Rm1,000 then tiba2 owner nak naikan jd Rm1,200.

Then abe ih rase kalau Rm1,200 baik abe ih duk condo sebab security ada, kolam ada, gym ada...

So abe ih cari2 la rumah area Damansara, Bangsar dan Sunway. Kenapa 3 area ni? sebab 3 area ni yang selalu abe ih berkerja... Sunway ada sublet biasa, Damansara ada sublet premium, Bangsar plak tempat kerja wife abe ih.

Selepas ambik kira kekerapan tempat kerja, jem, kos travel dan sebagainya... abe ih mengambil keputusan sewa di Sunway, dan abe ih bernasib baik dapat sewa condo dengan harga sewa Rm1,500 (basic unit).

aiiiii... Gaji Rm3,000 sebulan (abaikan gaji wife abe ih - gaji dia duit die, gaji abe ih duit die jugak hahahaha) camne nak sewa rumah Rm1,500??

Jadinya, abe ih cari lah 3 unit rumah di Condo abe ih sewa tu, dan buat sublet. kebiasaannya, owner akan bg sewa perhouse sebab tak nak leceh dan tak nak kerap kali datang ke rumah sewa nie.

Abe ih plak, alang2 memang duk kat situ, tak kisah sangat la kalau ada tenant nak view bile2, tenant mengadu ada rosak sana sini.. abe ih just trn naik lift je...so abe ih buat la sewa perbilik.

Katakan (contoh), satu rumah abe ih boleh la net cashflow dalam Rm500, so 3 rumah dah Rm1,500.. lepas la buat bayar sewa rumah abe ih tanpa sentuh duit gaji.

then abe ih akan cuba cari unit2 yang berdekatan dgn rumah yang abe ih sewa, sebab boleh share internet hahahaha internet penyewa tolong bayar...

hehehehe...

2 comments:

Idaghe Hernadez said...

Adakah anda memerlukan kelayakan Perniagaan mudah atau pinjaman peribadi dari $ 3,000 - $ 50,000,000? kredit yang buruk atau kredit Baik, tidak membuat sebarang perbezaan dengan kami. 3% daripada permohonan diluluskan dalam tempoh 72 jam. Untuk memohon, mendapatkan berhubung dengan kami
melalui e-mail:
idaghehernadez@gmail.com
Whatsapp +13176681073
Mr Lonnie Hernadez

HENRIETTA FERNANDO said...

Halo,
Ini adalah untuk memberitahu orang ramai bahawa Puan Henrietta Fernando, pemberi pinjaman pinjaman swasta telah membuka peluang kewangan kepada sesiapa yang memerlukan sebarang bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 2% untuk individu, syarikat dan syarikat di bawah terma dan syarat yang jelas dan difahami. Hubungi kami hari ini untuk memohon dan mendapatkan Pinjaman segera. E-mel Kami: (henriettafernandoloanfirm@gmail.com)

Post a Comment

 
Blogger Templates