Sunday, July 16, 2017

KELEBIHAN BELI RUMAH AWAL - CA VS MOF

KELEBIHAN BELI RUMAH AWAL - CA vs MOF 70%
====================================
.
.
Di antara kelebihan beli rumah awal adalah kita boleh atasi masalah margin of finance (MOF) 70% untuk rumah ketiga.
.
Maksud MOF 70% - Bank bg 70% je loan dr harga rumah, so kena bayar deposit 30%
.
ok, abe ih nak cerita sikit... under nama abe ih ada 2 hartanah dan nama wife ada 2...now abe ih dah wife tengah ada masalah untuk tambah rumah yang ke 5 kami disebabkan MOF untuk rumah ketiga adalah 70% sahaja.
.
Tapi masalah tu boleh di atasi disebabkan rumah yang abe ih beli under wife dulu dah dapat capital appreciation yang banyak.
.
Dulu abe ih beli rumah under nama wife abe ih tu pada harga Rm150,000. Now market value dah mencecah Rm300,000.
.
So ape yang abe ih buat, abe ih akan beli rumah wife abe ih tu hujung tahun ni dengan harga Rm300,000 dan bank akan bagi MOF 70% dari Rm300,000 = Rm210,000.
.
Katakan baki masih Rm150,000, so Rm210,000 - Rm150,000 = Rm60,000, dengan Rm60,000 ni abe ih boleh buat bayar lawyer, renovation, deposit rumah dan bayar hutang yang ada.
.
Selepas pembelian tu selesai, nama abe ih akan ada 3 hartanah dan wife ada 1, tengah tahun depan abe ih dah boleh beli satu lagi hartanah under nama wife abe ih dengan margin 90% loan.. selesai masalah MOF 70% tu..
.
Nak tips lagi "sembang kuat" tentang hartanah jom lepak di kedai kopi...

1 comments:

HENRIETTA FERNANDO said...

Halo,
Ini adalah untuk memberitahu orang ramai bahawa Puan Henrietta Fernando, pemberi pinjaman pinjaman swasta telah membuka peluang kewangan kepada sesiapa yang memerlukan sebarang bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 2% untuk individu, syarikat dan syarikat di bawah terma dan syarat yang jelas dan difahami. Hubungi kami hari ini untuk memohon dan mendapatkan Pinjaman segera. E-mel Kami: (henriettafernandoloanfirm@gmail.com)

Post a Comment

 
Blogger Templates